Ada yang bertanya, apakah jenama pewangi kegemaran saya? Mesti jenama mahal ni. Saya membalas, jenama bukan lah ukuran utama buat saya. Iya, tidak dinafikan minyak wangi jenama antarabangsa tidak begitu mesra dompet tapi anda harus ingat bahawa anda juga membayar kepada branding jenama itu. Itu yang mahal! Lagi kes naya, isu minyak wangi tiruan di pasaran. Naya kalau tersalah beli. Secara peribadi, isu harga adalah subjektif kerana ada yang mampu bayar lebih untuk minyak wangi kegemaran dan ada yang rasa ia sesuatu yang membazir, cukup sekadar minyak wangi di drug store sahaja.
Bagaimana anda memilih jenis pewangi atau minyak wangi? Ada yang suka minyak wangi berasaskan buah-buahan atau bunga. Pada saya, tidak kisah jenis pewangi, ia bergantung kepada jenis haruman itu sendiri sama ada ia kena dengan citarasa anda. Seperti saya, asalkan selesa di hidung saya, saya suka. Antara jenama minyak wangi kegemaran saya adalah VEIN PERFUME.
HOUSE OF VEIN
Mula diperkenalkan orang seorang kenalan, saya mula jatuh cinta dengan VEIN Perfume saat saya menghidunya. Saya sangkakan ia adalah minyak wangi inspired version namun sangkaan saya meleset. VEIN Perfume adalah minyak wangi/pewangi artisan yang dihasilkan oleh anak tempatan namun mempunyai kualiti haruman persis jenama antarabangsa.Sebelum membeli, sudah menjadi kebiasaan untuk menjadi informasi. Barulah ilmu penuh di dada bukan! VEIN Perfume (VEIN adalah nadi/urat) mengambil inspirasi ketika era Zaman Victoria di United Kingdom ketika kemuncak Revolusi Perindustrian British dan Empayar British sekitar abad ke-19 dimana ketika itu, golongan bangsawan sudah mempunyai kegemaran memiliki koleksi winyak wangi. Bertitik tolak dari kisah di zaman tersebut membeli ilham kepada pengasas VEIN untuk menghasilkan minyak wangi artisan pada harga mampu milik kerana minyak wangi mampu memberi aura eksklusif dan penuh prestij kepada di pemakai bak golongan bangsawan.
APA YANG MENARIK TENTANG VEIN PERFUME
Walaupun pati haruman diimport dari luar negara, anda akan terkesima kerana ia dicipta sebagai produk wanigan mesra Muslim dan ketahanan haruman sehingga 8 jam. Malah saiz botol VEIN dicipta agar ia ideal untuk dibawa ke mana-mana. Selit di dalam poket atau beg tangan, tiada masalah! VIEN juga telah diperakui oleh menerusi ujian kimia oleh Biotechnology Corporation. Maka tidak hairan ia berjaya menembusi pasaran Brunei baru-baru ini.
PILIHAN VEIN PERFUME
ORIGIN (An Incident with Lady Carter)
- Top notes are Rose, Green Tea and Violet
- Middle notes are Turkish Rose and Magnolia
- Base notes are Musk and Cedar
- Recommended for special occasion
- Extrait de Parfum
VEIN NO. 2 Fruity Entanglements (II)
- Fresh apple juice and zesty citrus
- Top notes are Ylang-ylang, middle notes are freesia and jasmine, Hedione
- Base note is musk
- Recommended for daily use
- Extrait de Parfum
VEIN NO. 3 Caramel Woody Affairs (III)
- Top notes are rose and freesia
- Middle notes are cedar and sandalwood
- Base notes are vanilla and caramel
- Recommended for daily use and special occasion
- Extrait de Parfum
VEIN NO. 4 The Memory of The Bennett
- Features aromas of watermelon, kiwi, pink cyclamen and musk
- Recommended for special occasion and evening banquet
- Extrait de Parfum
VEIN NO. 5 A Night Walk with Lord Edwards
- Top notes are mint, lavender, grapefruit and bergamot
- Middle notes are cranberry, rose and granny smith apple
- Base notes are amber, cactus and cotton flower
- Recommended for special occasion, active lifestyle and sports occasion
- Suitable for tobacco lovers
- Extrait de Parfum
HARGA VEIN EDP SPRAY
Kisah disebalik penghasilan VEIN sudah diketahui. Malah jenis haruman VIEN juga sudah dikongsi. Maka sudah pasti harga yang menjadi pertanyaan kepada anda pencinta haruman atau minyak wangi artisan ini. VEIN hadir dengan haruman Extrait De Parfum (EDP) bersaiz 30ml pada harga cuma RM65.00 bagi Semenanjung Malaysia dan RM70.00 untuk Sabah & Sarawak. Harga tidak termasuk kos penghantaran.ULASAN PERIBADI MENGENAI VEIN EDP PERFUME INI
Teruja? Apa tunggu lagi! Terjah laman rasmi VEIN di www.vivelavein.com untuk pembelian dan maklumat lanjut.
IKUTI VEIN DI FACEBOOK | INSTAGRAM
#VEIN #PRODUK #GAYAHIDUP #REVIEW
0 Comments