Sebagai info, saya pernah menginap di Dorsett Hartamas Kuala Lumpur sebelum ini dan saya harus katakan bahawa Dorsett Hartamas Kuala Lumpur antara hotel kegemaran saya di Kuala Lumpur ini. Anda boleh ikuti review peribadi mengenai penginapan saya di Dorsett Hartamas Kuala Lumpur DISINI.
Buat pertama kalinya, Dorsett Hartamas Kuala Lumpur menawarkan sajian berbuka puasa kepada pengunjung sejak pembukaan rasmi mereka pada 8 Ogos 2018. Ramadan tahun ini, anda boleh merasai pengalaman berbuka puasa dengan menikmati set Rasa Rasa Briyani bertempat di restoran dalam hotel, Table Talk. Apa yang menarik tentang Set Rasa Rasa Briyani Dorsett Hartamas Kuala Lumpur sepanjang Ramadan 2021 ini?
BERBUKA PUASA DI DORSETT HARTAMAS KUALA LUMPUR
Buat pertama kalinya, Dorsett Hartamas Kuala Lumpur menawarkan sajian berbuka puasa kepada pengunjung sejak pembukaan rasmi mereka pada 8 Ogos 2018. Ramadan tahun ini, anda boleh merasai pengalaman berbuka puasa dengan menikmati set Rasa Rasa Briyani bertempat di restoran dalam hotel, Table Talk. Apa yang menarik tentang Set Rasa Rasa Briyani Dorsett Hartamas Kuala Lumpur sepanjang Ramadan 2021 ini?
Semua sedia maklum bahawa Nasi Beriani begitu sinonim dalam masyarakat Melayu. Selain itu, menu ini menjadi antara menu wajib ada di kedai mamak. Bagi memberi kelainan, Chef Ahmad bersama pasukannya membawakan Nasi Beriani Batu Pahat, Johor kepada pengunjung. Sudah pasti Nasi Beriani Batu Pahat berbeza dengan Nasi Beriani yang lain. Setelah mencuba, apa yang saya dapat katakan Nasi Beriani Batu Pahat tidak terlalu berempah berbanding dengan Nasi Beriani Mamak. Tekstur nasi yang cukup peroi dan ringan sehinggakan anda boleh nampak deraian satu persatu nasi beriani ini. Senang kata, cukup rasa! Malah saya diberitahu, rempah ratus untuk pembuatan Nasi Beriani Batu Pahat ini diambil terus dari Batu Pahat bagi mengekalkan kualiti rasa asli.
Set Rasa Rasa Briyani Dorsett Hartamas Kuala Lumpur ditawarkan kepada anda bermula 13 April 2021 sehingga 10 Mei 2021 dan menariknya set ini adalah untuk santapan 2 orang serta setiap set didatangkan bersama sayur Dalca, Acar Rampai, Papadom, Telur Rebus, Buah Kurma, 2 jenis kuih-muih, pudding jeli, koktail buah-buahan, Bubur Kacang Hijau dan Air Bandung Selasih. Pilihan Set Rasa Rasa Briyani yang ditawarkan adalah:
- SET BERIANI AYAM (RM68 NET)
- SET BERIANI LEMBU/KAMBING (RM88 NET)
PROMOSI PENGINAPAN DORSETT HARTAMAS KUALA LUMPUR SEPANJANG RAMADAN 2021
Mencipta kelainan, Dorsett Hartamas Kuala Lumpur turut menawarkan promosi penginapan istimewa, Semarak d’Hartamas sepanjang bulan Ramadan 2021. Ini pastinya tawaran yang anda tidak harus lepaskan kerana jarang sekali hotel menawarkan harga istimewa sepanjang Ramadan. Jadi sekurang-kurangnya anda dapat merehatkan diri dengan bersantai di dalam bilik.
Harga yang ditawarkan sempena promosi Semarak d’Hartamas Cuma RM336 net untuk penginapan 2 malam termasuk welcome drink untuk dua orang bertempat di restoran Imperial Chakri Palace Skyview di aras 27, 1 set berbuka puasa Rasa Rasa Briyani, 2 kali set Sahur dengan pilihan Nasi Lemak, Bubur atau American Breakfast dimana anda perlu mengambil sendiri di restoran Table Talk bermula dari jam 4 pagi hingga 5 pagi. Menarik bukan! Promosi Semarak d’Hartamas boleh ditempah bermula 1 April 2021 sehingga 10 Mei 2021 untuk penginapan antara 13 April 2021 hingga 10 Mei 2021. Untuk tempahan dan pertanyaan lanjut anda boleh menghubungi +603 6209 8888 atau emel ke sales.hartamas@dorsetthotels.com sekarang!
Secara peribadi, promosi Ramadan 2021 Dorsett Hartamas Kuala Lumpur adalah berbaloi untuk anda nikmati. Dalam masa kebanyakan hotel menawarkan pilihan bufet, Dorsett Hartamas Kuala Lumpur membawa kelainan dengan tawaran set Rasa Rasa Briyani dan juga penginapan Semarak d’Hartamas pada harga mampu milik. Ambil peluang dan rasai sendiri penginapan di Dorsett Hartamas Kuala Lumpur kerana saya sendiri sudah merasainya dan saya jatuh cinta! Layari https://www.dorsetthotels.com/en/dorsett-hartamas-kuala-lumpur/index.html untuk maklumat lanjut. Selamat berpuasa!
IKUTI DORSETT HARTAMAS KUALA LUMPUR DI FACEBOOK | INSTAGRAM
LOKASI DORSETT HARTAMAS KUALA LUMPUR
D-G-08, PLAZA DAMAS 3,
NO. 63, JALAN SRI HARTAMAS 1,
TAMAN SRI HARTAMAS,
50480 KUALA LUMPUR.
#DORSETTHARTAMAS #DORSETTHOTELS #RAMADAN2021
0 Comments