Promosi Bufet Ramadan 2021 Kontiki Restaurant The Federal Kuala Lumpur | Salam Ramadan semua! Bagaimana ibadah puasa kalian setakat ini? Semoga kalian masih besemangat untuk menjalani rukun Islam ketiga Ramadan kali ini. Berbuka puasa apa hari ini? Kalau di lihat di sana-sini, banyak restoran dan hotel menganjurkan bufet Ramadan untuk anda berbuka puasa. Bufet Ramadan mana menjadi pilihan anda tahun ini? Kalau masih mencari bufet Ramadan di sekitar Kuala Lumpur, mungkin anda boleh meninjau promosi bufet Ramadan di Kontiki Restaurant The Federal Kuala Lumpur.
Tidak dapat dinafikan bahawa Kontiki Restaurant The Federal Kuala Lumpur adalah antara lokasi bufet Ramadan pilihan ramai warga kota. Tawaran variasi sajian berbuka puasa yang enak pada harga berpatutan menjadi antara tarikan orang ramai untuk berbuka puasa. Apa yang menarik bufet Ramadan 2021 di Kontiki Restaurant The Federal Kuala Lumpur? Teruskan membaca!
BUFET RAMADAN TEMA SELERA KAMPUNG TIKI
Tahun ini, Kontiki Restaurant The Federal Kuala Lumpur menawarkan lebih 100 juadah berbuka puasa bertemakan Selera Kampung Tiki. Juadah berbuka puasa yang ditawarkan termasuklah sajian tradisi kampung bagi memenuhi selera pengunjung. Malah, terdapat juga menu kegemaran Almarhum Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama turut disajikan antaranya Sambal Udang Petai, Ikan Goreng Serai dan Daging Kicap dan Kacang Pis.
Bufet Ramadan disini akan menampilkan juga beberapa gerai masakan berkonsepkan pasar malam bagi menyemarakkan lagi suasana berbuka puasa. Antara menu wajib cuba disini adalah Sup Gear Box/Sup Campur, Nasi Bukhari, Nasi Daging, Ayam Tempayan, Kuetiau Goreng, Kambing Golek, Sate Ayam & Daging, Pucuk Manis Lemak Keledek, Kupang Masak Asam Pedas dan banyak lagi. Menu antarabangsa seperti sushi dan Spaghetti Bolognese juga disediakan buat anda yang inginkan ubah selera. Tidak dilupa aneka kerabu, kuih-muih Melayu, Air batu Campur (ABC), Puding Roti, Bubur Lambuk, sebagai melengkap menu berbuka puasa anda.
Sebanyak 8 senarai menu berbuka puasa yang akan bertukar setiap hari untuk memberi kelainan kepada pengunjung.
HARGA BUFET RAMADAN 2021 KONTIKI RESTAURANT THE FEDERAL KUALA LUMPUR
Bufet Ramadan 2021 Kontiki Restaurant The Federal Kuala Lumpur akan berlangsung bermula 21 April 2021 hingga 12 Mei 2021 dari jam 7 malam sehingga 9.30 malam. Harga yang ditawarkan pada tahun ini adalah:
- RM 98 NET UNTUK DEWASA
- RM 48 UNTUK KANAK-KANAK (5 – 12 TAHUN)
- RM 60 UNTUK WARGA EMAS (55 TAHUN KE ATAS)
PROMOSI BAWA-PULANG DAN PENGHANTARAN KE RUMAH SEPANJANG RAMADAN 2021
Selain itu, Kontiki Restaurant The Federal Kuala Lumpur juga menawarkan promosi bawa-pulang dan penghantaran ke rumah sepanjang Ramadan 2021 ini. Sebanyak 8 pilihan set menu tradisi untuk anda pilih sebagai juadah berbuka puasa di rumah atau di pejabat. Harga yang ditawarkan untuk setiap set adalah RM68 NET (SET SEPARUH UNTUK 2-3 ORANG) dan RM118 NET (SET PENUH UNTUK 4-6 ORANG). Untuk pesanan, sila hubungi 03-21489166 samb. 2239 atau Whatsapp ke 018-3712080 atau anda boleh membuat pesanan menerusi aplikasi AirAsia Food dan Eatigo. Promosi berlangsung dari 1 April 2021 hingga 31 Mei 2021 dari jam 10 pagi hingga 8 malam.
SET 1: FEDERAL YELLOW GLUTINOUS RICE WITH RENDANG & ACAR RAMPAI BEREMPAH
- Choice of Rendang: Mutton, Beef or Chicken
- Kerabu Ayam & Buah Kurma
- Dessert Mango Pudding & Jus Orange or Guava
SET 2: FEDERAL TOMATO RICE WITH TANDOORI CHICKEN & EGG-LODEH
- Kerabu Sotong & Buah Kurma
- Dessert Coconut Pudding & Jus Orange or Guava
SET 3: CHEF FITRI BUKHARI RICE WITH LAMB LEG MEAT & CURRY VEGETABLES
- Kerabu Kacang Botol & Buah Kurma
- Dessert Mango Pudding & Jus Orange or Guava
SET 4: CHEF MURALY CHICKEN WHOLE LEG TIKKA WITH BIRYANI SAUCE & ALOO GOBI
- Served with Jeera Rice
- Kerabu Udang & Buah Kurma
- Dessert Mango Lassi & Jus Orange or Guava
SET 5: CHEF LAILA NASI LEMAK PANDAN WITH FRIED CHICKEN WHOLE LEG, POTATO RENDANG & CONDIMENTS
- Kerabu Kupang & Buah Kurma
- Dessert Cream Caramel & Jus Orange or Guava
SET 6: FEDERAL NASI KABSAH KAMBING
- Served with Pajeri Nenas & Papadom
- Kerabu Taugeh & Buah Kurma
- Dessert Pandan Layer Cake & Jus Orange or Guava
SET 7: FEDERAL NASI GORENG KAMPUNG STYLE WITH AYAM PENYET & TELOR SAMBAL BAWANG
- Kerabu Ikan Bilis & Buah Kurma
- Dessert Swiss Roll with Durian Flavor & Jus Orange or Guava
SET 8: BAKED RED SNAPPER FISH FILLET WITH PERCIK SAUCE
- Served with Nasi Minyak & Chick Peas Curry
- Kerabu Mangga Muda & Buah Kurma
- Dessert Bread Pudding with Vanilla Sauce & Jus Orange or Guava
0 Comments