RESTORAN INDOASLI SAJI MASAKAN ASLI INDONESIA

RESTORAN INDOASLI SAJI MASAKAN ASLI INDONESIA


Restoran IndoAsli Saji Masakan Asli Indonesia | Rindunya nak mengembara di Indonesia! Setiap hari saya berdoa agar wabak Covid-19 ini segera lenyap di muka bumi ini agar kita dapat menjalani kehidupan seperti sediakala serta dapat meneroka dunia kembali. Jika dulu, aktiviti kembara sentiasa memenuhi kalendar tahunan dan antara negara yang sentiasa berada dalam senarai adalah negara jiran, Indonesia. Entahlah! Ramai juga yang bertanya kenapa suka sangat dengan Indonesia. Pada saya, setiap negara punya keistimewaan masing-masing dan begitu juga Indonesia.

Tambahan pula bila bicara bab makanan, memang sajian masakan Indonesia antara kegemaran peribadi. Makanan Indonesia tidak terhad kepada Ayam Penyet dan Nasi Padang sahaja, tetapi ia mempunyai lebih daripada itu. Tidak boleh rentas sempadan negara untuk rasa masakan Indonesia asli? Jangan risau kerana anda boleh singgah ke restoran IndoAsli Central i-City, Shah Alam dan IOI City Mall Putrajaya.



RESTORAN INDOASLI SAJI MASAKAN ASLI INDONESIA



Apa yang istimewa dengan restoran IndoAsli berbanding dengan restoran masakan Indonesia lain di Lembah Klang ini? Jawapannya mudah sahaja! Hanya di restoran IndoAsli anda boleh merasai variasi makanan asli dari setiap daerah di Indonesia di sini. Senang kata, restoran IndoAsli adalah pusat sehenti bagi penggemar masakan Indonesia. Itulah misi chef IndoAsli yang mahu penggemar masakan Indonesia di Malaysia merasai keenakan sajian Indonesia. Saya diberitahu bahawa chef IndoAsli telah mengembara lama di bumi Indonesia untuk mendapatkan resepi asli di setiap pelusuk negara tetangga ini. Kisah yang cukup inspirasi! Mari kita lihat apakah menu menarik yang terdapat di restoran IndoAsli untuk anda yang merancang untuk makan malam atau berbuka puasa nanti!



MENU BARU DI RESTORAN INDOASLI

RESTORAN INDOASLI SAJI MASAKAN ASLI INDONESIA


Kunjungan saya ke restoran IndoAsli baru-baru ini tidak lain hanyalah ingin melepaskan kerinduan kepada masakan asli dari Indonesia. Seperti yang saya katakan tadi, masakan Indonesia ini ada pelbagai pilihan dan citarasa kerana setiap daerah mempunyai masakan signatur masing-masing. Kebetulan pula, restoran IndoAsli baru sahaja mengeluarkan senarai menu baru jadi ibarat durian runtuh buat saya dapat menjadi yang terawal merasai Authentic Indonesian Homestyle Cuisine.


PEMBUKA SELERA

TEMPE SIRA (RM4.90)

RESTORAN INDOASLI SAJI MASAKAN ASLI INDONESIA


Sebelum kita makan menu utama, kita buka selera dengan Tempe Sira. Semua tahu tempe yang diperbuat daripada kacang soya cukup sinonim dengan menu dari Jawa. Menariknya menu ini adalah ia menggabungkan tempe bersama ikan bilis goreng dan kacang tanah dan digaul mesra dengan sambal sira yang memberi rasa manis pedas. Tak berhenti saya mengunyahnya!


MENU SIGNATUR

TAHU TELUR (RM11.90)

RESTORAN INDOASLI SAJI MASAKAN ASLI INDONESIA


Ia bukan sahaja menu signatur tetapi unik! Menu berasal dari Jawa Timur ini menggunakan dua bahan utama iaitu tahu dan telur dan dimasak garing di luar namun lembut didalam. Dimakan pula bersama sos Madura menjadi pelengkap rasa kepada menu ini.


MENU UTAMA 

AYAM BAKAR SATE (RM19.90)

RESTORAN INDOASLI SAJI MASAKAN ASLI INDONESIA


Masih lagi dari kepulauan Jawa, menu Ayam Bakar Sate ini cukup menarik kerana kebiasaanya sate dicucuk dengan batang lidi tetapi menu ini dimasak tanpa lidi namun menggunakan perapan seperti sate. Pelengkap menu adalah kuah kacang khas yang membangkit rasa menu ini.


GULAI AYAM PADANG (RM16.90)

RESTORAN INDOASLI SAJI MASAKAN ASLI INDONESIA


Pertama kali mencuba menu Gulai Ayam Padang ini mengingatkan saya kepada rendang dan masak lemak cili padi. Cukup rasa lemak, pedas dan rempah ratus menjadikan ia menjadi antara menu dari Padang kegemaran saya!


RENDANG KAMBING (RM27.90)

RESTORAN INDOASLI SAJI MASAKAN ASLI INDONESIA


Rendang begitu sinonim dengan negara di Nusantara. Di Indonesia, Rendang juga adalah antara menu tradisi khususnya Minangkabau dan menariknya ia menggunakan daging kambing sebagai bahan utama dan dimasak lama untuk menghasilkan warna hitam kepada tekstur. Sudah pasti daging kambingnya lembut dan mudah kunyah dan kuah rendangnya cukup rasa! Sedap dimakan bersama nasi putih panas.


RENDANG SAPI (RM22.90)

RESTORAN INDOASLI SAJI MASAKAN ASLI INDONESIA


Seperti Rendang Kambing, Rendang Sapi atau Daging Lembu adalah pilihan yang terdapat di restoran IndoAsli ini. Kuah Rendang Sapi juga sama seperti Rendang Kambing cuma jenis daging yang membezakannya bagi memberi lebih pilihan kepada pengunjung khusus bagi mereka yang tidak makan daging kambing, jadi Rendang Sapi adalah pilihan terbaik buat anda.


CUMI BAKAR JIMBARAN (RM35.80)

RESTORAN INDOASLI SAJI MASAKAN ASLI INDONESIA


Bukan Cumi lagu Nabila Razali, tetapi Cumi Bakar Jimbaran adalah menu dari kepulauan Bali Indonesia ini berasaskan Sotong yang dibakar bersama rempah khas memberi rasa manis pedas. Menu ini didatangkan bersama sambal balado dan sos madura sebagai pelengkap rasa.


TERUNG RAOS KHAS BANDUNG (RM11.90)

RESTORAN INDOASLI SAJI MASAKAN ASLI INDONESIA


Kebiasaanya, terung dimasak sebagai sayur atau dijadikan bahan dalam masakan kari di Malaysia, namun Terung Raos Khas Bandung ini cukup unik kerana ia dipotong nipis, disalut bersama tepung lalu digoreng sehingga garing. Kemudian sos istimewa dituang ke atas terung yang telah digoreng tadi memberi rasa istimewa.


NASI TUMPENG AYAM BAKAR PERCIK BALI (RM25.90)

RESTORAN INDOASLI SAJI MASAKAN ASLI INDONESIA


Set Nasi Tumpeng adalah kombinasi nasi berwarna kuning dimakan bersama acar, tempe goreng, ayam bakar percik Bali, dua jenis sambal iaitu sambal balado serta sambal ijo serta keropok belinjou. Menu ini menjadi antara kegemaran peribadi saya kerana saya sukakan rasa ayam bakar yang disalut bersama kuah istimewa cukup aroma dan rasa!


IKAN TALAPIA GORENG RENYAH SAMBAL NUSANTARA (RM39.90)

RESTORAN INDOASLI SAJI MASAKAN ASLI INDONESIA


Menu Ikan Talapia Goreng ini cukup terkenal di Indonesia dan di Malaysia. Dikenali juga dengan nama Dancing Fish di Malaysia, keunikan yang menjadikan anda wajib cuba di IndoAsli adalah ia digoreng garing dan dimakan bersama 3 pilihan pencicah iaitu Sambal Balado, Sambal Ijo dan Sos Madura.


PENCUCI MULUT

Tidak lengkap santapan tanpa pencuci mulut bukan? Di restoran IndoAsli juga menawarkan pilihan pencuci mulut citarasa Indonesia iaitu Jeli Dalam Telur dan Popia Pisang.


JELI DALAM TELUR (RM8.90)

RESTORAN INDOASLI SAJI MASAKAN ASLI INDONESIA


Nama pun sudah unik! Adakah jeli dimasak di dalam telur? Sebenarnya ia adalah jeli atau agar-agar dimasak di dalam kulit telur dan dihidang bersama ais krim Vanilla dan sos coklat.


POPIA PISANG (RM12.90)

RESTORAN INDOASLI SAJI MASAKAN ASLI INDONESIA


Antara pencuci mulut popular di Indonesia, Popia Pisang diperbuat daripada pisang yang digulung dengan popia lalu digoreng rangup dan kemudiannya dimakan bersama sos coklat dan parutan keju. Pada saya ia adalah menu yang cukup menarik kerana anda akan nikmati rasa manis pisang, rangup popia, lemak keju dan rasa coklat menjadikan ia adalah pencuci mulut lengkap dan premium.


MINUMAN

Kita beralih kepada seleksi minuman di restoran IndoAsli pula. Sudah makan kenyang, mestilah kita kena basah tekak dengan minuman bukan? Antara seleksi minuman wajib-cuba di IndoAsli adalah:


ES ALPUKAT (RM13.90)

RESTORAN INDOASLI SAJI MASAKAN ASLI INDONESIA


Antara minuman wajib cuba kalau berada di Indonesia kerana Es Alpukat cukup terkenal disana. Minuman berasaskan buah avocado dan coklat ini cukup rasa lemak dan manis.


JUS ALPUKAT TERISTIMEWA INDOASLI (RM12.90)

RESTORAN INDOASLI SAJI MASAKAN ASLI INDONESIA


Masih menggunakan buah avocado sebagai ramuan utama, minuman Jus Alpukat Teristimewa IndoAsli ini memang istimewa kerana ia menggabungkan juga pati buah strawberi dan ais krim.


SODA SERAI (RM6.90)

RESTORAN INDOASLI SAJI MASAKAN ASLI INDONESIA


Minuman ini juga istimewa dengan gabungan air soda bersama batang serai dan daun pudina. Rasa nikmat diminum sejuk-sejuk!


*Menu baru dari IndoAsli kini eksklusif di IndoAsli IOI City Mall, Putrajaya dan akan datang  tidak lama lagi di IndoAsli Central i-City, Shah Alam



Secara peribadi, saya memang sarankan kepada anda di luar yang menjadi sajian asli dari Indonesia untuk datang makan di restoran IndoAsli kerana ia bukan sahaja menawarkan variasi sajian enak tetapi anda akan terpesona dengan keaslian rasa menu di sini. Sekurang-kurangnya sambil menjamu selera dapat mengubat kerinduan berkelana di bumi Indonesia bukan? IndoAsli mempunyanyi dua cawangan iaitu di Central i-City Shah Alam dan IOI City Mall Putrajaya. Jadi anda punya pilihan lokasi untuk mencuba sajian asli masakan dari negara jiran kita. Selamat mencuba!


IKUTI RESTORAN INDOASLI DI FACEBOOK | INSTAGRAM


RESTORAN INDOASLI SAJI MASAKAN ASLI INDONESIA


LOKASI INDOASLI CENTRAI I-CITY SHAH ALAM
LOT LG-58, CENTRAL I-CITY, PLOT1,
I-CITY PERSIARAN MULTIMEDIA,
SEKSYEN 7,
40000 SHAH ALAM,
SELANGOR DARUH EHSAN.


LOKASI INDOASLI IOI CITY MALL PUTRAJAYA
LG-36, LOWER GROUND FLOOR,
IOI CITY MALL, SKVE, IOI RESORT,
43000 PUTRAJAYA.



#INDOASLINEWMENU

0 Comments