Sepatutnya pada tarikh penginapan ini berlaku, saya dan beberapa rakan sepatutnya akan menginap di sebuah hotel 5 bintang di Kuala Lumpur. Tempahan 4 buah bilik sudah dibuat lebih awal. Namun seminggu sebelum tarikh daftar masuk, kami dimaklumkan pihak hotel belum bersedia untuk menerima tetamu pada bulan Oktober (walaupun laman sesawang sudah dibuka untuk tempahan) dan hanya akan beroperasi kembali pada November 2021. Aduh! Perancangan terus terbantut sebab idea staycation ini untuk berlibur bersama sahabat rapat. Jadi kiranya agenda penting antara kami jugalah. Mahu atau tidak, memang kena ubah tarikh baru untuk gathering kali ini. Tapi minggu ini nak buat apa saja? Bosan lah kalau duduk terperap di rumah. Maka bermulalah aktiviti mencari penginapan alternatif dan terjumpalah AMI Suites ini. Dari gambar yang dikongsi laman carian hotel macam menarik hotel ini dan harganya juga agak berpatutan. Jadi akhirnya terjadilah staycation di AMI Suites Mont Kiara ini.
AMI Suites ini terletak di bangunan Arte Mont Kiara bersebelahan dengan MATRADE. Sempat juga saya mencari info mengenai hotel ini dan apa yang saya sempat saya jumpa adalah AIM Suites adalah an eclectic boutique hotel dibina bercirikan French-retro building with Art Deco-inspired interior design. Anda boleh lihat di setiap sudut hotel ini hiasan dalamannya cukup unik dan ada elemen fantasi. Untuk info takut ada yang terkeliru nanti, ada lagi dua penginapan selain AMI Suites di Arte Mont Kiara ini iaitu Zetter Suites dan Arte by Thomas Chan. Walaupun berbeza pengurusan, tetapi ia berkongsi fasiliti yang sama.
Memandangkan saya selalu berada di kejiranan ini, maka tidak susah untuk mencari lokasi AMI Suites Arte Mont Kiara ini. Lagipun, rupa bentuk bangunannya yang unik ini memang menarik perhatian. Ruang parkir memang banyak tersedia jadi jangan risau tentang itu! Melangkah ke ruang lobi untuk daftar masuk, urusan lancar dan pantas cuma ruang lobi agak terhad, jadi untuk pastikan penjarakan fizikal saranan saya hanya orang yang membuat tempahan sahaja sepatutnya berada di ruang ini. Selebihnya bolehlah menunggu di koridor luar. Sebelum diberikan kunci, pihak hotel meminta wang tunai RM200 sebagai deposit. Jadi, pastikan anda sediakan wang tunai cukup untuk bayaran deposit ya.
COMFY TWO BEDROOM SUITE
Memandangkan saya datang berempat, jadi kami sepakat untuk menginap di Comfy Two Bedroom Suite. Suite jenis ini berkeluasan sekitar 60-meter persegi mempunyai ruang tamu, meja makan, dapur, sebuah tandas dan dua bilik tidur. Kemudahan yang disediakan di suite ini adalah dapur, peti ais, ketuhar gelombang mikro, kelengkapan dapur, mesin basuh/pengering, TV pintar dengan Netflix dan Youtube, Wi-Fi, pengering rambut, tuala, bathroom amenities, seterika, peti simpanan, penghawa dingin, telefon.Pilihan penginapan lain yang terdapat di AMI Suites adalah Snug Studio, Urban One Bedroom Suite dan Jumbo Three Bedroom Suite.
FASILITI DI AMI SUITES ART MONT KIARA
Antara fasiliti yang terdapat di AMI Suites Arte Mont Kiara adalah Mosaic Pool di aras R, Sky Gym di aras 59, Sky Pool di aras 32 manakala untuk Butterfly Mesh Garden, Jacuzzi Pods dan Rainbow Lounge saya tidak pasti berada di aras mana kerana tidak berkesempatan menerjah lokasinya. Buat masa ini, AMI Suites tidak menyediakan sarapan pagi untuk setiap tempahan bilik. Di tepi kaunter lobi pula terdapat sebuah popup café iaitu The Owls Café.SKY GYM ARAS 59 |
SKY POOL ARAS 32 |
ARAS R |
ARAS R |
MOSAIC POOL ARAS R |
ARAS R |
ARAS R |
ARAS R |
ARAS R |
ULASAN PERIBADI AMI SUITES ARTE MONT KIARA
Secara jujur, saya suka dengan konsep AMI Suites ini yang lebih kepada aparthotel (apartment hotel). Vibe menginap disini terasa seperti berada di rumah, siap ada dapur dan kemudahan menonton Netflix. Sepanjang menginap satu malam ini terasa privasi dan tidak kedengaran bunyi bising dari suite berhampiran. Katil juga empuk sehingga nyenyak tidur saya. Saya suka penggunaan perabot berasaskan rotan pada cabinet TV dan almari baju, tampak klasik dan mewah.
Urusan daftar masuk lancar dan saya puji layanan salah seorang warga kerja disini yang sudi untuk menghantar bagasi kami ke suite. Kiranya terasa bak layanan VIP.
ARTE MONT KIARA PADA WAKTU MALAM |
KAWASAN HADAPAN BANGUNAN ARTE MONT KIARA |
Cuma, ada beberapa perkara menjadikan AMI Suites ini kurang sempurna. Antaranya bilangan lif yang terhad. Ini menimbulkan masalah ketika waktu daftar masuk dan daftar keluar sehingga tetamu terpaksa menunggu lama untuk menggunakan lif. Tambahan pula sekarang penjarakan fizikal adalah norma baharu. Bayangkan kami terpaksa menunggu hampir 30 minit untuk menggunakan lif sewaktu mahu daftar keluar. Jika bukan musim PKP pun saya rasa dengan keluasan dan bilangan lif ini tidak mampu menampung bilangan tetamu yang ramai terutamanya pada hujung minggu. Mungkin kalau nak elak sesak, anda boleh menginap pada hari biasa cuma kalau menginap hari biasa dah bukan nama weekend getaway dah la. Hihihihi.
Semua maklum hotel seringkali mengenakan bayaran deposit, itu bukan masalah pada saya cuma yang menjadi masalah bila anda hanya perlu membayar deposit dalam bentuk wang tunai. Kadang kala ada tetamu yang tidak membawa cash yang banyak, jadi takut ia akan menyusahkan mereka untuk mendapatkan wang tunai ketika itu. Mungkin pihak AMI Suites boleh menyediakan pilihan kaedah pembayaran deposit menggunakan kad kredit juga.
Dari pemerhatian saya sepanjang menginap di sini, ramai famili dan kumpulan anak muda yang menginap di sini. Barangkali ibu bapa mahu bawa anak bercuti sambil mandi kolam dan kumpulan anak-anak muda sudah lama tidak berkumpul sesame mereka sambil mengambil foto menarik sebagai hantaran di media sosial. Dengan dekorasi unik dan artistik di Arte Mont Kiara ini, sesuai ia digelar Instagrammable hotel.
Layari https://www.amisuites.com untuk mendapatkan maklumat lanjut atau membuat tempahan.
IKUTI AMI SUITES MONT KIARA DI FACEBOOK | INSTAGRAM
#HOTELHUNTING #AMISUITES #ARTEMONTKIARA
Semua maklum hotel seringkali mengenakan bayaran deposit, itu bukan masalah pada saya cuma yang menjadi masalah bila anda hanya perlu membayar deposit dalam bentuk wang tunai. Kadang kala ada tetamu yang tidak membawa cash yang banyak, jadi takut ia akan menyusahkan mereka untuk mendapatkan wang tunai ketika itu. Mungkin pihak AMI Suites boleh menyediakan pilihan kaedah pembayaran deposit menggunakan kad kredit juga.
Dari pemerhatian saya sepanjang menginap di sini, ramai famili dan kumpulan anak muda yang menginap di sini. Barangkali ibu bapa mahu bawa anak bercuti sambil mandi kolam dan kumpulan anak-anak muda sudah lama tidak berkumpul sesame mereka sambil mengambil foto menarik sebagai hantaran di media sosial. Dengan dekorasi unik dan artistik di Arte Mont Kiara ini, sesuai ia digelar Instagrammable hotel.
Layari https://www.amisuites.com untuk mendapatkan maklumat lanjut atau membuat tempahan.
IKUTI AMI SUITES MONT KIARA DI FACEBOOK | INSTAGRAM
ALAMAT AMI SUITES ARTE MONT KIARA
G-09, ARTE MONT KIARA,
JALAN SULTAN HAJI AHMAD SHAH,
50480 KUALA LUMPUR.
TELEFON: 03-6211 0188
#HOTELHUNTING #AMISUITES #ARTEMONTKIARA
3 Comments
Hye thank you very much for sharing, sangat sangat membantu and dah ada expectations untuk terjah ami suites lepas baca your blog, definitely made it easier for me!
ReplyDeleteThank you sebab sudi singgah blog saya. Apa-apa pun, just enjoy your stay tau!
DeleteSaya juga menginap di Ami suites di awal bulan Desember. Pengalaman menarik karena fasilitas yg bagus & keren. Sangat berkesan dan menyenangkan, pengalaman yang tidak terlupakan...😍
ReplyDelete