Tipulah kalau saya katakan tidak rindu nak bercuti atau melancong. Saya pasti anda pun seperti saya juga. Bukan apa, setelah penat bekerja, badan dan minda pun perlukan rehat. Tambahan pula, dapat meneroka tempat orang dapat memberi ruang untuk refresh diri dan membuka minda kepada perspektif baru. Dapat pula baring di atas katil dan bantal hotel yang empuk, pasang penghawa dingin, memang memberi privasi total kepada diri. Mahu tak bangun dari katil satu hari gamaknya.
Bercakap tentang hotel, ramai pembaca setia tahu akan akan aktiviti #HotelHunting yang sering saya lakukan. Terima kasih kerana sudi membaca pengalaman saya dan menjadikan ia sebagai rujukan. Baru-baru ini saya dihujani dengan beberapa pertanyaan mengenai cadangan hotel menarik untuk berbulan madu (honeymoon). Jarang sekali saya mendapat soalan ini memandangkan saya masih bujang. Hihihi.
BILIK CORNER STUDIO THE RuMa HOTEL & RESIDENCES |
Tapi saya tak nafikan ia adalah soalan yang menarik dan mengikut pengamatan saya sepanjang menerjah hotel-hotel ini, terdapat beberapa hotel yang cukup sesuai dijadikan penginapan bulan madu baik pengantin baru mahupun pasangan yang mahu meraikan ulang tahun perkahwinan mereka. Pada saya, pilihan hotel untuk berbulan madu perlulah menepati beberapa kriteria seperti ia mestilah memberi privasi, menawarkan fasiliti yang sesuai seperti spa dan candle light dinner, mempunyai vibe dan romantik dan mewah kerana sudah pasti pasangan ini mahu menikmati momen terindah meraikan perkahwinan. Jadi saya senaraikan beberapa hotel menarik di Malaysia yang pernah saya kunjungi yang pada hemat saya cukup sesuai dijadikan penginapan bulan madu (honeymoon).
Saya mula dengan hotel di Kuala Lumpur memandangkan saya tinggal di wilayah ini dan menjadikan aktiviti Staycation KL hampir setiap hujung minggu disini. Antara hotel yang anda boleh letakkan dalam senarai adalah seperti The St. Regis Kuala Lumpur, Pullman Kuala Lumpur City Centre - Hotel & Residences, EQ Kuala Lumpur dan The RuMa Hotel and Residences. Ketiga-tiga hotel ini mempunyai suasana mewah dan penuh privasi dengan ruang bilik yang cukup selesa termasuk pilihan bilik dengan tab mandi. Malah hotel-hotel ini mempunyai spa untuk pasangan berkahwin manjakan diri serta menawarkan pakej istimewa bulan madu.
Kalau anda rasakan Kuala Lumpur terlalu biasa, barangkali anda boleh menerjah Johor Bahru Hotel kerana tidak dinafikan bahawa bahagian selatan Semenanjung Malaysia ini meriah dengan pelbagai jenama hotel menarik sebagai lokasi penginapan bulan madu anda. Antaranya adalah Thistle Johor Bahru dimana anda boleh menempah bilik menghadap laut, mesti romantik bukan! Kalau anda rajin, boleh sahaja memandu ke Desaru dan menginap Anantara Desaru Coast Resort & Villas, pasti membangkit rasa romantika!
Satu lagu pilihan hotel menarik untuk bulan madu adalah di Lexis Hibiscus Port Dickson. Semua tahu Port Dickson adalah antara lokasi bercuti kegemaran rakyat Malaysia khususnya warga KL dan Selangor kerana lokasinya yang dekat dengan Lembah Klang. Tidak dinafikan bahawa Lexis Hibiscus Port Dickson antara hotel popular di kawasan ini kerana keunikan hotel yang mempunyai pilihan kamar di atas laut beserta kolam renang peribadi. Memang romantik habislah. Malah hotel ini juga menawarakan pakej menaiki helikopter untuk anda melihat panorama indah dari awan biru.
Sudah bersedia untuk berbulan madu selepas boleh rentas negeri nanti? Saya tahu ramai tidak sabar untuk kembali melancong dan bercuti dalam negara termasuklah saya. Tidak mengapa! Kita rancang awal mahu bercuti dan menginap di hotel mana, kemudian bila kita kembali boleh merentas negeri, kita boleh proceed with the plan, just pack the bag and go!
Apa-apa pun, jaga diri semua!

DELUXE SEA VIEW CORNER ROOM ANANTARA DESARU |

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON |
Sudah bersedia untuk berbulan madu selepas boleh rentas negeri nanti? Saya tahu ramai tidak sabar untuk kembali melancong dan bercuti dalam negara termasuklah saya. Tidak mengapa! Kita rancang awal mahu bercuti dan menginap di hotel mana, kemudian bila kita kembali boleh merentas negeri, kita boleh proceed with the plan, just pack the bag and go!
Apa-apa pun, jaga diri semua!
#HOTELHUNTING
0 Comments