Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) telah melancarkan peraduan Makan & Menang bagi produk makanan sejuk beku berkonsepkan Ready-To-Eat (RTE) jenama LengQuas. Peraduan ini sudah bermula sejak 1 April 2021 sehingga 31 Jun 2021 dimana ia menawarkan hadiah menarik bernilai RM 100 ribu kepada pemenang bertuah. Majlis pelancaran Peraduan Makan & Menang LengQuas ini telah berlangsung dalam satu acara yang cukup meriah namun masih mengamalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan kehadiran anggota Lembaga KOPETRO, barisan pengurusan, rakan korporat dan juga para media.
Menurut Pengurus Kanan Komunikasi Korporat KOPETRO, Encik Ahmad Hazil bin Abdul Lateff, peraduan Makan & Menang LengQuas merupakan salah satu strategi KOPETRO dalam memperkasakan jenama Lengquas dalam industri makanan tempatan. Jelas beliau, sejak LengQuas mendapat liputan meluas arus media pada penghujung tahun 2020, jenama LengQuas mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan, jadi dengan penganjuran peraduan sebegini sedikit sebanyak dapat memeriahkan lagi penjualan produk LengQuas terutamanya menjelang Ramadan yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi.
CARA MENYERTAI PERADUAN MAKAN DAN MENANG LENGQUAS
Cara untuk menyertai peraduan Makan & Menang LengQuas cukup mudah! Para pelanggan hanya perlu membeli produk LengQuas minimum RM 20, kemudian imbas kod QR yang disediakan, jawab soalan mudah dan sertakan resit sebagai bukti pembelian. Pelbagai hadiah menarik dengan jumlah nilai RM100 ribu bakal diberikan kepada pemenang bertuah setiap bulan secara cabutan bertuah. Antara hadiah yang menanti adalah produk jenama Thermomix dan juga produk elektrik berjenama.
- BELI MINUMUN RM20 MANA-MANA PRODUK LENGQUAS DI KEDAI ATAU EJEN SAH KOPETRO
- IMBAS KOD QR YANG DISEDIAKAN UNTUK MENGISI BORANG PERADUAN
- ISI MAKLUMAT PADA RUANGAN DISEDIAKAN DAN JAWAB SOALAN MUDAH
- SERTAKAN RESIT SEBAGAI BUKTI PEMBELIAN
- PEMENANG AKAN DIHUBUNGI BAGI SESI CABUTAN BERTUAH
Selain itu, KOPETRO juga menganjurkan peraduan buat pengedar dan ejen LengQuas sebagai galakan untuk bersaing mendapat jualan tertinggi. Para pemenang bagi kategori ini akan dinilai berdasarkan hasil jualan tertinggi setiap bulan.
SENARAI 21 MENU READY-TO-EAT (RTE) LENGQUAS
Produk makanan sejuk beku LengQuas merupakan rangkaian produk Ready-To-Eat (RTE) keluaran KOPETRO Food Sdn Bhd dimana ia menawarkan pelbagai menu segera lauk-pauk tradisi. Kesemua produk LengQuas telah mendapat pengiktiran HACCP dan GMP daripada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia serta mempunyai pensijilan Halal dari JAKIM, MESTI dan Buatan Malaysia.
Produk keluaran LengQuas terdiri daripada:
- Beef Stew
- Chicken Glaze
- Daging Lemak Kuning
- Kari Daging
- Daging Asam Pedas
- Daging Dendeng
- Kuah Kacang
- LengQuas Daging Masak Hitam
- LengQuas Ayam Masak Hitam
- LengQuas Rendang Ayam
- LengQuas Ayam Percik
- LengQuas Paru Goreng Berlada
- LengQuas Sambal Ikan Bilis
- LengQuas Ayam Masak Merah
- Nasi Beriani Ayam Rendang
- Nasi Putih Daging Masak Hitam
- Nasi Minyak Ayam Percik
- Nasi Hujan Panas Ayam Kurma
- Nasi Beriani Ayam Masak Merah
- Nasi Ayam Kukus
- Nasi Lemak Ikan Bilis
Sehingga kini, LengQuas telah mempunyai sebanyak 153 ejen jualan berdaftar di seluruh negara dan masih membuka peluang kepada orang ramai untuk menyertai barisan ejen sah bagi meluaskan pasaran produk LengQuas. Anda boleh hubungi talian KOPETRO Food Sdn Bhd di 017-3195764 untuk sebarang pembelian atau boleh terus berhubung dengan mana-mana ejen sah LengQuas.
Sebagai info tambahan, Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) telah ditubuhkan pada 30 Oktober 1980 dan sehingga kini telah dianggotai 17 ribu kakitangan PETRONAS. Anak syarikat KOPETRO dalam empat bidang perniagaan utama iaitu Servis Kewangan, Pelancongan dan Perhotelan, Makanan & Minuman dan juga Perdagangan. KOPETRO berada di kedudukan 5 koperasi terbaik seluruh negara dan telah memenangi pelbagai anugerah berprestij sepanjang penubuhannya. KOPETRO Food Sdn Bhd merupakan syarikat subsidiari milik penuh Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) yang mula beroperasi pada 1 September 2015.
Jadi, apa tunggu lagi! Jom kita sertai peraduan Makan & Menang LengQuas kerana tuah ayam nampak dikaki, tuah anda siapa yang tahu! Manalah tahu anda ditakdirkan menjadi salah satu pemenang bulanan peraduan ini. Layari media sosial rasmi LengQuas untuk mendapatkan informasi lanjut. Anda juga boleh melayari laman sesawang rasmi KOPETRO dan media sosial rasmi mereka untuk butiran mengenai KOPETRO.
IKUTI LENGQUAS DI FACEBOOK | INSTAGRAM
#PERADUAN #LENGQUAS #LENGQUASMAKANDANMENANG #KOPETRO
0 Comments