SHAHEIZY SAM DUTA SYOKLAT! SYOKOTUBE

SHAHEIZY SAM DUTA SYOKLAT! SYOKOTUBE



Shaheizy Sam Duta Syoklat! Syokotube | Ramai selebriti tempatan dilihat sudah mula menceburkan diri dalam dunia perniagaan. Tidak dinafikan bahawa dunia perniagaan memberi pulangan berganda jika kena pada caranya. Ditambah pula dengan populariti seseorang selebriti itu, secara tidak langsung ia membantu dari segi pemasaran produk dengan berkesan. Antara yang aktif dalam bisnes adalah pelakon terkenal Shaheizy Sam yang juga pemegang Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) untuk tahun 2010, 2012 dan 2014.

Siapa yang tidak mengenali figura bernama Shaheizy Sam bin Abdul Samad ini. Mula menempa nama sebagai pelakon remaja pada era 1990-an, kini beliau berjaya meletakkan namanya sebaris pelakon kelas pertama dalam industri seni negara. Selain menceburkan diri dalam dunia seni, anak kepada dramatis Khaty Fudziah Musa ini dilihat aktif dalam dunia perniagaan. Antara yang terbaru adalah produk berasaskan coklat premium, Syoklat! SyokoTube.


APA ITU SYOKLAT! SYOKOTUBE

SHAHEIZY SAM DUTA SYOKLAT! SYOKOTUBE



Saya sempat menghadirkan diri di majlis pelancaran produk Syoklat! SyokoTube baru-baru ini. Majlis pengenalan rasmi produk Syoklat! SyokoTube telah diadakan cukup sederhana dan mematuhi SOP namun meriah. Pada majlis sama, Shaheizy Sam juga telah diumumkan sebagai duta rasmi Syoklat! SyokoTube. Jelas Shaheizy Sam sendiri, pemilihan Syoklat! SyokoTube sebagai bisnes terbarunya adalah kerana beliau yakin dengan potensi yang cukup besar dalam perniagaan produk berasaskan coklat ini. Sebagai seorang penggemar coklat dan pada masa anak beliau mempunyai citarasa yang sama, beliau yakin ini adalah masa terbaik untuk membawa jenama Syoklat! SyokoTube ke pasaran yang lebih luas. Majlis turut dikejutkan dengan kemunculan Maskot Syoklat! yang menjadi maskot rasmi jenama ini.



SHAHEIZY SAM DUTA SYOKLAT! SYOKOTUBE

SHAHEIZY SAM DUTA SYOKLAT! SYOKOTUBE

SHAHEIZY SAM DUTA SYOKLAT! SYOKOTUBE

SHAHEIZY SAM DUTA SYOKLAT! SYOKOTUBE



Jenama Syoklat! SyokoTube terbaru ini merupakan sos coklat premium dalam bentuk tiub yang mudah dibawa kemana-mana sahaja. Ia sesuai dimakan bersama roti atau boleh dijadikan sebagai pelengkap rasa kepada menu bijirin, ais krim atau buah-buahan.

Sebagai info, jenama Syoklat! sudah berada dalam pasaran sejak Oktober 2020 dengan produk pertama SyokoTub dan pada masa sama pernah berkolaborasi dengan pasangan selebriti Johan & Ozlynn untuk perisa Hazelnut dan Butterscotch. Syoklat! dicetuskan dari idea yang sentiasa inginkan kelainan dan pembaharuan dalam penhasilan produk makanan. Sebagai pencetus REVOLUSI, ditambah pasukan yang berpengalaman luas dalam bidang konfeksioneri menjadikan produk Syoklat! sangat unik untuk dinikmati oleh semua peringkat usia. Bahan-bahan yang digunakan dalam penghasilan Syoklat! dijamin halal oleh JAKIM menjadikan Syoklat! selamat dimakan untuk semua rakyat Malaysia. Syarikat ini berstatus BUMIPUTERA PENUH dan didaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Misi dan visi syarikat ini untuk membawa jenama Syoklat! ke seluruh dunia dan mengangkat Malaysia sebagai HUB makanan HALAL dan berkualiti tinggi.



HARGA DAN CARA PEMBELIAN SYOKLAT! SYOKOTUBE

SHAHEIZY SAM DUTA SYOKLAT! SYOKOTUBE



Buat permulaan, Syoklat! SyokoTube didatang dalam perisa Hazelnut dalam tiub berisipadu 50 ml. Pihak Syoklat! berkata mereka mempunyai perancangan untuk mengeluarkan variasi perisa SyokoTube iaitu strawberi, magga dan pisang di masa hadapan kerana ketiga-tiga peris aini mendapat permintaan yang tinggi dalam pasaran. Harga yang ditawarkan kepada umum adalah:

  • RM9.90 untuk Semenanjung Malaysia
  • RM11.99 untuk Sabah & Sarawak

Bagi anda yang mahu mencuba produk terbaru Syoklat! SyokoTube ini, anda boleh mendapatkannya secara atas talian menerusi ejen-ejen berdaftar di seluruh Malaysia. Anda juga dialu-alukan untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Syoklat! SyokoTube dimana peluang menjadi ejen dibuka kepada anda yang berminat untuk menjana pendapatan tambahan. Anda boleh mengikuti tanda pagar #JustPicIT untuk mendapatkan informasi terkini. Layari laman Instagram rasmi SyokoTube atau laman sesawang rasmi https://www.syoklat.co untuk maklumat lanjut.
 untuk maklumat lanjut


IKUTI SYOKLAT! DI FACEBOOK | INSTAGRAM




#SYOKLAT #SYOKOTUBE #JUSTPICIT

0 Comments