GARDEN COURT CAFÉ (GCC) MITEC TAWAR VARIASI SARAPAN PAGI DARI SERATA DUNIA

GARDEN COURT CAFÉ (GCC) MITEC TAWAR VARIASI SARAPAN PAGI DARI SERATA DUNIA



Garden Court Café (GCC) MITEC Tawar Variasi Sarapan Pagi Dari Serata Dunia |
Sudah lama rasanya tidak buat café hopping/café hunting! Asyik makan di rumah sahaja bosan juga. Bila dah boleh lepak makan diluar, mulalah mencari lokasi kafe dan restoran menarik di sekitar Lembah Klang ini. Sambil membelek media sosial, tiba-tiba terjumpa Garden Court Café yang terletak di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC). Jadi apa lagi, jom kita terjah apa yang menarik di Garden Court Café (GCC) MITEC ini.



GARDEN COURT CAFÉ (GCC) MITEC TAWAR VARIASI SARAPAN PAGI DARI SERATA DUNIA



Bagi anda yang mengikuti media sosial MITEC, pasti anda tahu akan kewujudan Garden Court Café MITEC ini. Baru sahaja dibuka kepada umum, Garden Court Café tampil berbeza dengan menawarkan variasi menu sarapan pagi citarasa dari serata dunia. Barulah saya faham kenapa waktu operasi kafe ini dibuka dari jam 7.30 pagi sehingga 2.30 petang. Tidak sukar mencari lokasi Garden Court Café MITEC ini, ia terletak di bahagian MITEC Northern Entrance. Ruang parkir juga banyak tersedia di sini jadi jangan risau!



GARDEN COURT CAFÉ (GCC) MITEC TAWAR VARIASI SARAPAN PAGI DARI SERATA DUNIA

GARDEN COURT CAFÉ (GCC) MITEC TAWAR VARIASI SARAPAN PAGI DARI SERATA DUNIA

GARDEN COURT CAFÉ (GCC) MITEC TAWAR VARIASI SARAPAN PAGI DARI SERATA DUNIA

GARDEN COURT CAFÉ (GCC) MITEC TAWAR VARIASI SARAPAN PAGI DARI SERATA DUNIA

GARDEN COURT CAFÉ (GCC) MITEC TAWAR VARIASI SARAPAN PAGI DARI SERATA DUNIA

GARDEN COURT CAFÉ (GCC) MITEC TAWAR VARIASI SARAPAN PAGI DARI SERATA DUNIA



Melangkah masuk ke ruang Garden Court Café MITEC ini, saya cukup teruja. Konsep kafe terbuka dengan dekorasi minimalis tapi punya kelas tersendiri. Pada saya, dekorasi kafe ini tidak sarat dan sedap mata memandang. Malah di beberapa sudut ruang kafe turut dihiasi dengan pepohon hijau memberi aura segar. Selain ruang dalam kafe, para pelanggan juga boleh menikmati sajian di bahagian luar Oval Garden. Ruang Oval Garden ini turut menyediakan ruang untuk anda bermain Teqball, sejenis sukan bola yang dimain bersama meja berlengkung.



GARDEN COURT CAFÉ (GCC) MITEC TAWAR VARIASI SARAPAN PAGI DARI SERATA DUNIA

GARDEN COURT CAFÉ (GCC) MITEC TAWAR VARIASI SARAPAN PAGI DARI SERATA DUNIA

 


PILIHAN SARAPAN PAGI GARDEN COURT CAFÉ MITEC


Mari kita lihat apa menu yang ditawarkan di Garden Court Café MITEC pula. Seperti yang saya nyatakan di awal tadi, kafe ini menawarkan variasi menu sarapan pagi dari serata dunia. Namun jika anda datang pada waktu tengahari, tidak mengapa kerana setiap menu disini sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Antara yang menarik perhatian saya adalah menu signatur, Durban Bunny Chow yang cukup popular di Afrika Selatan. Roti buku dibakar segar dan dilimpahi dengan pilihan kuah kari ayam atau kari vegetarian di tengah.



GARDEN COURT CAFÉ (GCC) MITEC TAWAR VARIASI SARAPAN PAGI DARI SERATA DUNIA
DURBAN BUNNY CHOW
 


Menu sarapan pagi lain yang turut disediakan di Garden Court Café adalah The Eggs Benedict & Beef, The Chick & Oriental Taste Eggs, The Ultimate Full English Breakfast, “Bonjour” Omellete, Truffle Scrambled, Low-carb Healthy Egg, The Big Mala Burrito, Guacamole Toast Sandwich, Crisp Bacon Waffle, Fluffy Flapjacks Pan Cake, Oat Meal Porridge, A Grain, a Greens & A Beans dan Baked Mac & Cheese.





GARDEN COURT CAFÉ (GCC) MITEC TAWAR VARIASI SARAPAN PAGI DARI SERATA DUNIA
THE CHICK & ORIENTAL TASTE EGGS

GARDEN COURT CAFÉ (GCC) MITEC TAWAR VARIASI SARAPAN PAGI DARI SERATA DUNIA
A GRAIN, A GREEN & A BEANS

GARDEN COURT CAFÉ (GCC) MITEC TAWAR VARIASI SARAPAN PAGI DARI SERATA DUNIA
THE ULTIMATE FULL ENGLISH BREAKFAST

GARDEN COURT CAFÉ (GCC) MITEC TAWAR VARIASI SARAPAN PAGI DARI SERATA DUNIA
OAT MEAL PORRIDGE

GARDEN COURT CAFÉ (GCC) MITEC TAWAR VARIASI SARAPAN PAGI DARI SERATA DUNIA
CRISP BACON WAFFLE

GARDEN COURT CAFÉ (GCC) MITEC TAWAR VARIASI SARAPAN PAGI DARI SERATA DUNIA
THE EGGS BENEDICT & BEEF



Tidak dilupa menu sarapan pagi rakyat Malaysia iaitu Nasi Lemak tapi disini ia dipanggil Truly Asia. Nasi bersantan penuh aroma dimakan bersama sambal, Ayam Goreng Berempah, Sate, telur rebus, kekacang dan ikan bilis goreng menjadikan menu disini harus dicuba disini. Menu tempatan yang turut terdapat disini adalah Mi Kari atau disini ia dipanggil Southest Noodle.



GARDEN COURT CAFÉ (GCC) MITEC TAWAR VARIASI SARAPAN PAGI DARI SERATA DUNIA
TRULY ASIA - NASI LEMAK



Seperkara lagi, jika anda ke ruang kaunter Garden Court Café ini, anda akan dapati terdapat banyak sosej dan kepingan daging diletakkan di dalam almari kaca. Sebenarnya, anda boleh beli sosej dan kepingan daging ini untuk diletakkan ke dalam menu yang anda pesan. Senang kata, anda boleh add-on bahan-bahan ini dan request untuk diletakkan ke dalam sarapan pagi anda. Terdapat juga variasi pastri untuk anda pilih disini.



GARDEN COURT CAFÉ (GCC) MITEC TAWAR VARIASI SARAPAN PAGI DARI SERATA DUNIA

GARDEN COURT CAFÉ (GCC) MITEC TAWAR VARIASI SARAPAN PAGI DARI SERATA DUNIA




REVIEW PERIBADI GARDEN COURT CAFE MITEC

GARDEN COURT CAFÉ (GCC) MITEC TAWAR VARIASI SARAPAN PAGI DARI SERATA DUNIA



Pada saya, Garden Court Café MITEC cukup unik dan berbeza dengan kafe-kafe lain yang pernah saya cuba. Ia cuba memberi fokus kepada menu sarapan pagi serta menu sihat. Saya sering berada di kejiranan ini dan saya dapati penduduk sekitar sini memang aktif menjalankan aktiviti riadah khususnya pada waktu pagi. Maka, sesuai sekali Garden Court Café ini dibuka untuk memberi peluang kepada mereka yang selesai beriadah untuk menikmati sarapan pagi. Kafe ini juga cukup sesuai dijadikan tempat lepak sama ada bersama famili mahupun rakan-rakan. Jika anda mahu mengadakan acara berskala kecil seperti sambutan hari lahir disini amatlah dialu-alukan. Bagi kualiti rasa menu disini sangat mengkagumkan. Rasa enak, food presentation memang taraf restoran mewah dan harga yang ditawarkan berbaloi dengan rasa dan saiz hidangan.



GARDEN COURT CAFÉ (GCC) MITEC TAWAR VARIASI SARAPAN PAGI DARI SERATA DUNIA



Kepada foodie diluar sana, jangan lepaskan peluang untuk mencuba sajian menu sarapan pagi di Garden Court café MITEC ini kerana ianya #JustDifferent and worth trying! Layari www.mitec.com.my untuk maklumat lanjut.


IKUTI MITEC DI FACEBOOK | INSTAGRAM




#FOOD #REVIEW #FOODIE #GARDENCOURTCAFE #MITEC

0 Comments