Cakap pasal peralatan dapur, baru-baru ini saya beli sebuah pengisar baru memandangkan pengisar yang ada sudah semakin uzur. Alang-alang ada duit lebih, baik beli siap-siap bukan. Nanti tak lah menyesal di kemudian hari. Saya pasti hampir setiap rumah wajib ada pengisar atau blender untuk memudahkan kerja di dapur. Cuma biasanya, blender yang ada didapur hanya sesuai digunakan untuk mengisar bahan menumis seperti bawang, cili atau halia. Kalau nak buat jus, ice-blended atau smoothie memang tak sesuai sebab bilah blender biasa tak kuat untuk mengisar ais dan jug pengisar pasti akan meninggalkan bau jika sering digunakan untuk mengisar bahan tumis tadi. Bila nak kisar buah-buahan jadi bau pelik pula. Tambahan pula buah-buahan ini contohnya epal hijau mudah mudah berubah warna selepas dikisar kerana ia bertindak balas dengan udara. Mesti anda kata, nak beli blender pun macam-macam perkara kena ambil tahu. Hahahaha. Iyalah! Alah membeli memang memakai. Kita nak pakai bukan sehari dua tetapi kalau boleh peralatan tu biarlah tahan lama dan berkualiti. Lagi best kalau peralatan itu multi-tasking macam Beko Vacuum Blender TBV8104BX.
Mungkin ada sebilangan dari anda yang tidak tahu tentang produk jenama Beko ini namun hakikatnya Beko telah wujud dalam dunia produk kelengkapan rumah sejak 1955 dan menjadi jenama kelengkapan rumah popular di Eropah. Kini, Beko adalah antara jenama yang semakin meningkat naik dengan pasaran di lebih 130 negara. Kenapa beli Beko Vacuum Blender TBV8104BX? Begini kisahnya. Masa sedang survey pengisar untuk dibeli secara online, terpandanglah pengisar jenama Beko ini. Bila baca spesifikasi dan kelebihan menggunakan Beko Vacuum Blender TBV8104BX saya terus say Yes!
SPESIFIKASI DAN KELEBIHAN BEKO VACUUM BLENDER TBV8104BX
Nama pun Beko Vacuum Blender, jadi pengisar ini menggunakan Vacuuming Technology setiap kali anda mengisar bahan makanan. Ini bermaksud ia akan menyedut keluar udara dari dalam jag pengisar dan ini penting agar bahan makanan tidak mudah teroksida bila bertindak balas dengan udara dan seterusnya nutrisi, warna dan kesegaran dapat dikekalkan. Contohnya epal hijau. Biasa bila kita kisar dia akan terus berubah warna bukan? Tapi tidak dengan Beko Vacuum Blender!
RESIPI SMOOTHIE EPAL HIJAU GUNA BEKO VACUUM BLENDER TBV8104BX
Teruja atau tidak? Kalau teruja cepat terjah laman sesawang rasmi Beko Malaysia untuk membeli. Pujuklah suami beli sebagai hadiah dan memudahkan memasak didapur. Masakan sedap pun untuk suami dan anak- anak juga bukan? Hihihihi.
IKUTI BEKO MALAYSIA DI FACEBOOK | INSTAGRAM
#MYBEKO #BEKOMALAYSIA #LIVELIKEAPRO #BEKOVACUUMBLENDER #PRODUK #REVIEW
0 Comments