Promosi Bufet Ramadan 2021 The Gardens Hotel and Residences Kuala Lumpur | Salam Ramadan semua! Bagaimana puasa anda setakat ini? Semoga semuanya istiqamah dalam menjalani tuntutan salah satu daripada rukun Islam. Ada Geng Plastik Hitam di sini? Jangan macam-macam ya, bulan Ramadan datang setahun sekali sahaja jadi manfaat bulan mulia ini sebaiknya. Sambil-sambil menjalani ibadah puasa, pasti ada yang mahu memberi ganjaran pada diri sendiri dengan menikmati bufet Ramadan di hotel atau restoran bukan? Kalau masih mencari bufet Ramadan menarik sekitar Kuala Lumpur ini, mungkin anda boleh melihat promosi bufet Ramadan 2021 The Gardens Hotel and Residences Kuala Lumpur.
Sebagai info ringkas, The Gardens Hotel and Residences Kuala Lumpur (dikenali juga dengan nama The Gardens - A St Giles Signature Hotel & Residences) terletak di bangunan The Gardens Mall adalah dibawah pengurusan St Giles Hotel, sama dengan The Boulevard Hotel Kuala Lumpur yang terletak di bangunan Mid Valley Megamall. Hotel ini merupakan anak syarikat IGB Berhad.
Jadi sudah tidak sabar untuk mengetahui seleksi juadah berbuka puasa di The Gardens Hotel and Residences Kuala Lumpur tahun ini? Teruskan membaca!
BUFET RAMADAN BERTEMAKAN BAZAAR RIA
HARGA BUFET RAMADAN 2021 THE GARDENS HOTEL AND RESIDENCES KUALA LUMPUR
Sudah tahu menu bufet Ramadan, pasti anda mahu mengetahui harga yang ditawarkan oleh The Gardens Hotel and Residences Kuala Lumpur pada tahun ini bukan? Harga bufet Ramadan 2021 The Gardens Hotel and Residences Kuala Lumpur adalah seperti dibawah:- RM 98 NET UNTUK DEWASA
- RM 64 UNTUK KANAK-KANAK (6-12 TAHUN)
Anda juga boleh meninjau harga bufet Ramadan 2021 Bazaar Ria di Citi Cafe, Hotel Cititel Mid Valley dibawah. Hubungi 03-22961124 untuk tempahan.
- RM78 NET UNTUK DEWASA
- RM54 NET UNTUK KANAK-KANAK (6-12 TAHUN)
PROMOSI MENARIK SEPANJANG RAMADAN 2021 DI THE GARDENS HOTEL AND RESIDENCES KUALA LUMPUR
Secara peribadi, tawaran harga bufet Ramadan di bawah RM 100 adalah cukup berbaloi dan mesra poket. Ini kerana dengan variasi juadah berbuka puasa ditambah pula dengan lokasi dan prestij jenama hotel ini, tawaran ini tidak harus anda lepaskan! Bagaimana pula dengan kualiti rasa menu disini? Terus-terang, ini adalah pertama kali saya mencuba menu bufet Ramadan di The Gardens Hotel and Residences Kuala Lumpur dan surprisingly, kualiti rasa menu disini tidak mengecewakan saya. Saya sukakan rasa asli lauk-pauk yang dihidangkan, rasa Nasi Beriani Dam yang cukup rasa, Kambing Bakar dimakan bersama sos lada hitam juga enak, kuih-muih Melayu cukup rasa lemak manis, Teh Tarik disini harus menerima pujian kerana cukup rasa manis dan krim. Saya adalah penggemar Teh Tarik tegar, jadi saya beri 5 bintang! Bagi anda yang mahu menjalani solat, tersedia surau di atas 5 bangunan hotel ini.
Jadi apa tunggu lagi! Lakukan tempahan sekarang di talian 03-22681123 untuk menikmati sajian berbuka puasa enak di The Spred Restaurant, The Gardens Hotel and Residences Kuala Lumpur. Layari https://stgileshotels.com/hotels/malaysia/kuala-lumpur/the-gardens untuk mendapatkan informasi lanjut.
IKUTI THE GARDENS HOTEL AND RESIDENCES KUALA LUMPUR DI FACEBOOK | INSTAGRAM
LOKASI THE GARDENS HOTEL
LINGKARAN SYED PUTRA,
MID VALLEY CITY,
59200 KUALA LUMPUR.
TELEFON: 03-22681123
#BUFETRAMADAN2021 #BAZAARRIA #STGILESTHEGARDENS
0 Comments