Edisi #HotelHunting kali ini saya ingin berkongsi pengalaman menginap di salah sebuah hotel milik Sunway iaitu Sunway Velocity Hotel yang terletak di Cheras Kuala Lumpur. Seingat saya kali terakhir saya menginap di hotel milik syarikat gergasi Sunway ini adalah di Sunway Pyramid Hotel sekitar 2 tahun yang lalu. The experience was great! Maka tercetusnya idea untuk mencuba menginap di Sunway Velocity Hotel pula kerana mahu merasai pengalaman sendiri sama ada hotel ini menarik untuk diinapi atau tidak. Jadi seperti biasa, bermulalah pencarian bilik di laman sesawang rasmi Sunway Velocity Hotel ini.
Sebagai info, Sunway Velocity Hotel adalah hotel bertaraf 4 bintang yang mempunyai 351 buah bilik hotel dan lokasi hotel ini hanya berjarak 10 minit dari pusat bandar Kuala Lumpur. Bangunan hotel 16 tingkat yang berintergrasi dengan Sunway Velocity Mall, Sunway College dan Sunway Medical Centre Velocity ini cukup mudah untuk diakses sama ada menggunakan kenderaan sendiri atau menaiki pengangkutan awam kerana ia berhampiran dengan stesen MRT Maluri dan stesen LRT Maluri. Lagi senang, naik sahaja perkhidmatan pandu seru (e-hailing) dan pilih untuk drop-off di pintu lobi hotel.
PROMOSI STAY, SHOP & EAT SUNWAY VELOCITY HOTEL
THINGS TO DO WHILE STAYING AT SUNWAY VELOCITY HOTEL
Urusan daftar masuk lancar dan pantas. Kebetulan pula tidak ramai berada di kaunter sewaktu ketibaan saya. Memandangkan sekarang Norma Baharu, maka amalan SOP dipraktikkan seperti imbasan kod QR MySejahtera, lengkap dua dos vaksin bagi dewasa, imbasan suhu badan, pemakaian pelitup muka dan sanitasi tangan sentiasa.Selesai urusan daftar masuk, saya terus ke bilik untuk meletak beg, kemudiannya saya terus menuju ke Sunway Velocity Mall untuk makan tengahari. Inilah yang antara kelebihan hotel yang bersambung terus dengan pusat membeli-belah kerana banyak aktiviti yang anda boleh buat sama ada makan, menonton wayang ataupun membeli-belah.
BUAT MASA INI, BRIDGE INI DITUTUP |
Saya sempat makan tengahari di The Fish Bowl yang terletak di tingkat 2 Sunway Velocity Mall.
Selesai makan, saya terus menuju ke TGV Cinemas untuk menonton wayang.
Habis menonton wayang, saya terus menuju ke Hometown Hainan Coffee untuk makan malam bersama teman. Kalau ikutkan banyak lagi aktiviti nak buat disini tapi memandangkan masa tidak mengizinkan, jadi selesai makan malam saya terus pulang ke hotel.
SUPERIOR PLUS KING ROOM
FASILITI DAN SERVIS
Tak lengkap hotel tanpa servis dan fasiliti untuk para tetamu bukan? Di Sunway Velocity Hotel anda boleh nikmati kemudahan yang disediakan seperti gimnasium, kolam renang infiniti dan jakuzi. Memandangkan disini tiada kolam renang untuk kanak-kanak, makan jakuzi dijadikan alternatif untuk kanak-kanak mandi-manda. Parkir yang luas di bawah bangunan disediakan dengan bayaran kadar rata RM3 sahaja.Kalau anda berada di ruang lobi, anda anda perasan di satu sudut terdapat sebuah kafe kecil. Ia dipanggil Kaffeinate Express yang menjual snek ringan dan minuman untuk bawa-pulang. Juga disediakan kiosk nirtunai Starbucks beroperasi 24 jam untuk anda yang mahu minum kopi jenama popular ini.
Suka untuk saya kongsikan servis yang disediakan di dalam bilik hotel iaitu E-Concierge dimana anda boleh berbelanja dalam hotel dengan hanya perlu mengimbas kod QR. Jadi kalau anda perlukan sesuatu tetapi malas untuk keluar dari bilik, gunakan sahaja servis E-Concierge ini. Senang dan mudah!
ULASAN PERIBADI SUNWAY VELOCITY HOTEL
Secara jujur, Sunway Velocity Hotel bukanlah hotel terbaik yang pernah saya inapi tetapi sepanjang saya berada selama 2 hari 1 malam di hotel ini, saya sangat berpuas hati dari hospitaliti, keselesaan bilik dan fasiliti hotel yang disediakan. Saat melangkah ke dalam lobi, senyuman dan layanan mesra petugas hotel tidak lekang langsung. Malah saya turut ditawar oleh warga kerja disini untuk membawa bagasi ke bilik. Begitu juga sewaktu saya berada di kolam renang, staff yang menjaga di area ini cukup ramah.Pilihan saya tepat bila memilih bilik jenis Superior Plus King ini kerana ianya cukup luas dan selesa. Walaupun bantalnya tidaklah seempuk bantal di hotel lain, tetapi cukup membuatkan tidur saya lena. Cuma pemandangan luar dari bilik tidaklah segah mana, tapi saya tidak kisah asalkan katil dan bantal empuk serta suhu penghawa dingin berfungsi dengan baik. Barulah lena tidur dan boleh nikmati istirahat secara total!
Untuk sarapan pagi, memandangkan kafe Kaffeinate di aras 5 masih ditutup saat saya menginap disini, pihak hotel telah menggunakan perkhidmatan luar untuk menu sarapan pagi. Nasib baik sedap! Saya harap kunjungan akan datang ke sini, saya berpeluang merasai sajian dari air tangan chef hotel Sunway Velocity Hotel ini.
Sepanjang saya berada di Sunway Velocity Hotel ini, saya dapati kebanyakan yang datang menginap adalah famili. Tidak dinafikan hotel ini cukup mesra keluarga. Masih bujang seperti saya? Tiada hal lah! Anda masih boleh nikmati percutian hujung minggu di Sunway Velocity Hotel ini.
Jadi apa tunggu lagi! Layari https://www.sunwayhotels.com/sunway-velocity untuk maklumat lanjut dan membuat tempahan bilik. Enjoy your stay!
IKUTI SUNWAY VELOCITY HOTEL DI FACEBOOK | INSTAGRAM
ALAMAT SUNWAY VELOCITY HOTEL
LINGKARAN SV,
SUNWAY VELOCITY,
55100 KUALA LUMPUR.
TELEFON: 03-2726 3988
#HOTELHUNTING #SUNWAYVELOCITYHOTEL #TRAVEL
0 Comments