Mi ARONA diperbuat daripada gandum import yang berkualiti tinggi, mengandungi seratus peratus bahan semula jadi dan berasaskan sayuran - dengan tekstur lembut, kenyal dan kualiti tekstur yang hampir sama dengan mi Jepun (Ramen), ia begitu mudah untuk disediakan dan serasi dengan pelbagai cara masakan sama ada bergoreng ataupun berkuah.
Mi ARONA menawarkan cara masak yang mudah kepada semua pencinta mi, kerana ianya bukan sahaja cepat dimasak malah mudah bagi sesiapa sahaja untuk menyediakan hidangan mi kegemaran mereka. Kepada golongan dengan gaya hidup produktif, pasti akan menyukai cara mudah penyediaan mi ini yang cuma memakan masa sebanyak 4-5 minit. Dengan tempoh jangka hayat 18 bulan, produk mi ini boleh dibeli dan juga disimpan untuk dinikmati bila-bila masa mengikut keinginan anda.
Penyediaannya juga cepat dan ringkas – Langkah pertama, rebus mi dalam air mendidih selama kira-kira 4-5 minit, kemudian bilaskan dengan air sejuk. Mi serba-serbi ini boleh dimasak dengan pelbagai cara, sama ada sup, kuah atau digoreng mengikut citarasa dan selera anda. Ianya juga sesuai untuk dijadikan hidangan sihat yang menyelerakan seperti Salad Mi kerana mi ARONA mempunyai keenakan yang terserlah apabila digabungkan dengan sayur-sayuran pilihan anda.
Saya sendir telah mencuba Mi ARONA dengan memasak menu Mi Goreng Daging Salai. Saya sukakan tekstur mi yang kenyal selepas direbus. Tidak seperti jenama mi lain di pasaran yang cepat lembik selepas direbus, mi ARONA ternyata berkualiti dan proses merebus pun tidak memakan masa lama.
Mi ARONA tersedia dalam 3 citarasa berbeza – Asli, Oats dan Labu, dijual dengan harga RM3.80 setiap paket (250g). Mi ARONA kini boleh didapati melalui pembelian atas talian di platform Shopee dan Lazada serta pasaraya-pasaraya besar atau sederhana dan juga pasarpasar mini terpilih. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari laman web QSRT di www.qsrtrading.com.my.
0 Comments