PENGALAMAN MENGINAP DI ANANTARA DESARU COAST RESORT & VILLAS

Pengalaman Menginap Di Anantara Desaru Coast Resort & Villas | Sebagai makluman semua, edisi #HotelHunting ini telah dibuat pada awal tahun baru 2021. Maaf lambat kemas kini di blog kerana kekangan masa. Akhirnya ini ia berjaya disiapkan jadi selamat membaca semua! Walaupun tahun 2020 beri impak besar pada semua, ia bukan penghalang untuk kita meneruskan kelangsungan hidup bukan! Malah edisi #HotelHunting saya tetap diteruskan. Kalendar tahun baru dibuka dengan meneroka sebuah hotel bertaraf mewah di selatan Semenanjung Malaysia iaitu Anantara Desaru Coast Resort & Villas.

PENGALAMAN MENGINAP DI ANANTARA DESARU COAST RESORT & VILLAS
 
Anantara Desaru Coast Resort & Villas. Perancangan untuk menginap disini sudah lama dibuat sejak kunjungan kali pertama lagi. Pada waktu itu kedatangan saya untuk melawat rakan saya yang kebetulan bekerja disini. Sempat juga saya merasa masuk ke dalam villa yang berharga RM12 ribu semalam. Bila kali pertama jejak kaki ke hotel mewah ini, terus rasa teruja dan menyimpan hasrat untuk menginap disini dan akhirnya impian terlaksana.

Sebagai info ringkas, Anantara adalah jenama resort & villa yang berasal dari Thailand sejak 2001 dan merupakan penginapan bersatus mewah. Anantara Desaru Coast Resort & Villas membuka pintu kepada umum buat pertama kali pada Disember 2019 dan kini menjadi antara resort mewah terkemuka di Malaysia. Ia terletak berhadapan pantai sepanjang 17-kilometer menghadap Laut China Selatan.

PENGALAMAN MENGINAP DI ANANTARA DESARU COAST RESORT & VILLAS

PENGALAMAN MENGINAP DI ANANTARA DESARU COAST RESORT & VILLAS

PENGALAMAN MENGINAP DI ANANTARA DESARU COAST RESORT & VILLAS

PENGALAMAN MENGINAP DI ANANTARA DESARU COAST RESORT & VILLAS

PENGALAMAN MENGINAP DI ANANTARA DESARU COAST RESORT & VILLAS

PENGALAMAN MENGINAP DI ANANTARA DESARU COAST RESORT & VILLAS

FYI, percutian ini bukanlah ditaja oleh pihak hotel sebaliknya saya dan rakan berkongsi duit untuk penginapan ini. Hotel ini bertaraf mewah jadi harga nya juga agak mewah tapi demi mendapatkan pengalaman, kami berdua tutup mata dan bayar sahaja. Sekurang-kurangnya saya boleh kongsikan pengalaman dengan anda semua. Walaupun cuaca tidak menyebelahi kami kerana hujan turun sepanjang hari namun kami manfaatkan masa yang ada dengan teroka hotel ini sepenuhnya. Tidak sukar untuk mencari lokasi hotel ini, terima kasih kepada aplikasi Google Maps! Ruang parkir terbuka memang banyak di hadapan bangunan utama jadi jangan risau. Kalau malas menapak ke lobi, boleh sahaja tunggu buggy datang ambil.

Bila tiba di lobi, anda akan disambut dengan pukulan gong. Menarik bukan! Bila melangkah masuk ke ruang daftar masuk, saya memang teruja kerana anda akan lihat panorama indah menghadap Laut China Selatan. Disini, sistem daftar masuk dia istimewa dimana anda akan diminta duduk di ruang menunggu berhadapan dengan kolam sambil menikmati welcome drink sementara pihak hotel uruskan daftar masuk anda. Selesai daftar masuk saya terus dibawa ke bilik bersama dengan bagasi.

PENGALAMAN MENGINAP DI ANANTARA DESARU COAST RESORT & VILLAS

PENGALAMAN MENGINAP DI ANANTARA DESARU COAST RESORT & VILLAS

PENGALAMAN MENGINAP DI ANANTARA DESARU COAST RESORT & VILLAS

PENGALAMAN MENGINAP DI ANANTARA DESARU COAST RESORT & VILLAS

PENGALAMAN MENGINAP DI ANANTARA DESARU COAST RESORT & VILLAS

PENGALAMAN MENGINAP DI ANANTARA DESARU COAST RESORT & VILLAS

PENGALAMAN MENGINAP DI ANANTARA DESARU COAST RESORT & VILLAS

BILIK JENIS DELUXE SEA VIEW CORNER ROOM

PENGALAMAN MENGINAP DI ANANTARA DESARU COAST RESORT & VILLAS

Saya menempah bilik jenis Deluxe Sea View Corner Room di Anantara Desaru Coast Resort & Villas dan tempahan dibuat terus dari laman sesawang rasmi kerana kebetulan harganya lebih murah berbanding laman Agoda dan Booking Dot Com. Tempahan dibuat bersama sarapan pagi. Setibanya di bilik, memang perkataan pertama yang muncul dibibir adalah wow! Bilik ini berkeluasan 50 sqm cukup mewah dengan menyuntik elemen klasik menerusi penggunaan perabot kayu. Katil bersaiz King dengan tersedia sofa bed dihadapan katil. Bilik air mempunyai tab mandi dan tersedia colok aromaterapi untuk anda yang mahu berendam sambil menenang jiwa.

PENGALAMAN MENGINAP DI ANANTARA DESARU COAST RESORT & VILLAS

PENGALAMAN MENGINAP DI ANANTARA DESARU COAST RESORT & VILLAS

PENGALAMAN MENGINAP DI ANANTARA DESARU COAST RESORT & VILLAS

PENGALAMAN MENGINAP DI ANANTARA DESARU COAST RESORT & VILLAS

PENGALAMAN MENGINAP DI ANANTARA DESARU COAST RESORT & VILLAS

PENGALAMAN MENGINAP DI ANANTARA DESARU COAST RESORT & VILLAS

PENGALAMAN MENGINAP DI ANANTARA DESARU COAST RESORT & VILLAS

PENGALAMAN MENGINAP DI ANANTARA DESARU COAST RESORT & VILLAS

Lagi menariknya balkoni bilik dia luas dan berbentuk L. Itulah kelebihan bilik dia bahagian hujung. Juga disediakan kerusi dan meja di ruang balkoni untuk istirahat sambil melihat panorama indah. Saya diberitahu perbezaan Premier dan Deluxe Room adalah aras bangunan. Kalau nak view lagi menarik ambil Deluxe kerana view di bilik premier terlindung sedikit. Kalau ada duit lebih boleh sahaja tempah Pool Villa atau Residence. Hihihi!

MANJA DIRI DI ANANTARA SPA

PENGALAMAN MENGINAP DI ANANTARA DESARU COAST RESORT & VILLAS

Nama pun bercuti, jadi peluang di ambil dengan menikmati perkhidmatan spa di Anantara Spa. Sebagai info, Anantara Spa pernah memenangi anugerah di World Spa Awards 2020. Kalau sudah dinobatkan antara spa terbaik dunia, pasti perkhidmatan yang diberikan adalah kelas dunia. Saya sukakan landskap spa ini yang bercirikan kampung. Tenang dan mendamaikan.

Ada pelbagai jenis urutan disediakan di Anantara Spa dan saya memilih Anantara Signature Massage selama 1 jam. Urutan ini menggabungkan teknik urutan barat dan timur dengan gabungan penggunaan campuran minyak signatur khusus untuk memberi deep relaxation, mengembalikan tenaga dan melancarkan peredaran darah. Jika anda berada di sini, wajib cuba urutan di Anantara Spa ya!

MAKAN MALAM DI TURMERIC RESTAURANT

PENGALAMAN MENGINAP DI ANANTARA DESARU COAST RESORT & VILLAS

Seperti yang saya ceritakan diawal tadi, hujan turun sepanjang hari jadi kami memang terkandas di dalam hotel sahaja. Perancangan awal mahu makan malam di Bandar Penawar sahaja tetapi cuaca tak mengizinkan. Makanya, kami makan malam di Turmeric Restaurant sahaja. Bagus juga terkandas ni sebab kami boleh mencuba sajian yang ditawarkan di hotel ini sama ada sedap atau tidak. Makan malam disini adalah berkonsepkan ala-carte jadi anda cuma perlu pesan sahaja sajian yang anda mahu di buku menu. Antara menu yang kami pesan adalah Nasi Kandar Kambing Kurma, Ikan Bakar, Pulut Kuning bersama Kari Ayam Kapitan dan Nasi Putih bersama Tom Yam Goong (Udang). Harga pada saya sedikit mahal, sesuai dengan prestij hotel ini namun saya berpuas hati kerana kesemua menu yang dipesan sedap-sedap belaka. Berbaloi!

PENGALAMAN MENGINAP DI ANANTARA DESARU COAST RESORT & VILLAS

PENGALAMAN MENGINAP DI ANANTARA DESARU COAST RESORT & VILLAS

PENGALAMAN MENGINAP DI ANANTARA DESARU COAST RESORT & VILLAS

PENGALAMAN MENGINAP DI ANANTARA DESARU COAST RESORT & VILLAS

SARAPAN PAGI DI TURMERIC RESTAURANT

PENGALAMAN MENGINAP DI ANANTARA DESARU COAST RESORT & VILLAS

Saya dan rakan bangun awal pagi untuk bersarapan pagi kerana restoran mengamalkan SOP yang ketat, jadi kami tak mahu bersesak-sesak untuk makan. Jam 7 pagi kami dah terpacak depan pintu Turmeric Restaurant. Nasib baik ruang restoran masih lengang. Sarapan pagi di Turmeric Restaurant adalah berkonsepkan bufet. Untuk air panas, anda boleh pesan sahaja pada warga hotel bertugas untuk hantar ke meja.

FASILITI DI ANANTARA DESARU COAST RESORT & VILLAS

PENGALAMAN MENGINAP DI ANANTARA DESARU COAST RESORT & VILLAS

PENGALAMAN MENGINAP DI ANANTARA DESARU COAST RESORT & VILLAS

Perkara pertama yang dicari oleh pengunjung hotel adalah kolam renang. Jangan risau sebab Anantara Desaru Coast Resort & Villas ada dua kolam renang iaitu Lagoon Pool di hadapan Turmeric Restaurant dan satu lagi Infinity Pool berhadapan dengan pantai. Kalau nak mandi pantai pun boleh kerana pantai Anantara Desaru ini adalah milik hotel jadi bolehlah mandi pantai dengan rasa privasi.

Siapa yang suka makan mesti akan suka dengan Anantara Desaru Coast Resort & Villas kerana hotel mempunyai banyak pilihan eatery untuk anda. Dari Turmeric Restaurant menawarkan sajian tempatan dan antarabangsa, mereka juga mempunyai Sea.Fire.Salt terletak berhadapan dengan pantai yang menawarkan menu barbeku dan sajian pelbagai negara, Infinity Bar dan Observatory Bar untuk anda lepak santai bersama teman-teman. Ada lagi! Anda juga boleh menempah untuk mengadakan In Villa Barbecue (untuk villa) atau makan makan di peti pantai menerusi Dining In Design tapi tempahan lebih awal harus dibuat. Anantara Desaru juga menyediakan kelas memasak masakan Melayu dan Thai menerusi Spice Spoons (tempahan awal diperlukan) dan kalau anda lapar sewaktu di dalam bilik, In Room Dining tersedia 24 jam.

PENGALAMAN MENGINAP DI ANANTARA DESARU COAST RESORT & VILLAS

PENGALAMAN MENGINAP DI ANANTARA DESARU COAST RESORT & VILLAS

Selain itu, aktiviti yang boleh dibuat di Anantara Desaru Coast Resort & Villas adalah menonton wayang Cinema under The Stars. Saya tidak pasti sama ada tayangan filem di ruang lapang berhampiran dengan dengan restoran Sea.Fire.Salt ini diadakan setiap malam atau pada hujung minggu sahaja. Saya tidak sempat merasai pengalaman ini kerana hujang turun sepanjang hari.

Ada lagi! Anda boleh menaiki basikal dan pusing keliling hotel ini kerana tersedia basikal secara PERCUMA! Untuk kanak-kanak, terdapat sebuah bilik khas dipanggil LUNCUR OMBAK dimana anda boleh enjoy pelbagai aktiviti menarik seperti wall-climbing, menonton Netflix atau bermain pelbagai permainan.

PENGALAMAN MENGINAP DI ANANTARA DESARU COAST RESORT & VILLAS

PENGALAMAN MENGINAP DI ANANTARA DESARU COAST RESORT & VILLAS

PENGALAMAN MENGINAP DI ANANTARA DESARU COAST RESORT & VILLAS

PENGALAMAN MENGINAP DI ANANTARA DESARU COAST RESORT & VILLAS

PENGALAMAN MENGINAP DI ANANTARA DESARU COAST RESORT & VILLAS

PENGALAMAN MENGINAP DI ANANTARA DESARU COAST RESORT & VILLAS

REVIEW PENGINAPAN DI ANANTARA DESARU COAST RESORT & VILLAS

PENGALAMAN MENGINAP DI ANANTARA DESARU COAST RESORT & VILLAS

Apa yang saya boleh katakan tentang Anantara Desaru Coast Resort & Villas adalah worth setiap wang yang saya bayar untuk merasai pengalaman bercuti disini. Saya bukan sahaja dapat rasa kemewahan tetapi saya dapat enjoy percutian sepenuhnya. Dari saat saya melangkah masuk ke ruang lobi sehingga saya daftar keluar, saya dilayan seperti raja! Hospitaliti dari warga hotel memang harus dipuji. Iya, hotel ini bertaraf mewah dan pastinya setiap dari tetamu mahukan pulangan setimpal dari setiap bayaran yang dibuat namun apa yang saya mahu sampaikan adalah layanan dan perkhidmatan yang diberikan memang terbit dari hati mereka, I can feel it.

Bicara soal bilik, katil dan bantal yang super empuk menjadikan saya malas mahu bangun tidur. Tiada komen negative untuk bilik. Namun kalau ada rezeki lebih, saya teringin nak menginap di Pool Villa.

Seleksi menu di Turmeric Restaurant juga tidak mengecewakan. Walaupun tidaklah berada dalam kategori sangat sedap seperti masakan ibu, tetapi I love the taste of food here.

Jadi kepada anda yang mencari lokasi penginapan menarik di Desaru Johor, boleh masukkan Anantara Desaru Coast Resort & Villas dalam senarai anda. Layari https://www.anantara.com/en/desaru-coast untuk maklumat lanjut.

IKUTI ANANTARA DESARU COAST RESORT & VILLAS DI FACEBOOK | INSTAGRAM

PENGALAMAN MENGINAP DI ANANTARA DESARU COAST RESORT & VILLAS

LOKASI ANANTARA DESARU COAST RESORT & VILLAS
PERSIARAN PANTAI, DESARU COAST,
81930 BANDAR PENAWAR,
JOHOR DARUL TAKZIM.

TELEFON: 07-828 0888

#HOTELHUNTING #ANANTARADESARU

0 Comments