KEK DURIAN VIRAL (KDV) CIPTA REKOD JUALAN 10 RIBU BIJI KEK SEBULAN, MEMANG SEBIJI TAK CUKUP!

KEK DURIAN VIRAL (KDV) CIPTA REKOD JUALAN 10 RIBU BIJI KEK SEBULAN, MEMANG SEBIJI TAK CUKUP!


Kek Durian Viral (KDV) Cipta Rekod Jualan 10 Ribu Biji Kek Sebulan, Memang Sebiji Tak Cukup | Perniagaan kek atau manisan berasaskan durian yang dikomersialkan beberapa tahun kebelakangan ini pantas mencuri perhatian dan tular. 

Malah ia juga menjadi alternatif di era pandemik COVID-19 ini bagi mereka yang meneruskan kelangsungan hidup dengan berniaga selepas diuji dengan dibuang kerja dan hilang punca pendapatan.

Pasangan suami isteri sebaya berusia 33 tahun, Mohammad Nasruddin Shah Room dan Nor Fazliah Mohammed yang mengusahakan perniagaan Kek Durian Viral (KDV) tak terkecuali berdepan turun naik dalam kehidupan.


KEK DURIAN VIRAL (KDV) CIPTA REKOD JUALAN 10 RIBU BIJI KEK SEBULAN, MEMANG SEBIJI TAK CUKUP!
PENGASAS KEK DURIAN VIRAL (KDV) MOHAMMAD NASRUDDIN SHAH ROOM DAN ISTERI, NOR FAZLIAH MOHAMMED


Jualan yang bermula dari rumah secara 'homemade' sejak Ogos 2019 secara suka suka dan mengikut permintaan itu hingga mampu memikat selera ramai orang dengan 'tagline' 'sebiji tak cukup'.

Ia akhirnya menjadi serius dan punca pendapatan utama pasangan berkenaan hingga mampu memiliki dua bangunan operasi selain pejabat sendiri Setia Alam, Selangor di bawah syarikat KDV Niaga Sdn Bhd.

"Saya, suami dan anak memang hantu durian. Semua bermula sekitar tahun 2019, suami ada membeli longgokan buah durian. Kemudian baki buah yang ada terfikir nak buat kek berperisa durian. Jadi saya cuba buat resipi ilham ikut tekak sendiri dan suami.

"Daripada untuk makan sendiri, terfikir nak menjualnya. Tak sangka ramai pula yang suka.

Bermula dengan mengambil tempahan empat biji sehari. Kemudian, tempahan itu berulang berganda ganda sampai ditempah 100 biji kek sehari. Sebulan pernah cecah 10000 biji kek dihasilkan.


KEK DURIAN VIRAL (KDV) CIPTA REKOD JUALAN 10 RIBU BIJI KEK SEBULAN, MEMANG SEBIJI TAK CUKUP!


"Masa itu operasi kerja dibuat di rumah kami di Bukit Kapar, Klang dan hanya dibantu seorang jiran di belakang rumah. Saya beri tumpuan utama perniagaan ini dan suami membantu ketika ada masa terluang. Suami pula ketika itu masih bekerja sebagai juruteknik di sebuah kilang," katanya.

Ketika beroperasi di rumah, permintaan KDV menjadi jadi, hingga ada pelanggan yang sanggup datang dari jauh untuk mengulang pembelian serta tempahan.


KEK DURIAN VIRAL (KDV) CIPTA REKOD JUALAN 10 RIBU BIJI KEK SEBULAN, MEMANG SEBIJI TAK CUKUP!


"Asalnya tempahan dan jualan kek durian kami dijual dalam pelbagai saiz termasuk yang bertingkat tingkat. Tapi sebab masa itu tak cukup tenaga pekerja, maka diputuskan hanya satu saiz iaitu 6 inci saja dijual tetapi ada variasi jenisnya.

"Ia dijual dari harga RM30 ke RM75. Kek ini akan jadi lebih mahal jika lagi banyak isi durian digunakan. Nama viral pada KDV itu diberikan oleh pelanggan setia kami sendiri hingga melekat. Begitu juga dengan tagline 'sebiji tak cukup' yang diakui kebanyakan pelanggan dan pembeli," katanya.


KEK DURIAN VIRAL (KDV) CIPTA REKOD JUALAN 10 RIBU BIJI KEK SEBULAN, MEMANG SEBIJI TAK CUKUP!


Ditanya apa yang membezakan kek duriannya dengan yang lain di pasaran, ibu kepada empat cahaya mata ini tak menyangka resipi ilham sendiri mampu menambat hati selera ramai sekali gus tular.

"Nak ikutkan ramai yang mengusahakan perniagaan kek durian. Tapi KDV menggunakan isi durian sebenar. Memang rasa asli dan tak ada unsur penipuan dalam kandungan bahan digunakan. Teksturnya juga lemak dan lembut.

"Sampai ada yang cakap KDV macam 'Mak Esah' selera mereka untuk makannya berulang kali. Bayangkan yang tak suka durian pun boleh terjatuh suka.

"Resipi saya biasa biasa saja. Allah yang bagi nikmat sedap itu dengan izin-Nya. Durian jenis D24 dari Pahang kami gunakan kerana meyakini rasanya," kata graduan Ijazah Teknologi Alam Sekitar itu.

Kini kerja operasi pembuatan KDV dibuat di premis sendiri di bersama 20 orang staf di samping lebih 100 agen di seluruh Malaysia.


KEK DURIAN VIRAL (KDV) CIPTA REKOD JUALAN 10 RIBU BIJI KEK SEBULAN, MEMANG SEBIJI TAK CUKUP!
 

"Saya dan suami sebaya berusia 32 tahun. Kami bercinta sejak zaman sekolah menengah di tingkatan tiga lagi. Masing masing melanjutkan pelajaran ikut minat masing masing.

"Saya pernah bekerja dalam bidang khidmat pelanggan tapi hanya setahun saja bertahan. Kemudian jadi suri rumah menjaga anak. Sebelum sepenuh masa jual kek durian, saya asalnya bermula dengan menjual pelbagai manisan termasuk kek untuk tempahan acara tertentu termasuk majlis kahwin.


KEK DURIAN VIRAL (KDV) CIPTA REKOD JUALAN 10 RIBU BIJI KEK SEBULAN, MEMANG SEBIJI TAK CUKUP!
 

"Semuanya dilakukan di rumah. Saya timba ilmu bakeri dengan mendaftar kelas dalam talian dan kursus pengajian jarak jauh sejak 2016. Suami pula masa itu kerja sebagai juruteknik di sebuah kilang. Tahun lalu, dia diberhentikan kerja dan sama sama bantu kukuhkan KDV," katanya yang turut mendapat ilmu dan bimbingan daripada jurulatih perniagaan berdaftar.

KDV boleh diakses menerusi https://beacons.page/kekdurianviral

IKUTI KEK DURIAN VIRAL (KDV) DI FACEBOOK | INSTAGRAM



#BISNES #EKONOMI #PRODUK #KEKDURIANVIRAL #KEKDURIANVIRALNO1MALAYSIA

0 Comments