Tidak dinafikan, Me’nate Steak Hub adalah jenama restoran yang tidak asing lagi dan antara steakhouse Halal terbaik di Malaysia buat masa ini. Sempena Ramadan kali ini, Me’nate Steak Hub teruja untuk turut serta dalam memeriahkannya dengan promosi istimewa sepanjang Ramadan 2021.
PROMOSI BUFET RAMADAN 2021 ME’NATE STEAK HUB
Me’nate Steak Hub masih mengekalkan konsep tradisi dimana menu steak dan makanan barat dan Mediterranean masih ditawarkan sebagai pilihan sajian utama. Menu Kambing Panggang Bukhari bersama Nasi Mandhi menjadi taruhan untuk memuaskan para pelanggan yang menggemari Kambing Panggang. Selain menu masakan barat, bagi memenuhi citarasa Ramadan, Me’nate juga menawarkan menu makanan tempatan lain seperti Nasi Tomato, Mee Soto, Nasi Himpit, Bubur Lambok, Mee Kari Nyonya, Kuetiau yang di goreng panas serta hidangan pencuci mulut dan kuih-muih tempatan.
Pakej bufet Ramadan kali ini cukup menarik dan pada harga yang sangat berbaloi iaitu RM 89.90 untuk dewasa dan RM 49.90 untuk kanak-kanak, manakala bagi kanak-kanak berusia 5 tahun adalah PERCUMA. Bukan itu sahaja! Untuk setiap tempahan awal, pihak Me’nate Steak Hub akan memberi potongan sebanyak 10% hingga ke 30% bergantung kepada terma dan syarat. Selain itu, Me’nate Steak Hub turut menyediakan pakej Ramadan Special Group Steak untuk pelanggan-pelanggan setia yang inginkan kelainan.
SET BERBUKA PUASA DI ME’NATE STEAK HUB
Bagi memenuhi permintaan pelanggan di Ramadan 2021 ini yang menggemari daging premium, Me’nate turut memperkenalkan pakej makanan barat premium yang boleh di nikmati seisi keluarga pada harga yang berpatutan iaitu hidangan "GROUP STEAK" FAMILY PLATTER. Me’nate memperkenalkan 2 jenis pakej iaitu SET A (PREMIUM FAMILY PACKAGE) dan SET B (SUPER PREMIUM FAMILY PACKAGE) dimana satu set boleh dimakan sehingga 5 ke 6 orang.Hampir 11 menu bagi setiap hidangan dalam FAMILY PLATTER ini dan hidangan pemanis mulut diberikan secara PERCUMA dari kaunter bufet. Yang pastinya hidangan dalam FAMILY PLATTER ini masih mengekalkan kualiti penggunaan daging dan bahan-bahan yang digunakan untuk pelanggan merasai keistimewaan yang di tawarkan oleh Me’nate pada kali ini. Kepada yang berkeluarga, inilah masanya untuk menikmati serta merasai pengalaman berbuka puasa dengan hidangan enak yang disediakan untuk keluarga anda.
PRODUK SEJUK BEKU MEATLAB DARI ME’NATE STEAK HUB
Buat masa ini restoran Me’nate Steak Hub mempunyai 7 cawangan di seluruh Malaysia iaitu di Setapak, Ampang, Bangi, Shah Alam, Seremban, Melaka serta Johor Bahru namun hanya 6 cawangan sahaja yang menganjurkan Bufet Ramadan dimana cawangan Ampang hanya menyediakan menu Istimewa Heavenly Lamb dan Heavenly Beef bersama Nasi Bukhari yang boleh di nikmati 4 hingga ke 5 orang. Me’nate Steak Hub Ampang juga ada menyediakan pakej Istimewa Group Steak Iftar untuk 5 hingga ke 6 orang, sesuai untuk di nikmati seisi keluarga dan juga pakej Istimewa Iftar untuk 2 orang.
Para pelanggan dan Syarikat yang berminat boleh menghubungi cawangan-cawangan Me’nate Steak Hub terdekat untuk membuat tempahan atau bertanya tentang pakej yang di sediakan.
- SETAPAK +6019 3911 047
- SHAH ALAM +6019 4771 047
- BANGI +6019 2611 047
- SEREMBAN +6014 3511 047
- MELAKA +6014 6040 047
- JOHOR BAHRU +6013 7510 347
- AMPANG +6016 8795 947
Me’nate ingin menjemput mana-mana syarikat atau badan korporat atau individu yang ingin bekerjasama dengan pihak Me’nate untuk menganjurkan sebarang bentuk majlis tanggungjawab sosial korporat (CSR) di Me’nate seperti majlis berbuka puasa dengan anak yatim dan sebagainya sepanjang Ramadan ini. Tawaran diskaun korporat akan diberikan bagi yang ingin turut serta.
Jadi, adakah anda sudah tidak sabar untuk berbuka puasa di Me’nate Steak Hub? Hubungi mana-mana cawangan berhampiran anda untuk membuat tempahan. Layari laman media sosial rasmi Me’nate Steak Hub untuk informasi lanjut.
IKUTI ME’NATE STEAK HUB DI FACEBOOK | INSTAGRAM
#BUFETRAMADAN2021 #BUFETRAMADAN #ISTIMEWANYABERBUKAMENATE #MENATEIFTAR2021
0 Comments