KAMBING PERAP MR PEPPER REVIEW

KAMBING PERAP MR PEPPER REVIEW



Kambing Perap Mr Pepper Review |
Sejak bekerja dari rumah, dapur menjadi lokasi persinggahan paling popular. Mana tidaknya, asyik duduk berulang cari makan sahaja. Jika sebelum ini dapur memang jarang berasap tetapi sekarang meriah dengan stok bahan memasak. Cuma bila dah selalu sangat masak sendiri dirumah, buntu juga nak masak apa. Asyik ulang menu sama pun naik muak juga bukan?

 

Maka belek lah media sosial sambil mencari idea menu untuk masak, tiba-tiba terpandang produk daging perap. Menarik juga! Sudah lama tak makan daging panggang sejak tak boleh makan di restoran. Daging Perap dari Mr Pepper, produk baru agaknya! Apa lagi, saya pun terus mencari info tentang Mr Pepper ini. Bak kata orang, kena jadi pembeli bijak! Rupanya sangkaan saya meleset kerana produk Mr Pepper ini sudah berada dalam pasaran sejak 2016. Malah produk Mr Pepper keluaran Mr Pepper Sdn Bhd ini mempunyai kilang sendiri dengan status proses HALAL dari Jakim dan MESTI (Makanan Selamat Tanggungjawab Industri) dari KKM. Katanya mereka sedang berusaha mendapatkan juga pensijilan GMP (Good Manufacturing Practie) & HACCP (Hazard Critical Control Points) dari VHM (Veterinary Health Mark). Bagus juga syarikat ini dan pastinya produk mereka mesti berkualiti.



KELEBIHAN PRODUK AYAM & KAMBING PERAP MR PEPPER 

KAMBING PERAP MR PEPPER REVIEW



Untuk info, Mr Pepper mempunyai tiga produk iaitu dipasaran iaitu Ayam Perap 850g, Kambing Perap 1kg (keluaran akan datang dalam pek 850g) & Kambing Perap 500g. Namun sebab tekak nak makan Daging Panggang, maka saya pesan pek Mr Pepper Kambing Perap 500g dan 1kg. Mesti ada yang tanya saya, apa beza kedua-dua pek itu? Untuk pek 500g, ada 4-5 keping daging kambing manakala untuk pek 1kg ada sekitar 8-10 keping daging kambing perap.



Selain alasan dah lama tak makan daging panggang, banyak sebab kenapa saya beli pek Daging Perap Mr Pepper ini. Antaranya adalah proses memasak memang jimat masa. Bayangkan dalam masa 10 minit dah siap masak. Jadi memudahkan saya yang sentiasa sibuk, kalau balik lewat malam dan teringin nak makan daging panggang, koyak saja pek Mr Pepper dan masak. Jimat tenaga saya juga memandangkan pek Mr Pepper ini sudah siap di perap jadi tak perlu nak buat banyak kerja di dapur. Lebihan sos perapan pada pek tu jangan dibuang sebab ia boleh menjadi sos pencicah atau digunakan pada perapan lain.



KAMBING PERAP MR PEPPER REVIEW



Biasa makan set kambing panggang di restoran sudah menelan belanja puluhan ringgit, tapi dengan adanya Kambing Perap Mr Pepper, saya boleh makan banyak kali. Jimat duit! Ada yang tak makan daging kambing sebab baunya tapi jangan risau sebab Kambing Perap Mr Pepper tidak berbau. Dagingnya pula lembut sebab Mr Pepper guna fully lamb, bukannya mutton. Nak masak Kambing Perap Mr Pepper ni senang, nak guna kuali, pan, air fryer, pressure cooker, oven dan grill semua boleh! Lagi menarik, kalau Kambing Perap tak habis masak, baki boleh simpan balik dalam peti ais sebab pek Kambing Perap Mr Pepper guna kaedah vakum jadi tahan lama.



KAMBING PERAP MR PEPPER REVIEW



Tidak dinafikan memang sedap betul Kambing Perap Mr Pepper ni. Perapan dia memang padu, ditambah pula dagingnya yang lembut. Biasa kalau beli daging perap atau daging panggang akan ada bau kambing tapi Mr Pepper ni tak ada bau langsung. Memang sekeping tak cukup untuk saya. Paling best, cepat dimasak cuma 10 minit sahaja!




CARA PENYEDIAAN KAMBING PERAP MR PEPPER

KAMBING PERAP MR PEPPER REVIEW



Nak masak Kambing Perap Mr Pepper ini mudah sahaja.


Langkah 1: Nyah beku

Sudah simpan dalam peti sejuk beku pasti pek kambing perap jadi keras. Cara untuk nyahbeku, buka pek vakum dan panaskan dalam ketuhar gelombang mikro selama 3-5 minit atau rendam pek dalam air selama 15-30 minit. Anda juga boleh simpan dalam peti ais bahagian chiller semalam sebelum memasak.


Langkah 2: Penyediaan

Ada pelbagai cara untuk masak Kambing Perap Mr Pepper ini. Antaranya:
  • masak atas kuali non-stick selama 10 minit.
  • masak di dalam ketuhar atau air fryer atau pressure cooker atau ketuhar gelombanhg mikro selama 10-20 minit pada suhu 180-200 darjah Celsius sehingga masak. (untuk kekalkan juicy pada daging, anda boleh guna aluminum foil).
  • Bakar kaedah barbaku selama 10 minit.
  • Jika kuah perapan terasa pekat, boleh cairkan sedikit dgn air

Langkah 3: Siap untuk dihidang!




HARGA PRODUK MR PEPPER

KAMBING PERAP MR PEPPER REVIEW




Buat masa ini produk Mr Pepper datang dalam 2 jenis daging iaitu ayam dan kambing. Harga dan saiz pek adalah seperti dibawah:

KAMBING PERAP
  • Pek 500g: RM 35
  • Pek 850g: RM 55

AYAM PERAP
  • Pek 850g: RM29


MR PEPPER ANJUR CABUTAN BERTUAH UNTUK PELANGGAN DAN EJEN BERDAFTAR

KAMBING PERAP MR PEPPER REVIEW




Alang-alang dah beli produk Mr Pepper, anda berpeluang untuk memenangi iPhone 12 Pro Max serta beberapa hadiah sampingan lain. Cara untuk sertai senang sahaja!


  1. Semak Syarat Penyertaan
  2. Buat pembelian mana-mana produk Mr Pepper.
  3. Isi borang penyertaan
  4. Like Facebook Rasmi Mr Pepper untuk mengetahui info terkini.


KAMBING PERAP MR PEPPER REVIEW



Teruja tak? Mana nak dapat kan produk Daging Perap Mr Pepper ini? Anda boleh membuat pembelian di laman sesawang rasmi https://www.mrpepperhq.com atau menerusi Whatsapp di talian 011-10422124 atau menerusi laman media sosial Mr Pepper. Selain itu, produk Mr Pepper boleh didapati menerusi ejen berdaftar seluruh Malaysia dan Singapura atau di kedai sejuk beku terpilih. Saya dah cuba dan ternyata Mr Pepper, Kambing Perap SEDAP, LEMBUT, CEPAT DIMASAK sepantas 10 minit!


IKUTI MR PEPPER DI FACEBOOK | INSTAGRAM




mr pepper kambing mr pepper ayam perap, resipi kambing perap mr pepper, kambing perap mr pepper review


#MRPEPPERTERBAIK #HIDANGANIKHLASDARIHATI

0 Comments