INISIATIF KULIM (MALAYSIA) BERHAD BERSAMA MYFUNDACTION
Atas dasar tanggungjawab sosial, syarikat Kulim (Malaysia) Berhad menjalin kerjasama dengan pertubuhan MyFundAction dengan menganjurkan kempen #Kulim88 bagi membantu golongan sasaran yang terkesan akibat wabak pandemik ini. Kempen kemasyarakatan ini juga diadakan bersempena dengan ulang tahun ke-88 Kulim (M) Berhad pada tahun ini.
Menariknya, kempen #Kulim88 ini menggunakan pendekatan unik dimana pengguna media sosial yang berkongsi gambar kempen ini akan menentukan jumlah sumbangan yang akan disalurkan kepada MyFundAction ini. Semua tahu bahawa media sosial memainkan peranan penting di masa kini jadi pihak Kulim (Malaysia) Berhad juga tidak mahu tercicir dari kemajuan teknologi dengan memanfaatkannya ke arah kebaikan dan pada masa sama mendidik warganet untuk sentiasa berkongsi perkara positif.
Cara untuk menyertai kempen #Kulim88 ini cukup mudah! Apa yang anda perlu lakukan adalah memuatnaik hantaran gambar atau video dalam media sosial anda dan setiap perkongsian anda akan membantu masyarakat yang terjejas akibat pandemik. Setiap satu hantaran anda di media sosial, Kulim (Malaysia) Berhad akan menyumbangkan RM1 kepada MyFundAction. Pihak Kulim (Malaysia) Berhad mensasarkan untuk menyumbang sebanyak RM88,888 pada penghujung bulan Ogos 2021 ini. Amaun sumbangan ini dipilih sebagai simbolik kepada ulang tahun syarikat ini yang kini berusia 88 tahun.
3 SYARAT UTAMA PENYERTAAN KEMPEN #KULIM88:
- Ikuti Facebook & Instagram Kulim (Malaysia) Berhad.
- Muatnaik hantaran serta gunakan tanda pagar #Kulim88. Jangan lupa tag Kulim (Malaysia) Berhad.
- Pastikan akaun media sosial anda terbuka kepada umum.
Sebagai perhargaan kepada pengguna media sosial yang terilbat dalam kempen #Kulim88 ini, hantaran dengan jumlah likes dan komen terbanyak akan memenangi wang tunai sebanyak RM88 dan sebanyak 10 pemenang akan diumumkan setiap minggu sepanjang kempen ini berlangsung. Bukan itu sahaja! Pemenang hadiah utama bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM888. Kempen #Kulim88 bermula pada 6 Ogos 2021 dan berakhir pada 22 Ogos 2021. Pemenang akan diumumkan pada 25 Ogos 2021.
INFORMASI MENGENAI KULIM (MALAYSIA) BERHAD
Kulim (Malaysia) Berhad dibawah anak syarikatnya terlibat dalam industri perladangan kelapa sawit, pengeluarkan produk, oleokimia, dan ester berasaskan getah; menghasilkan klon kelapa sawit dengan teknologi kultur tisu tumbuhan dan mengedarkan buah-buahan tropika, serta terlibat dalam pemprosesan minyak sawit mentah. Ia juga menyediakan perkhidmatan pengurusan dan perundingan perladangan, mengumpulkan peralatan pertanian dan mekanikal dan penyelidikan serta menghasilkan biji kelapa sawit. Sebagai info tambahan, Kulim (M) Berhad menjadi pelopor kepada RSPO (Roundtable on Sustainable Palm Oil) & MSPO (Malaysian Sustainable Palm Oil) di Malaysia. Ia merupakan skim pensijilan nasional di Malaysia untuk ladang kelapa sawit, pekebun kecil dan kilang pemprosesan minyak sawit.
Kulim (Malaysia) Berhad juga membuka peluang pekerjaan di sektor perladangan dimana bagi memastikan orang ramai mempunyai sumber pendapatan tetap. Buat masa ini, Kulim (Malaysia) Berhad mempunyai sekitar 9000 pekerja dan menyasarkan lebih ramai kakitangan yang berminat untuk bekerja dibawah syarikat ini sebelum hujung tahun.
Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama terlibat dalam kempen #Kulim88 dan membantu Kulim (Malaysia) Berhad mencapai sasaran. Lawati laman sesawang rasmi di www.kulim.com.my untuk mendapatkan informasi lanjut.
IKUTI KULIM (MALAYSIA) BERHAD DI FACEBOOK | INSTAGRAM
Kulim Malaysia Berhad Share Price | Kulim Malaysia Berhad Annual Report | Kulim Malaysia Berhad Website | Kulim Malaysia Berhad Contact Number | Kulim Malaysia Berhad Wikipedia | Kulim Malaysia Berhad Subsidiaries | Kulim Malaysia Berhad Delisted | Kulim Malaysia Berhad Career
#KULIM88 #KULIMCELEBRATES #FORYOU #MAKEADIFFERENCE #KULIMBERHAD
0 Comments