Hanya berbekalkan modal simpanan sebanyak RM400, pasangan ini mencuba nasib untuk menjadi pengedar produk sabun kerana sabun dilihat sebagai satu barangan wajib yang perlu ada di setiap premis dan kediaman tidak kira penggunanya berbeza latar belakang kerjaya, pendapatan, tinggal di ibu kota atau di kampung serta berkeluarga dan juga individu bujang. Pada awalnya beliau mencuba nasib dengan menjual produk sabun syarikat lain selama 8 tahun namun kerana sering berdepan dengan masalah teknikal yang diabaikan oleh pihak pengurusan atasan di ibu pejabat, pasangan yang berkahwin pada usia semuda 20 tahun itu tekad mengundur diri dengan membina syarikat baharu yang dinamakan Fresh Expert Sdn. Bhd. (Fresh Expert) pada tahun 2018.
Dengan pengalaman dan ilmu yang ada, Puan Nurul bersama Encik Mohd Hafiz menghasilkan sabun Dolive, sabun pencuci empat dalam satu (pencuci, pewangi, pelembut dan antibakteria). Tidak mahu kesilapan di syarikat berulang, pasangan usahawan muda ini memperbaiki model perniagaan dengan sistem yang lebih teratur bagi membolehkan semua wakil jualannya berniaga secara telus tanpa bersaing sesama mereka. Ditanya mengenai cetusan idea nama Dolive, Puan Nurul menjelaskan ia memberi maksud ‘Meneruskan Kehidupan) dan nama ini berkait rapat dengan kehidupan silam pasangan ini. Pada masa sama, pemilihan nama Dolive ini cukup sesuai untuk produk sabun memandangkan sabun adalah produk yang digunakan setiap hari dalam kehidupan seharian kita.
“Peluang hanya datang sekali, jika kita abaikan dan tidak berusaha dengan bersungguh-sungguh maka kita tidak mencapai yang diimpikan selama ini,” kata Nurul Hasrah di pejabatnya di Seri Kembangan baru-baru ini.
Apa yang menarik tentang sabun Dolive ini adalah ia memiliki sembilan haruman eksklusif itu telah dihasilkan melalui kajian dan pembangunan (R&D) yang teliti. Sabun seberat 10 liter yang dijual pada harga RM30 cukup berbaloi kerana selain menghasilkan cucian yang memenuhi keperluan pelanggan ia juga dapat menjimatkan kos perbelanjaan kerana Dolive mampu bertahan sehingga hampir tiga bulan. Jika diawal permulaan bisnes sabun Dolive pemprosesan dibuat di rumah, kini jenama sabun ini mempunyai tempat memproses berskala besar milik syarikat ini yang terletak di Bukit Serdang, Selangor dan Kepala Batas, Pulau Pinang.
Produk yang telah mendapat pengiktirafan Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) itu juga kini telah mencatat jualan sehingga 100,000 botol sebulan sejak mula dipasarkan pada tahun 2019. Antara kunci kepada sambutan hebat produk sabun Dolive di pasaran adalah formulasinya setanding dengan produk antarabangsa namun harga yang ditawarkan cukup berpatutan. Malah ia juga sesuai digunakan oleh pengguna yang mengalami masalah kulit sensitif. Lebih membaggakan, pasaran sabun Dolive juga tidak tertumpu kepada pasaran tempatan tetapi berjaya menembusi ke negara jiran seperti Singapura dan Brunei.
Tambah Mohd. Hafiz, strategi juga sedang dirancang untuk menambah lebih ramai pengedar kepada 3,000 orang pada masa depan dan juga 30 master leader di seluruh pasaran domestik dan di negara jiran.
“Kami mengunjurkan jualan bertambah kepada satu juta botol sebulan pada masa depan, jumlah ini mampu dicapai memandangkan komitmen rangkaian pengedaran dan juga keyakinan pelanggan terhadap produk sabun Dolive yang berkualiti,” jelasnya.
Tambah Mohd. Hafiz, strategi juga sedang dirancang untuk menambah lebih ramai pengedar kepada 3,000 orang pada masa depan dan juga 30 master leader di seluruh pasaran domestik dan di negara jiran.
Buat masa ini, syarikat memiliki kira-kira 1,000 ejen dan pihaknya mahu menawarkan peluang perniagaan yang berpotensi kepada mereka yang terjejas pendapatan dan kewangan ekoran pandemik Covid-19. Peluang menjana pendapatan tambahan dibuka kepada orang ramai yang mahu menjadi ejen berdaftar sabun Dolive serendah RM250. Jika anda berminat untuk menjadi sebahagian daripada keluarga sabun Dolive, anda boleh mendapatkan informasi lanjut mengenainya dengan melayari laman sesawang rasmi di https://www.sabundolive.com .
IKUTI SABUN DOLIVE DI FACEBOOK | INSTAGRAM
sabun dolive review | sabun dove yang wangi | sabun dolive penang | pengasas sabun dolive | testimoni sabun dolive | pembekal sabun dolive | kelebihan sabun dolive | sabun pencuci dolive | kilang sabun dolive | sabun basuh dolive | sabun dolive review | testimoni sabun dolive | pengasas sabun dolive | sabun borong | dolive penang
#PRODUK #BISNES #DOLIVE #SABUNDOLIVE
0 Comments