Sebagai info, Takex Co. Ltd mempunyai kepakaran lebih 30 tahun dalam penyelidikan dan pembangunan produk pembasmi kuman berasaskan ekstrak buluh.
KELEBIHAN TAKEX CLEAN EXTRA SANITIZER
Apa yang menjadikan TAKEX CLEAN EXTRA Sanitizer ini istimewa adalah ia menggabungkan ekstrak Buluh yang kuat sebagai bahan aktif utama bersama etanol untuk memberi faedah antimikrobial yang terbukti secara saintifik. Bagi mengukuhkan fakta keberkesanannya, TAKEX Co. Ltd. telah menghantar sampel produk ini di makmal berstatus ISO di Jepun untuk ujian pengesahan dan hasil ujian tersebut mendapati ia berjaya menghapus 99.99% virus Covid-19 selepas 15 hari proses penyejatan.TAKEX CLEAN EXTRA Sanitizer mempunyai pensijilan HALAL daripada JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM) dan TAKEXCO MALAYSIA SDN BHD mempunyai pensijilan ISO 9001: 2015, ISO 22000:2018, GMP dan HACCP.
CARA GUNA TAKEX CLEAN EXTRA SANITIZER
TAKEX CLEAN EXTRA Sanitizer cukup mudah digunakan. Hanya dengan semburan, ia bukan sahaja memberi perlindungan menyeluruh dalam pembersihan diri, bahkan menghapuskan bakteria dan virus pada sebarang permukaan dalam rumah seperti di ruang tamu, bilik tidur, ruang makan atau kawasan dapur. Malah, anda boleh sembur pada permukaan peralatan dapur seperti papan pemotong, pisau dapur dan pinggan untuk perlindungan secara optimum.
HARGA TAKEX CLEAN EXTRA SANITIZER DI MALAYSIA
- TAKEX CLEAN EXTRA bersaiz 1L - 1000ml: RM 63.80
- Botol semburan TAKEX CLEAN EXTRA bersaiz 500ml: RM 36.30
- Botol semburan TAKEX CLEAN EXTRA saiz 10ml: RM 6.60 dan 50ml: RM 9.90, saiz 100ml: RM17.60
- TAKEX CLEAN EXTRA sanitizer juga dijual dalam isipadu 5L pada harga RM 203.50 dan 18L pada tanda harga RM 577.50
Dimana anda boleh membeli TAKEX CLEAN EXTRA sanitizer ini? Layari https://takex-co.com/en/ atau pembelian juga boleh dibuat menerusi Shopee dan Lazada.
IKUTI TAKEX MALAYSIA DI FACEBOOK | INSTAGRAM
#PRODUK #TAKEXMY #TAKEXCLEANEXTRA #GAYAHIDUP
0 Comments