Tahun ini, menerusi Red Chinese Cuisine Restaurant Pullman KLCC kembali mewarnai sambutan perayaan kuih bulan tahun ini dengan edisi kuih bulan homemade termasuklah kuih bulan snow skin signatur Durian Musang King serta kuih bulan dengan pensijilan Halal oleh JAKIM.
Pembungkusan untuk kuih bulan Pullman KLCC tahun ini cukup menarik perhatian dimana ia hadir dengan 2 koleksi set hadiah (gift set) iaitu Peony Treasures and Classic Treasures. Bagi kotak hadiah Peony Treasures ia diinspirasikan daripada bunga Peony, yang juga terkenal dengan gelaran raja bunga dimana ia menjadi simbolik kepada kemasyhuran, cinta dan kejujuran. Kepelbagaian warna bunga Peony juga menjadi lambang kepada kebahagian. Manakala kotak hadiah Classic Treasures adalah kombinasi pelbagai bentuk kuih bulan tradisi serta warna cerah melambangkan simbol kebahagian. Harga bagi sebuah kotak Peony Treasures adalah RM168 net yang mengandungi 4 biji kuih bulan manakala kotak hadiah Classic Treasures berharga RM148 net yang juga mengandungi 4 biji kuih bulan.
CLASSIC TREASURES |
PEONY TREASURES |
Disertakan juga harga dan pilihan kuih bulan yang ditawarkan Pullman KLCC sempena sambutan Mid-Autumn Festival atau Perayaan Kuih Bulan 2021. Kesemua harga dinyatakan adalah termasuk cukai perkhidmatan 6%.
HOMEMADE COLLECTIONS
Baked Mooncakes
- Matcha Green Tea with Red Bean (RM37 net)
- White Lotus Paste Double Egg Yolk (RM37 net)
- Five Variety Nuts with Rum and Raisin - alkohol (RM45 net)
- Bamboo Charcoal Paste with Macadamia Nut (RM45 net)
HOMEMADE COLLECTIONS
Snow Skin Mooncakes
- Belgium Chocolate with Almond Nut (RM37 net)
- Black Sesame Paste with Salted Caramel (RM37 net)
- Pandan Lotus with Single Egg Yolk (RM37 net)
- Musang King Durian (Signature Mooncake) (RM68 net)
HALAL MOONCAKES (DENGAN LOGO HALAL DARI JAKIM)
- White Lotus with Single Egg Yolk (RM37 net)
- Black Sesame Lotus with Single Egg Yolk (RM37 net)
- Green Tea with Red Bean Paste (RM37 net)
- Mixed Nuts (RM37 net)
DISKAUN PEMBELIAN SECARA PUKAL
Jika anda merancang untuk menjadikan kuih bulan Pullman KLCC sebagai hadiah, anda boleh mendapatkan harga istimewa untuk set hadiah Classic Treasures serta memilih kuih bulan halal atau homemade yang diingini.- RM118.40 net/kotak untuk pembelian 10 to 50 kotak dalam satu resit
- RM111.00 net/kotak untuk pembelian 51 to 100 kotak dalam satu resit
- RM103.60 net/kotak untuk pembelian 101 kotak ke atas dalam satu resit
PERSONALISED KUIH BULAN DENGAN LOGO SYARIKAT ANDA
Mahu tampak kelainan pada kuih bulan anda? Abadikan logo syarikat anda pada kuih bulan yang mahu dijadikan hadiah menerusi Pullman KLCC. Pembelian minimum 50 kotak (4 biji dalam satu kotak) dalam satu resit diperlukan serta bayaran sebanyak RM1400 akan dikenakan untuk acuan logo syarikat anda. Pesanan awal iaitu 21 hari lebih awal diperlukan.DISKAUN ISTIMEWA BUAT FRONTLINERS AND HOTELIERS
Pihak Pullman KLCC menghargai jasa dan pengorbanan petugas barisan hadapan serta warga hotel dikala saat yang sukar ini. Pihak Pullman KLCC menawarkan diskaun 25% untuk sekotak kuih bulan (didalamnya mengandungi 4 biji kuih bulan).CAJ PENGHANTARAN KUIH BULAN PULLMAN KLCC
Pesanan kuih bulan Pullman KLCC tersedia untuk penghantaran ke seluruh negara dengan kadar caj berbeza bergantung kepada lokasi alamat penerima. Penghantaran percuma diberikan kepada pembelian 15 kotak ke atas ke satu lokasi dalam radius 30km daripada Pullman KLCC. Tambahan RM30 per lokasi dikenakan untuk penghantaran ke lokasi tambahan (maksimun radius 30km). Untuk pembelian 15 kotak ke bawah, caj penghantaran sebanyak RM10 dikenakan bagi 10km pertama, RM5 untuk tambahan setiap 5 kilometer.Untuk pesanan dan pertanyaan lanjut, WhatsApp +6016 290 3864 atau emel ke restaurants@pullman-klcc.com . Layari https://www.pullman-kualalumpur-citycentre.com untuk informasi selebihnya.
0 Comments