Menara Kuala Lumpur yang terletak di puncak Bukit Nenas Kuala Lumpur merupakan Menara telekomunikasi tertinggi di Asia Tenggara dan ketujuh tertinggi di dunia. Berdiri megah pada paras 421 meter di tengah bandaraya Kuala Lumpur, ia juga menempatkan pelbagai kemudahan menarik kepada pengunjung seperti Sky Deck, Pelantar Pemandangan (Observatory Deck), restoran berputar Atmosphere 360, Megaview Banquet Hall dan banyak lagi.
Menara Kuala Lumpur kembali menyemarakkan bulan puasa tahun ini dengan menawarkan bufet Ramadan 2021. Apa yang menarik dan berapa harga bufet Ramadan 2021 Menara Kuala Lumpur kali ini? Teruskan membaca.
BUFET RAMADAN TEMA NOSTALGIA SANTAPAN KELUARGA
Pemilihan tema Nostalgia Santapan Keluarga adalah tepat kerana ia membawa makna cukup mendalam buat rakyat Malaysia secara umumnya yang tidak dapat pulang ke kampung menjalani ibadah puasa bersama keluarga tersayang kerana larangan rentas negeri yang diumumkan oleh kerajaan. Jadi diharap dengan promosi bufet Ramadan 2021 Menara Kuala Lumpur ini sedikit sebanyak dapat mengubat kerinduan kepada masakan ibunda di kampung.
Pelbagai juadah berbuka puasa ditawarkan pada bufet Ramadan 2021 Menara Kuala Lumpur Nostalgia Santapan Keluarga ini. Antara menu yang perlu diberi perhatian adalah sajian dari Timur Tengah iaitu Nasi Pilaf bersama Daging Kambing Panggang dengan perapan herba Arab. Variasi sajian tradisi mendominasi meja bufet Ramadan disini seperti Aneka Kerabu, Nasi Beriani, Ikan Patin Masak Tempoyak, Udang Masak Keju, Lala Tumis Air dengan Betik, Bubur Lambuk, Sate Ayam & Daging, lauk pauk Melayu, Mee Kari, aneka kuih-muih Melayu. Tidak dilupa juga menu antarabangsa bagi memenuhi selera anda semua.
Sambil menikmati juadah berbuka puasa, anda akan dihiburkan oleh kumpulan muzik dari Menara Kuala Lumpur iaitu The Sky Band. Kemudahan surau juga disediakan kepada anda yang mahu mendirikan solat.
HARGA BUFET RAMADAN 2021 MENARA KUALA LUMPUR (MENARA KL)
ISNIN - JUMAAT
- DEWASA: RM110 NET
- KANAK-KANAK (5-12 TAHUN) & WARGA EMAS (60 TAHUN KE ATAS): RM63 NET
HARI MINGGU
- DEWASA: RM145 NET
- KANAK-KANAK (5-12 TAHUN) & WARGA EMAS (60 TAHUN KE ATAS): RM83 NET
*PERCUMA UNTUK KANAK-KANAK BERUMUR 4 TAHUN KE BAWAH (SEHINGGA 5 ORANG ANAK BAGI SATU KELUARGA). Harga bagi kanak-kanak berumur 4 tahun ke bawah yang ke-6 dan seterusnya, RM50 akan dikenakan untuk seorang.
Adakah tawaran bufet Ramadan 2021 Menara Kuala Lumpur berbaloi buat anda? Jika ya, apa tunggu lagi! Segera membuat tempahan dengan menghubungi 03-20205499 dan jangan lupa melayari laman sesawang rasmi https://www.menarakl.com.my untuk informasi lanjut. Selamat berbuka puasa di Menara Kuala Lumpur!
IKUTI MENARA KUALA LUMPUR DI FACEBOOK | INSTAGRAM
#BUFETRAMADAN2021 #MENARAKL
IKUTI MENARA KUALA LUMPUR DI FACEBOOK | INSTAGRAM
LOKASI MENARA KUALA LUMPUR (MENARA KL)
NO. 2 JALAN PUNCHAK OFF,
JALAN P. RAMLEE,
50250 KUALA LUMPUR.
TELEFON: 03-20205499
#BUFETRAMADAN2021 #MENARAKL
0 Comments