Review Penginapan Di Pullman Kuala Lumpur City Centre Hotel & Residences (Pullman KLCC) Pada Bulan Ramadan | Salam Ramadan kepada semua! Walaupun sedang menjalani ibadah puasa, ianya bukannya penghalang kepada kita untuk meneruskan rutin harian. Malah anda masih boleh lagi nak menginap di hotel untuk rehat santai. Sudah penat bekerja di sepanjang minggu, tidak salah untuk memberi ganjaran kepada diri dengan beristirahat di hotel. Untuk edisi istimewa Ramadan #HotelHunting, saya akan berkongsi pengalaman menginap di salah sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur iaitu Pullman Kuala Lumpur City Centre Hotel & Residences (Pullman KLCC) pada hujung minggu.
Sebagai info, Pullman Kuala Lumpur City Centre Hotel & Residences (Pullman KLCC) mempunyai 450 bilik hotel dan suites yang cukup kontemporari dan 157 penginapan jenis residen. Di dalam bangunan hotel tersedia 6 buah restoran dan bar antaranya Sedap Restaurant, Red Chinese Cuisine Restaurant dan Enju Japanese Restaurant. Malah di aras 10, anda boleh menikmati suasana nyaman dan santai di taman khas, kolam renang, pusat kecergasan Fitness Lounge, ruang khas kanak-kanak The Zone, Poolside Bar & Grill dan manja diri di Vibes Spa.
Pullman Kuala Lumpur City Centre Hotel & Residences telah mendapat pensijilan ALLSAFE dimana hotel ini telah mengamalkan pematuhan SOP yang sangat ketat untuk keselesaan dan keselamatan para tetamu.
Untuk kesini, anda boleh sahaja menaiki kenderaan sendiri kerana tersedia ruang parkir yang luas atau anda boleh sahaja menaiki perkhidmatan pandu-seru (e-hailing) atau boleh sahaja menaiki MRT dan turun di stesen Bukit Bintang kerana hotel ini terletak berhadapan dengan pusat membeli-belah Pavilion KL.
BILIK JENIS PREMIUM GRAND DELUXE
Untuk penginapan di Pullman KLCC ini, saya telah memilih promosi JOM Santai (harga bermula daripada RM499 net untuk 2 orang). Ini kerana saya merasakan tawaran harga untuk pakej penginapan ini cukup berbaloi kerana anda bukan hanya dapat penginapan sahaja tetapi pakej ini termasuk daftar masuk seawal 11 pagi/daftar keluar selewat 5 petang, bufet berbuka puasa, sahur serta potongan harga untuk F&B. Saya memilih bilik jenis Premium Grand Deluxe kerana bilik jenis ini lebih luas iaitu 581 kaki persegi dan cukup privasi kerana terletak di bahagian hujung sekali. Tempahan boleh dibuat bermula daripada 4 Mac hingga 14 Mei 2021 untuk penginapan daripada 12 April hingga 15 Mei 2021.
Pakej penginapan JOM Santai termasuk:
- Penginapan 2 Hari 1 Malam
- Sahur
- Berbuka puasa JOM Makan Dinner di Sedap Restaurant
- Daftar Masuk seawal jam 11 pagi/ daftar Keluar selewat 5 petang
- Diskaun 30% untuk F&B
- Pilihan bilik adalah Deluxe Room, Grand Deluxe, Premium Deluxe dan Premium Grand Deluxe
Terdapat juga pakej penginapan RAYA FAMILY (KIDS STAY & EAT FOR FREE) pada harga bermula daripada RM549 net untuk 2 dewasa & 2 kanak-kanak. Pakej termasuk:
- Penginapan 2 hari 1 malam
- In-room tent experience
- Sahur
- Berbuka puas JOM Makan Dinner di Sedap Restaurant
- Daftar Masuk seawal 11 pagi/Daftar Keluar selewat jam 5 petang
- Kids welcoming drawing kit
- Kids welcoming amenities
- Kids cooking class
- Diskaun 30% untuk F&B
- Pilihan penginapan adalah Family Room, 2-Bedroom Residence atau 1- Bedroom Residence
BERBUKA PUASA DI RED CHINESE CUISINE RESTAURANT
Sepanjang Ramadan ini, Pullman KLCC ada menawarkan bufet Ramadan JOM Makan Dinner di Sedap Restaurant. Anda boleh lihat promosi bufet Ramadan DISINI. Namun, kerana ingin mengubah selera, saya berbuka puasa dengan set JOM Chinese Food! di Red Chinese Cuisine Restaurant. Saya pernah menjamu selera di restoran ini sebelum ini dan memang tidak dinafikan menu disini sedap-sedap belaka. Kiranya, Red Chinese Cuisine Restaurant adalah antara restoran masakan Cina terbaik di Kuala Lumpur. Sesekali ubah selera dengan berbuka puasa menu Cina apa salahnya bukan!
Untuk JOM Chinese Food, harga yang ditawarkan adalah cuma RM78 net seorang (pesanan minimum untuk 4 orang) dan anda akan disajikan dengan variasi juadah menarik dari pembuka selera sehingga pencuci mulut.
SAHUR DI SEDAP RESTAURANT
Memandangkan pakej JOM Santai termasuk sahur, jadi saya tidak mahu melepaskan peluang merasai suasana bersahur di hotel. Biasa kita bersarapan pagi, jadi mahu juga tahu bagaimana sahur dihidangkan kepada tetamu hotel. Untuk sahur, anda boleh pilih sama ada mahu makan bufet sahur di Sedap Restaurant atau menu sahur dihantar ke bilik. Kalau anda suka makan, bufet sahur adalah pilihan terbaik namun jika anda malas keluar dari bilik, servis penghantaran ke bilik adalah sesuai namun kuantiti makanan tidaklah sebanyak makan di bufet.
ULASAN PERIBADI MENGENAI PENGINAPAN DI PULLMAN KLCC
Secara peribadi, Pullman Kuala Lumpur City Centre (Pullman KLCC) adalah antara hotel kegemaran saya kerana saya sukakan suasana privasi dan mewah disini. Jadi kesempatan menginap di hotel bertaraf 5 bintang ini cukup mengujakan saya. Dari saat melangkah masuk ke ruang lobi sahaja sudah cukup buat saya rasa mewah dan eksklusif. Pilihan bilik jenis Premium Grand Deluxe memang tepat kerana bilik ini cukup selesa dan luas. Katil dan bantal juga teramatlah empuk sehingga saya malas mahu bangun dari tidur.
Selain itu, saya juga suka kualiti rasa makanan di Sedap Restaurant, Enju Japanese Restaurant dan juga Red Chinese Cuisine Restaurant. Senang kata, sedap, enak dan berbaloi.
Akhir sekali, hospitaliti yang diberikan oleh warga kerja Pullman KLCC memang wajib diberi pujian. Setiap kali saya menyuarakan pertanyaan, sentiasa membantu saya sebaiknya. Inilah yang patut dicontohi oleh hotel-hotel lain.
Jadi apa tunggu lagi! Hubungi 03-2170888 atau emel ke reservations@pullman-klcc.com untuk membuat tempahan atau jika anda mempunyai sebarang pertanyaan. Layari https://www.pullman-kualalumpur-citycentre.com untuk maklumat lanjut. Selamat bercuti!
IKUTI PULLMAN KLCC DI FACEBOOK | INSTAGRAM
#HOTELHUNTING #PULLMANKLCC #RAMADAN2021
0 Comments