EKSKLUSIF: YEG ACADEMY BAWA TUN MAHATHIR BICARA SOAL GRADUAN SALAH PILIH JURUSAN

EKSKLUSIF: YEG ACADEMY BAWA TUN MAHATHIR BICARA SOAL GRADUAN SALAH PILIH JURUSAN



Eksklusif: Yeg Academy Bawa Tun Mahathir Bicara Soal Graduan Salah Pilih Jurusan | Platform pendidikan dan kerjaya atas talian, Your Education Guidance Academy (YEG) berbesar hati apabila mantan Perdana Menteri ke - 7, Tun Dr Mahathir Mohamad atau lebih mesra disapa sebagai Tun M sudi untuk meluangkan masa berkongsi pengalaman beliau bersama warganet khususnya pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia.


Menerusi program kemuncak ‘Educareer Pasca COVID-19 Bootcamp’ yang bakal berlangsung pada 22 Ogos 2021, Tun M akan bersembang santai bersama hos, Tengku Izwan Fareed mengenai topik ‘Revolusi Pendidikan Tinggi Supaya Relevan Dengan Pasaran Kerja’ di semua platform media sosial YEG Academy dan negarawan itu bermula jam 10.30 pagi. 


Asbab hasil tinjauan mendapati 90% pelajar yang menyambung pengajian di IPT menyesal dengan jurusan yang mereka pilih, pihak YEG Academy turut berharap agar Tun M yang pernah diberi mandat sebagai Menteri Pendidikan suatu ketika dahulu dapat berkongsi pendapat beliau bersama warganet kelak. Sebelum itu, usahawan dan penyanyi rap terkenal, Caprice akan terlebih dahulu membuka tirai pagi dengan turut berkongsi pengalamannya dalam mengejar cita-cita.



EKSKLUSIF: YEG ACADEMY BAWA TUN MAHATHIR BICARA SOAL GRADUAN SALAH PILIH JURUSAN



Menariknya mengenai ‘bootcamp’ anjuran YEG Academy, ia bukan sahaja berlangsung secara atas talian malah turut menampilkan ramai personaliti dan selebriti-selebriti terkenal tanah air yang terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti MK K-Clique, Caprice, Ernie Zakri, Wani Kayrie, Faiz Dickie, Pencetus Ummah (PU) Amin serta ramai lagi. Dalam masa yang sama , YEG Academy sekaligus menjadi platform pendidikan dan kerjaya atas talian pertama di Malaysia yang menjayakan program seumpama ini.

 
Mula berlangsung pada 2 Ogos lalu, mereka yang telah menonton siaran langsung ini rata-rata memberikan maklum balas yang sangat positif. Antaranya mereka dapat membuat pilihan jurusan yang lebih tepat, mengenali potensi diri, mengetahui kehendak industri serta banyak lagi.


Menurut pengarah YEG Academy, Encik Hasan bin Ithnin dan Encik Azizulhakim bin Suhaimi tujuan mereka adakan program ini adalah kerana ingin membantu pelajar sekolah dan universiti di luar sana memilih kerjaya yang tepat dengan keperluan industri kini dan dalam masa yang sama dapat mengurangkan kadar pengangguran negara.

 
“Tujuan kami menganjurkan ‘Educareer Pasca COVID-19 Bootcamp’ kerana ingin membantu golongan muda lepasan SPM berusia 17 hingga 19 tahun atau mereka yang berminat, membuat pilihan tepat dalam pemilihan institusi pendidikan tinggi. Untuk rekod, dalam tempoh tiga tahun bermula dari tahun 2018 sehingga 2020, seramai 4000 golongan muda telah dibantu oleh YEG Academy untuk menyambung pelajaran dan membina kerjaya” jelas Hasan.



EKSKLUSIF: YEG ACADEMY BAWA TUN MAHATHIR BICARA SOAL GRADUAN SALAH PILIH JURUSAN



Mengambil faktor situasi kini, YEG Academy juga telah mengadakan sesi siaran langsung ‘virtual’ ini secara percuma di laman Instagram yang mana nilai sebenar bagi penyertaan ini adalah sebanyak RM1999 seorang. Ditambah pula program ini turut mendapat sokongan daripada Tabung Haji, Latihan Industri Bergaji Penuh (LIBP), Innovative School of Management (ISM) dan Aviation Career Malaysia.

 
“Kami sedia maklum akan keadaan negara sekarang yang berhadapan dengan pandemik COVID-19 sejak setahun yang lalu menyebabkan ramai golongan muda mengeluh tiada rujukan tambahan mengenai hala tuju mereka selepas SPM.


“Jadi, YEG Academy telah memutuskan untuk mengadakan sesi perkongsian idea dan pandangan buat julung kalinya bersama figura-figura terkenal tanah air secara percuma. Ini adalah peluang keemasan untuk mereka sertai sesi ini kerana pada dasarnya mereka perlu membayar sebanyak RM 1999 bagi sesi selama 21 hari namun kali ini ia adalah percuma” tambah Azizulhakim.


Faktor penceramah jemputan yang terdiri daripada personaliti dan selebriti terkenal tanah air pula adalah kerana YEG Academy ingin mempelawa mereka berkongsi pengalaman terdahulu sebelum terkenal dan berjaya di dalam bidang masing-masing.

 
“Kami melihat mereka bukan sahaja kerana terkenal atau dikenali sebagai selebriti semata-mata. Namun, kerana pencapaian yang telah dikecapi sebelum ini membuatkan kami terpanggil untuk mempelawa mereka berkongsi pengalaman. Sebagai contoh, Wani Kayrie telah berjaya mendapat keputusan cemerlang di dalam SPM dan Faiz Dickie pula pernah bergelar sebagai pensyarah”.


“Dengan kredibilti mereka sebagai figura terkenal, kami percaya dapat memberi inspirasi kepada golongan muda yang menonton sesi bicara ini. Tidak dilupakan, Tun M yang sememangnya dikenali dunia sebagai salah seorang pemimpin yang disegani. Sudah pasti, banyak perkongsian yang akan dibuat oleh negarawan ini apatah lagi penonton boleh bertanyakan soalan ketika siaran langsung itu dibuat kelak” ujar Hasan lagi.


Untuk menyertai program YEG Academy, layari pautan https://yegmy.com/bootcamp hari ini.

IKUTI YEG ACADEMY DI FACEBOOK | INSTAGRAM | YOUTUBE


Yegi Academy | Regal Academy | Yegi Academy Reviews | Malaysia Industrial Skill Academy | Misa Courses | Myeg | Ism College | Ism Innovative School Of Management | 



#ACARA #YEG #YOUREDUCATIONGUIDANCE #YOUREDUCATIONCAREERPLATFORM #YEGWEMUSTWIN #YEGEDUCATION

0 Comments