PEMBAKARAN ROKOKLAH YANG MEMUDARATKAN!

PEMBAKARAN ROKOKLAH YANG MEMUDARATKAN!


Pembakaran rokoklah yang memudaratkan! | Umum mengetahui akan bahaya merokok. Namun ia seolah-olah tidak memberi kesan buat golongan perokok tegar. Dalam erti kata lain, ketagihan merokok sudah sebati dalam diri. Suka untuk saya kongsikan kisah seorang rakan yang kuat merokok. Katanya beliau mula hisap rokok sejak remaja dan kini usia beliau sudah 35 tahun. Satu hari, beliau ada mengadu pada saya akan tabiat yang terlalu kuat merokok ini. Katanya bukan tidak pernah cuba berhenti namun terlalu sukar untuk membuang tabiat itu. Bila kita terlalu selesa dengan perbuatan tertentu, sudah pasti agak liat untuk menghindar darinya. Itu lumrah. Bila sesuatu itu menjadi rutin, bagaimana kita mahu mengelak dari melakukannya bukan?


PEMBAKARAN ROKOKLAH YANG MEMUDARATKAN!


Saya pun bukannya arif dalam bidang konsultansi ini tambahan pula bila melihatkan hal tabiat manusia dan kesihatan. Namun isu rokok adalah isu umum yang saya pasti semua tahu akan kesan dan akibat. Apa yang pasti, tabiat merokok yang boleh menjadi parah dan barah jika tidak dibendung dari awal. Ini kerana pembakaran rokok tembakau menghasilkan asap yang mengandungi lebih 7000 bahan kimia bahaya dan sekitar 100 daripadanya telah dikenalpasti menjadi penyebab kepada penyakit yang berkaitan dengan merokok termasuk tar.

Antara bahan kimia yang terkandung dalam rokok:


PEMBAKARAN ROKOKLAH YANG MEMUDARATKAN!


Ngeri tapi realiti, data kajian pada tahun 2020 daripada University of Washington menunjukkan bahawa merokok berada di tangga teratas faktor risiko kepada kanser di Malaysia sejak 1990.


PEMBAKARAN ROKOKLAH YANG MEMUDARATKAN!


Lagi membimbangkan bila asap rokok yang dihidu oleh orang disekiling kita. Anda pernah dengar tentang secondhand smoke? Dikenali juga sebagai Environmental tobacco smoke (ETS), ia merujuk kepada kombinasi penghasilan asap di hujung rokok dan asap yang dihembus oleh perokok. Ramai perokok di luar sana masih tidak peka tentang orang di persekitaraan tatkala mereka menghembuskan asap rokok. Tahukah anda bahawa asap yang disedut oleh bukan perokok juga boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan mereka. Malah secondhand smoke ini boleh menjadi penyebab kepada pelbagai jenis penyakit kronik seperti kanser paru-paru dan penyakit hati kepada orang dewasa yang tidak merokok termasuk risiko kepada ibu mengandung. Kesan asap ini juga boleh menyerang kanak-kanak dan mengundang penyakit seperti asma, jangkitan saluran pernafasan, batuk, jankitan pada telinga dan lagi parah, sindrom kematian mengejut.


PEMBAKARAN ROKOKLAH YANG MEMUDARATKAN!


Antara industri yang berkait rapat dengan tembakau sudah pasti pembuatan rokok. Seperti yang saya nyatakan di awal tadi, sebilangan besar bahan kimia berbahaya yang terdapat dalam asap rokok yang menjadi penyebab pelbagai penyakit adalah berkaitan dengan rokok dihasilkan oleh pembakaran. Bayangkan bukan satu tetapi lebih 7000 bahan kimia toksik dirembes oleh pembakaran rokok tembakau yang berpotensi menjadi penyebab kepada penyakit. Ketika tembakau dibakar, ia boleh mencapai suhu sekitar 900 darjah Celsius dan ini kepanasan suhu ekstrem ini adalah faktor utama kepada isu kesihatan.



TIPS BERHENTI MEROKOK YANG ANDA BOLEH CUBA

Namun, saya faham bukan mudah untuk membuang tabiat merokok yang sudah berada dalam diri sejak sekian lama. Kekuatan mental dan spiritual untuk membuang tabiat amatlah diperlukan. Sebagai permulaan, saya memberi saranan kepada beliau untuk mencuba produk alternatif seperti heat-not-burn product, vape dan e-rokok. Ini kerana jika tiada pembakaran, maka tiada asap berbahaya yang dihasilkan dan tercemar di udara. Manalah tahu dengan peralihan penggunaan produk seperti ini, ia secara tidak langsung dapat membantu rakan saya ini. Saya juga mencadangkan rakan saya untuk mengamalkan petua mengunyah gula-gula getah tanpa gula kalau mahu mengelak dari membakar asap rokok. Tak cuba tak tahu bukan!


PEMBAKARAN ROKOKLAH YANG MEMUDARATKAN!


Apa-apa pun, saya harap agar rakan saya dan seluruh perokok di luar sana dapat mengambil serius akan kesan merokok ini. Amalan gaya hidup sihat boleh dipupuk untuk masa depan yang baik. Kita yang bukan perokok ini harus memberi sokongan padu kepada perokok yang mahu hidup bebas tanpa asap rokok. Barulah hidup kita lebih muafakat dan harmoni bukan!


Sumber:

  1. http://www.myhealth.gov.my/merokok/
  2. https://vizhub.healthdata.org/gbd-compare
  3. https://www.infosihat.gov.my/isu-semasa/43-bahaya-merokok.html
  4. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/04/808513/lebih-maklumat-mengenai-alternatif-merokok-diperlukan
  5. https://www.haahub.com.my/fakta/merokok



#INFORMASI #KESIHATAN #ROKOK #MEROKOK

0 Comments