PENGALAMAN MENGINAP DI THE CHOW KIT - AN ORMOND HOTEL

PENGALAMAN MENGINAP DI THE CHOW KIT - AN ORMOND HOTEL

Pengalaman Menginap Di The Chow Kit - An Ormond Hotel |
Hotel mana nak terjah kali ini? Bosan juga asyik terperap dalam rumah. Kalau anda berada di Lembah Klang, memang tidak dinafikan banyak pilihan hotel untuk anda. Cuma ianya bergantung kepada individual preferences. Ada yang suka hotel berstatus mewah, ada yang suka hotel yang memiliki kolam renang, ada yang pilih hotel berdasarkan lokasi dan harga, tetapi jangan risau kerana setiap pilihan anda tiada satu pun yang salah. Lain orang lain kehendak bukan! Untuk edisi #HotelHunting kali ini saya suka untuk berkongsi pengalaman menginap di salah sebuah hotel butik di Kuala Lumpur iaitu The Chow Kit - An Ormond Hotel.

PENGALAMAN MENGINAP DI THE CHOW KIT - AN ORMOND HOTEL

Kenapa memilih The Chow Kit – An Ormond Hotel? Soalan yang menarik untuk saya jawab! Jika sesiapa yang sedari, dahulunya bangunan yang terletak di Jalan Sultan Ismail ini merupakan bangunan Tune Hotel. Setelah hotel ini menutup operasi di bangunan ini, maka The Chow Kit- An Ormond Hotel membuka pintu kepada umum pada 1 Disember 2019. Melihat kepada seni reka bangunan The Chow Kit – An Ormond Hotel ini menjadikan saya teruja untuk mengetahui lebih lanjut mengenai hotel ini yang telah direka oleh firma Studio Tack berpangkalan di Brooklyn New York City. Itulah jawapan kepada soalan tadi.

PENGALAMAN MENGINAP DI THE CHOW KIT - AN ORMOND HOTEL

Luxury Simplified. Itulah ayat pertama yang saya lihat saat membuka lawan sesawang rasmi The Chow Kit – An Ormond Hotel ini. Apa yang cuba disampaikan oleh hotel ini menerusi ayat itu? Lagi menambahkan keterujaan apabila akhbar The New York Times meletakkan kejiranan Chow Kit sebagai salah satu daripada 52 Places To Go In 2020 dan terselit di artikel tersebut mengenai hotel butik ini. Bukan itu sahaja! Malah portal Travel+Leisure meletakkan The Chow Kit – Ormond Hotel sebagai antara Best New Hotels in the World untuk tahun 2020.

PENGALAMAN MENGINAP DI THE CHOW KIT - AN ORMOND HOTEL

Bagi anda yang tertanya-tanya, nama Chow Kit diambil daripada nama seorang hartawan, mendiang Loke Chow Kit yang cukup disegani sekitar abab ke-19. Kini Chow Kit merupakan antara lokasi sibuk dalam Kuala Lumpur namun sejarah budaya di kejiranan ini masih boleh dirasai.

PENGALAMAN MENGINAP DI THE CHOW KIT - AN ORMOND HOTEL

Inspirasi utama The Chow Kit – An Ormond Hotel sudah pasti susur galur sejarah dan budaya masyarakat Malaysia yang majmuk di kejiranan ini. Tiada lama tiada yang baru, maka gabungan dua era ini disatukan menjadi sebuah hotel butik yang cukup unik dan punya kelas tersendiri. The Chow Kit – An Ormond Hotel mempunyai sejumlah 113 buah bilik (86 buah bilik dan 27 suite) dengan sentuhan refleksi moden mengenai sejarah Chow Kit.

Sebagai info, The Chow Kit adalah dibawah pengurusan Ormond Group yang turut mengendalikan Tune Hotels dan MoMo’s Kuala Lumpur. Saya juga mendapat info bahawa hotel The Chow Kit merupakan hotel pertama di Malaysia di bawah jenama Ormond Hotel. Khabarnya Ormond Hotel juga akan membuka cawangan di Melbourne.

PENGALAMAN MENGINAP DI THE CHOW KIT - AN ORMOND HOTEL

Jika anda datang menaiki kenderaan sendiri, anda boleh meletakkan kenderaan anda di ruang parkir terbuka dan berpagar di sebelah bangunan hotel. Untuk nota, bayaran kadar rata dikenakan kepada tetamu hotel. Untuk mereka yang menggunakan LRT atau Monorel, turun sahaja sama ada di stesen LRT Sultan Ismail atau stesen Monorel Chow Kit dan berjalan sekitar 5 minit untuk ke hotel ini. Bagi yang datang dari lapangan terbang, anda boleh berhubung terus dengan pihak hotel untuk private airport transfer service.

Melangkah masuk ke ruang lobi, terkesima saya seketika. Rekaan dalaman hotel ini benar-benar memberi aura klasik dan pada masa menyuntik elemen moden. Walaupun ruang lobi ini tidak besar tetapi ia cukup menghasilkan impak mewah. Berada di aras sama adalah bilik khas dipanggil The Library dan restoran The Chow Kit Kitchen & Bar. Urusan daftar masuk lancar sahaja memandangkan tempahan bilik telah dibuat lebih awal di laman sesawang rasmi hotel ini. Jenis kamar yang ditempah adalah The Towkay Suite pada harga RM310/semalam berserta sarapan pagi untuk dua orang.

PENGALAMAN MENGINAP DI THE CHOW KIT - AN ORMOND HOTEL

PENGALAMAN MENGINAP DI THE CHOW KIT - AN ORMOND HOTEL

PENGALAMAN MENGINAP DI THE CHOW KIT - AN ORMOND HOTEL

PENGALAMAN MENGINAP DI THE CHOW KIT - AN ORMOND HOTEL

PENGALAMAN MENGINAP DI THE CHOW KIT - AN ORMOND HOTEL

BILIK JENIS THE TOWKAY SUITE

PENGALAMAN MENGINAP DI THE CHOW KIT - AN ORMOND HOTEL

Ada beberapa pilihan bilik di The Chow Kit- An Ormond Hotel namun saya dan rakan sepakat memilih The Towkay suite sebagai inapan kami selama 2 hari 1 malam. Setiap nama jenis bilik disini diberikan inspirasi daripada sarang perjudian yang terkenal di Chow Kit pada zaman dahulu. Untuk bilik jenis The Towkay Suite (dialek Hokkien bermaksud The Boss Suite) berkeluasan sekitar 240 kaki persegi dan ia mempunyai katil bersaiz King dan ruang tamu kecil berserta dua kerusi berwarna hijau. Bilik yang kami inapi ini betul-betul menghadap Jalan Sultan Ismail dan jelas kelihatan Menara Kuala Lumpur dari bilik kami. Untuk bilik air, walaupun ia tidak mempunyai tab mandi, tapi sentuhan warna hitam pada keseluruhan ruang serta besi tembaga memberi impak mewah. Juga tersedia, TV skrin leper di dinding, kemudahan Wi-Fi, peti simpanan, peti sejuk mini, penyering rambut dan botol minuman. Jika sudah kehabisan air minuman, tersedia mesin mengisi air di setiap aras bilik.

Pilihan kamar lain adalah The Den (160 kaki persegi), The King Den (200 kaki persegi), The Twin Den (190 kaki persegi), The Little Towkay Suite (240 kaki persegi) dan The Towkay Soh Suite (409 kaki persegi).

MAKAN DI THE CHOW KIT KITCHEN & BAR

PENGALAMAN MENGINAP DI THE CHOW KIT - AN ORMOND HOTEL

Selesai daftar masuk, saya dan rakan terus ke restoran The Chow Kit Kitchen & Bar untuk minum petang. Mungkin saya boleh panggil restobar juga kerana selain ruang makan di restoran, ia juga mempunyai sebuah bar. Melihat kepada hiasan dalamannya, dapat dilihat ia persis sebuah kopitiam.

PENGALAMAN MENGINAP DI THE CHOW KIT - AN ORMOND HOTEL

PENGALAMAN MENGINAP DI THE CHOW KIT - AN ORMOND HOTEL

PENGALAMAN MENGINAP DI THE CHOW KIT - AN ORMOND HOTEL

PENGALAMAN MENGINAP DI THE CHOW KIT - AN ORMOND HOTEL

PENGALAMAN MENGINAP DI THE CHOW KIT - AN ORMOND HOTEL

Untuk sarapan pagi pula, hotel ini tidak menawarkan bufet namun tersedia pilihan set sarapan pagi kepada tetamu hotel. Anda boleh sahaja menempah bilik bersama sarapan pagi atau pesanan juga boleh secara berasingan. Terdapat 7 pilihan set sarapan pagi namun saya dan rakan memilih set Nasi Lemak bersama Rendang Ayam, Sambal Sotong dan set Classic Fry-Up, full English breakfast bersama telur, sosej ayam, tomato panggang, cendawan, kacang panggang dan pilihan roti. Setiap set didatangkan bersama jus dan pilihan teh atau kopi. Ikuti The Chow Kit Kitchen & Bar di Instagram menerusi @thechowkitkitchenandbar !

PENGALAMAN MENGINAP DI THE CHOW KIT - AN ORMOND HOTEL

PENGALAMAN MENGINAP DI THE CHOW KIT - AN ORMOND HOTEL

PENGALAMAN MENGINAP DI THE CHOW KIT - AN ORMOND HOTEL

PENGALAMAN MENGINAP DI THE CHOW KIT - AN ORMOND HOTEL

PENGALAMAN MENGINAP DI THE CHOW KIT - AN ORMOND HOTEL

FASILITI/KEMUDAHAN DI THE CHOW KIT - AN ORMOND HOTEL

Selain parkir yang saya jelaskan diawal tadi, The Chow Kit – An Ormond Hotel menawarkan beberapa kemudahan lain buat tetamu hotel namun malangnya ia tidak mempunyai gimnasium dan kolam renang. Take note ya! Antara kemudahan tersedia di The Chow Kit -An Ormond Hotel adalah dua buah bilik mesyuarat di aras 1 yang boleh dicantumkan menjadi satu ruang besar. Selain itu, tersedia ruang lebih privasi iaitu The Library yang terletak di aras lobi sesuai dijadikan bilik private dining atau mesyuarat untuk 12 orang. Seterusnya, kita terus ke ruang atap (rooftop) yang dipanggil The Deck. Ruang ini juga digunakan untuk kelas Yoga dan tetamu hotel boleh mengikuti kelas Yoga ini secara percuma (tertakluk kepada keadaan cuaca).

PENGALAMAN MENGINAP DI THE CHOW KIT - AN ORMOND HOTEL
THE LIBRARY

PENGALAMAN MENGINAP DI THE CHOW KIT - AN ORMOND HOTEL
THE DECK

Selain itu, pihak hotel turut menawarkan pakej Chow Kit Walking Tour dimana anda boleh menikmati sendiri suasana sebenar di kawasan kejiranan ini seperti meninjau kedai makan menarik atau bergambar bersama lokasi bersejarah disini. Sesekali menjadi lokal sesuatu pengalaman yang berharga bukan! Pakej ini boleh didapati setiap hari dengan pilihan sesi 9 pagi atau 5 petang dan akan berlangsung selama 75-90 minit setiap sesi. Tempahan perlu dibuat lebih awal di kaunter lobi dan harga yang ditawarkan adalah RM50 untuk tetamu hotel dan RM60 untuk bukan tetamu hotel.

ULASAN PERIBADI MENGENAI THE CHOW KIT – AN ORMOND HOTEL

Benar bak dikata, Luxury Simplified. Anda tidak perlu berbelanja mewah untuk merasai kemewahan itu. Ya, definisi mewah mungkin berbeza bagi setiap individu tetapi The Chow Kit mengambil kira tanggapan mewah bagi pengembara kontemporari seperti saya. Pada mereka, mewah adalah kehidupan yang dilimpahi dengan comfort, purpose, and balance. Dalam dunia yang serba kompleks kini, manusia masih inginkan kesederhanaan. Jadi rekaan dan dekorasi hotel ini memberi aura ‘kemewahan’ pada harga mesra poket supaya tetamu boleh nikmati menjadi warga kayangan. Rekaan dan hiasan dalaman hotel banyak mengambil inspirasi kisah warga lokal di kejiranan ini. I love how they brought history and culture to create the interior design of this hotel. Mainan warna klasik pada ruang hotel juga selari dengan ciri mewah ini. Senang kata nak rasa mewah tetapi harga mampu milik, datanglah ke The Chow Kit – An Ormond Hotel.

Untuk suite yang kami inapi, kami cukup berpuas hati kerana katil yang selesa, bantal yang empuk membuatkan saya liat untuk bangun tidur. Hiasan dalaman bilik ini memang my favourite! Suka kemasan, permainan warna dan lampu memang menaikkan seri mewah bilik.

Kita terus kepada restorar The Chow Kit – An Ormond Hotel. Pendapat peribadi, harga menu ini disini didalam kategori sederhaha. Namun jika harga bukan isu, saya sarankan anda menjamu selera disini kerana kualiti rasa menu disini amat baik dan saiz hidangan juga berbaloi dengan harga.

Pada hemat saya, hotel ini sesuai untuk mereka yang sukakan percutian kasual khususnya golongan belia, young professionals’ dan young couple. Untuk famili, tidak begitu disarankan kerana takut anak-anak bosan nanti. Lokasi hotel juga dekat dengan Jalan Tunku Abdul Rahman, jadi jika ada anak muda dari luar Lembah Klang yang datang ke Kuala Lumpur untuk membeli-belah, boleh juga jadikan hotel ini sebagai lokasi penginapan kalian. Bagi anda yang suka #ootd, hotel ini cukup Insta-Worthy untuk anda! Adakah saya akan kembali menginap disini? Sudah pasti! Layari https://www.thechowkit.com untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai harga dan promosi terkini.

IKUTI THE CHOW KIT – AN ORMOND HOTEL DI FACEBOOK | INSTAGRAM

PENGALAMAN MENGINAP DI THE CHOW KIT - AN ORMOND HOTEL

LOKASI THE CHOW KIT – AN ORMOND HOTEL
1012, JALAN SULTAN ISMAIL,
CHOW KIT, 50100 KUALA LUMPUR.

TELEFON: 03-2778 6666

#HOTELHUNTING #THECHOWKIT

0 Comments