Duduk rumah lama-lama memang boleh tepu otak! Jadi memandangkan kerajaan beri kelonggaran untuk industri perhotelan beroperasi kembali, jadi saya pun mulalah mencari hotel dengan tawaran harga promosi. Nak rentas negeri tak boleh, jadi kita cari hotel menarik di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor sahaja. Sambil mencari, terjumpa pula promosi Royale Chulan Kuala Lumpur, promosi bukan satu, tetapi ada 3 promosi penginapan yang ditawarkan oleh hotel ini. Harga yang ditawarkan agak murah bagi sebuah hotel bertaraf 5 bintang. Jadi apa lagi, terus telefon pihak hotel dan membuat tempahan. Untuk info, saya pernah menginap di hotel Royale Chulan Kuala Lumpur sebelum ini. Kembalinya saya ke hotel ini ibarat melepaskan kerinduan jugalah! Hihihi.
Boleh baca disini: https://www.thisisreef.com/2019/03/pengalaman-menginap-di-hotel-royale.html
Untuk anda yang merancang nak menginap di hotel ini, anda bebas untuk memilih promosi mana yang anda rasakan sesuai dan berbaloi. Paling penting, pastikan anda sudah lengkap dua dos vaksin sebagai syarat utama untuk menginap di sini ya. Bagi kanak-kanak, pastikan nama mereka berada dalam senarai tanggungan ayah atau ibu yang sudah lengkap vaksinasi.
ONE-BEDROOM APARTMENT ROYALE CHULAN KL
Ketika tempahan dibuat, ada 2 jenis apartment sahaja yang ditawarkan iaitu jenis Studio Apartment dan One-Bedroom Apartment. Akhirnya saya memilih untuk menempah One-Bedroom Apartment. Berkeluasan 90-meter persegi, apartment jenis One-Bedroom Apartment ini mempunyai ruang dapur, ruang tamu, bilik dengan katil bersaiz extra-large double bed, bilik air dengan tab mandi dan balkoni untuk anda lepak santai. Fasiliti lain yang disediakan dalam kamar ini adalah penghawa dingin, televisyen, Wi-Fi, seterika, pengering rambut, peti simpanan dan selebihnya sama seperti kebanyakan hotel lain.
Melangkah masuk ke apartment ini sahaja cukup mengujakan saya! Luas dan selesa! Walaupun ia hotel lama, tetapi keadaan dalam apartment ini masih dijaga rapi. Kagum!
Malamnya, saya dan rakan malas nak keluar dari hotel, jadi kami pesan sahaja in-dining menu. Menariknya, In-dining menu tersedia 24 jam tau dan buat masa ini, setiap penghuni hotel diberikan diskaun 20% untuk setiap pesanan menu ke kamar anda.
SARAPAN PAGI DI WARISAN CAFÉ ROYALE CHULAN KL
Sebagai info tambahan, Warisan Café kini hadir dengan seleksi menu baru untuk ala-carte yang pastinya sedap dan enak.
FASILITI DI ROYALE CHULAN KUALA LUMPUR
Fasiliti utama Royale Chulan Kuala Lumpur iaitu kolam renang, gimnasium dan Telaga Biru Spa terdapat di aras 2 hotel ini. Saya sempat meninjau sekitar hotel untuk melihat keadaan terkini hotel ini dan ternyata ia masih dijaga dengan baik. Kalau di aras 5, terdapat Executive Club Louge tapi saya tidak pasti sama ada ia sudah dibuka atau tidak.
REVIEW PERIBADI ROYALE CHULAN KL
Saya pernah menginap di Royale Chulan Kuala Lumpur sebelum ini tetapi ketika itu saya menginap di bilik hotel. Ini adalah pertama kali saya menginap di bilik jenis 1 Bedroom Apartment. Jadi sudah pasti satu pengalaman baru buat saya. Secara peribadi, walaupun ia adalah hotel lama, tetapi saya sangat berpuas hati memandangkan hotel ini masih lagi dipelihara dengan baik. Hospitaliti Royale Chulan Kuala Lumpur memang tidak perlu dipertikaikan. Dari saat masuk ke pintu utama, makan di Warisan Café, urusan daftar masuk terasa welcoming vibes itu. Malah sewaktu selisih dengan warga housekeeping juga mereka menyapa dengan penuh senyuman.Untuk One-bedroom Apartment pula, katil dan bantalnya cukup empuk, suhu penghawa dingin yang dingin (waktu malam menjadi ekstra dingin). Ada pilihan kipas angin jika anda tidak suka kedinginan penghawa dingin. Air pancuran juga laju, jadi puas mandi! Cuma saya rasakan televisyen yang disediakan bersaiz kecil, jadi tidak puas untuk menonton. Kondisi perabot masih utuh dan dijaga dengan baik. Tersedia ruang dapur dengan ketuhar gelombang mikro, peti ais, dapur elektrik dan juga cerek elektrik. Cuma ia tidak menyediakan alatan memasak dan pinggan mangkuk. Saya kurang pasti kenapa namun saya tidak kisah pun memandangkan saya tidak memasak.
Adakah saya berpuas hati dengan penginapan di One-Bedroom Apartment Royale Chulan Kuala Lumpur? Mestilah ya! Hotel bertaraf 5 bintang dengan penerapan elemen klasik Melayu menjadikan hotel ini cukup unik buat saya. Hotel ini juga cukup terkenal dengan sajian menu yang lazat, sehingga kan setiap kali bufet Ramadan, Royale Chulan Kuala Lumpur sentiasa sarat dengan pengunjung.
Jadi kepada anda yang mencari hotel menarik untuk percutian bersama keluarga atau rakan-rakan, boleh letakkan Royale Chulan Kuala Lumpur dalam senarai anda. Layari https://www.royalechulan.com/KualaLumpur/Home untuk info lanjut. Happy Hotel Hunting semua!
IKUTI ROYALE CHULAN KUALA LUMPUR DI FACEBOOK | INSTAGRAM
LOKASI ROYALE CHULAN KUALA LUMPUR
5, JALAN CONLAY,
50450 KUALA LUMPUR.
TELEFON: 03-2688 9688
#HOTELHUNTING #ROYALECHULANKL #RCKL #HOTEL
0 Comments