Kita boleh lihat lambakan produk penjagaan kulit di pasaran sekarang dan ini menunjukkan betapa tinggi permintaan terhadap produk-produk ini. Namun persoalannya, adakah semua produk ini bagus dan berkesan? Sejujurnya, saya bukanlah seorang penggemar produk kecantikan tempatan. Bukan apa, banyak kisah kurang enak mengenainya. Tapi tak semua produk penjagaan kulit keluaran tempatan tidak bagus. Contohnya ORYN Skincare.
Perkenalan ORYN Skincare bermula bila saya bertemu dengan seorang rakan di satu majlis. Cantik sungguh kulit wajahnya. Berbeza sungguh berbanding dulu. Sudah lama tidak berjumpa, maka rancaklah perbualan kami sehingga rahsia kulit cantik juga dipersoal. Tidak lokek berkongsi, beliau sarankan saya untuk menggunakan produk ORYN Skincare kerana hasilnya menakjubkan. Betul kulit dia cantik tapi takkan lah dengan hanya sekadar menggunakan produk? Cuit hati kecil ini.
Jelasnya lagi, sebelum ini beliau sudah mencuba pelbagai produk baik antarabangsa mahupun lokal namun hasilnya hampa. Namun ORYN Skincare memberi sinar baru kepada kulit wajahnya. Bak kata orang, tak salah mencuba bukan? Jadi saya selidik serba sedikit mengenai ORYN Skincare ini dan apa yang saya dapat? Teruskan membaca!
APA YANG MENARIK TENTANG ORYN SKINCARE
Setiap produk ORYN Skincare menggunakan sumber Multi-Action Vitamin C cukup stabil stabil yang diimport dari Korea (semua tahu Korea adalah syurga kecantikan) dengan formulasi kepekatan yang tinggi. Ini adalah kunci utama bagi mendapatkan hasil yang efektif kepada kulit. Menerusi Multi- Action Vitamin C yang juga sejenis antioksidan membantu melindungi kulit daripada radikal bebas atau bintik hitam dan pada masa sama membantu mencerahkan dan meratakan tona warna kulit. Selain itu ia juga menggalakkan penghasilan kolagen, mencegah kulit kering, melambatkan penuaan dan kedutan kulit dan melindungi kulit dari sinaran UV. Sebagai tambahan, ORYN Skincare juga menggunakan ekstrak daripada kulit oren dalam produknya. Produk tempatan selalu ada bahan kimia terlarang? Jangan risau kerana ORYN Skincare bebas dari bahan kimia berbahaya seperti SLS, Paraben, Hydroquinone dan Merkuri. Pendek kata, ORYN Skincare menjalankan kajian menyeluruh bagi memastikan produk yang dihasilkan adalah terbaik.
SAYA CUBA SET PENUH ORYN SKINCARE
Kebaikan dan kelebihan produk ORYN Skincare sudah diketahui. Jadi masa untuk mencuba sendiri keberkesanannya. Saya membeli secara atas talian sahaja. Anda boleh dapatkan sama ada menerusi laman rasmi ORYN Skincare atau menerusi stor rasmi di SHOPEE. Alang-alang nak cantik, saya terus sambar ORYN HYDRABRIGHT GENTLE CLEANSER (50ML), ORYN HYDRABRIGHT MOISTURIZER (30 ML) dan ORYN HYDRABRIGHT CLEAR GEL (5ML).ORYN HYDRABRIGHT GENTLE CLEANSER (50ML)
Pencuci wajah ini sesuai digunakan oleh mereka yang mempunyai kulit norma dan berminyak. Ia mengandungi formulasi Multi-Action Vitamin C yang sangat stabil serta ektsrak kulit buah oren asli. Selain itu ORYN Hydrabright Gentle Cleanser turut didatang dengan Mild-Foam Formulation untuk mengurangkan kulit kering dengan memberi kelembapan optimum kepada kulit wajah. Antara bahan lain yang terdapat dalam produk ini adalah Niacinamide, Hyaluronic Acid & Panthenol dan Pentavitin & Sweet Almond Oil.Cara penggunaan mudah sahaja! Basahkan muka, picit 1-2 pam ORYN Hydrabright Gentle Cleanser, cuci, urut manja ke seluruh kulit wajah dan bilas!
ORYN HYDRABRIGHT MOISTURIZER
ORYN Hydrabright Moisturizer merupakan pelembap premium yang dikuasakan dengan Multi-Action Vitamin C untuk memberi intense hydration kepada kulit wajah, mengurangkan tanda penuaan kulit dan membantu mencerahkan kulit wajah. Selain itu, ORYN Hydrabright Moisturizer juga mengandungi Gluthathione + Arbutin, ekstrak tumbuhan semula jadi (bantu mengurangkan iritasi pada kulit), Niacinamide (membantu mengecilkan liang pori, garisan halus dan kedut pada kulit) dan Hyaluronic Acid + Pentavitin (bantu kekalkan hidrasi pada kulit).Saranan penggunaan adalah dengan menyapu sebanyak 2-3 kali sehari, lebih ideal selepas anda mencuci kulit wajah.
ORYN HYDRABRIGHT CLEAR GEL
Cuci wajah dan keringkan, kemudian sapukan amaun kecil ORYN Hydrabright Clear Gel pada bintik hitam dan putih atau jerawat. Saranan penggunaan adalah 3-5 kali sehari atau atas arahan pakar.
TESTIMONI PERIBADI MENGENAI ORYN SKINCARE
Saya juga sukakan tekstur kesemua produk ORYN Skincare ini. Tidak melekit, ringan dan tidak berbau bahan kimia. Hanya bau buah oren yang cukup menyenangkan hidung. Selain itu, pembungkusan produk ORYN Skincare mencuri perhatian saya kerana pada awalnya saya sangkakan ia adalah produk antarabangsa. Malah setiap label pada produk lengkap dengan informasi. Ini yang kita mahu supaya pengguna boleh mengetahui maklumat mengenai produk ini.
Jadi, kepada anda yang mencari produk penjagaan kulit wajah yang berbaloi, anda boleh mencuba produk ORYN Skincare ini. Mahu hasil yang optimum, saya sarankan anda membeli set penuh ORYN Skincare. Layari www.orynskincare.com untuk mendapatkan maklumat lanjut. Think Orange, Think ORYN!
IKUTI ORYN SKINCARE DI FACEBOOK | INSTAGRAM
* Untuk kegunaan luar sahaja. Anda disarankan untuk mendapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan sebarang produk. Hasil adalah berbeza bagi setiap individu.
#ORYNSKINCARE #PRODUK #KECANTIKAN
0 Comments