MAKAN MALAM DI SYRIAN HOUSE RESTAURANT MALAYSIA KAMPUNG BARU مطعم البيت السوري ماليزيا

MAKAN MALAM DI SYRIAN HOUSE RESTAURANT MALAYSIA KAMPUNG BARU مطعم البيت السوري ماليزيا


Makan Malam Di Syrian House Restaurant Malaysia Kampung Baru مطعم البيت السوري ماليزيا | Bosan juga kalau kerap makan menu sama sahaja! Sesekali tukar selera menarik juga. Tapi tak tahu nak makan apa, Tak tahu? Hey, Malaysia adalah syurga makanan dunia tahu tak? Namakan saja sajian negara mana yang mahu dinikmati, tersedia buat anda! Antara yang mudah didapati adalah makanan dari Timur Tengah, atau bahasa mudah makanan Arab. Memang tidak dinafikan bahawa terdapat banyak restoran makanan Arab di Malaysia khususnya di Kuala Lumpur dan Selangor. Penerimaan makanan Arab di Malaysia barangkali berkait rapat dengan beberapa persamaan gaya hidup dan citarasa diantara warga Arab dan Malaysia. Selain itu, komuniti Arab di Malaysia juga agak besar menjadikan makanan Arab seperti sudah sinonim dengan masyarakat Malaysia. Persoalannya, dimanakah restoran makanan Arab atau Timur Tengah yang sedap di Kuala Lumpur ini? Teruskan membaca bingkisan ini.

Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman saya menikmati makan malam di salah sebuah restoran makanan Arab atau lebih tepat restoran dari Syria di Kuala Lumpur iaitu Syrian House Restaurant Malaysia yang terletak di Kampung Baru. Tidak sukar untuk mencari Syrian House Restaurant Malaysia ini, terima kasih kepada sistem navigasi! Taip sahaja Syrian House Restaurant dan anda sedia untuk bergerak! Lokasi tepat adalah di Lorong Raja Uda 1, Kampung Baru Kuala Lumpur. Terdapat ruang parkir di hadapan restoran ini jika anda datang dengan kenderaan sendiri.


MAKAN MALAM DI SYRIAN HOUSE RESTAURANT MALAYSIA KAMPUNG BARU مطعم البيت السوري ماليزيا

MAKAN MALAM DI SYRIAN HOUSE RESTAURANT MALAYSIA KAMPUNG BARU مطعم البيت السوري ماليزيا

MAKAN MALAM DI SYRIAN HOUSE RESTAURANT MALAYSIA KAMPUNG BARU مطعم البيت السوري ماليزيا



INFO RINGKAS MENGENAI SYRIA

Sebelum itu, jom kita kenali secara ringkas tentang Syria. Kenali sebagai Republik Arab Syria, Syria ialah sebuah negara di Asia Barat Daya yang bersempadan dengan Laut Mediterranean dan Lubnan di barat, Palestin di barat daya, Jordan di selatan, Iraq di timur dan Turki di utara. Negara Syria moden ialah bekas mandat Perancis yang mencapai kemerdekaan pada tahun 1946, tetapi sejarahnya bermula seawal alaf ke-4 SM. Syria mempunyai hampir 20 juta penduduk dimana kebanyakannya adalah penganut agama Islam Sunah berbangsa Arab.Ibu negaranya Damsyik pernah dijadikan pusat pentadbiran Empayar Umayyah dan sebuah ibu wilayah Empayar Mamluk. Nama Syria berasal daripada nama Greek kuno "Syrians", Σύροι Syroi, yang dipakai oleh orang Greek untuk menggelar orang Assyria. Nama itu mungkin merupakan berasal daripada Ἀσσυρία, Assyria, yang berasal pula daripada Aššur dalam bahasa Akkadia. (Sumber Wikipedia)



ANTARA MENU MENARIK DI SYRIAN HOUSE RESTAURANT MALAYSIA KAMPUNG BARU

MAKAN MALAM DI SYRIAN HOUSE RESTAURANT MALAYSIA KAMPUNG BARU مطعم البيت السوري ماليزيا


Sejujurnya, saya tidak tahu kewujudan Syrian House Restaurant yang terletak di Kampung Baru ini. Malah saya tidak pernah jangka Kampung Baru mempunyai restoran makanan Arab sehingga saya diperkenalkan oleh seorang teman baik. Melangkah masuk ke ruang restoran konsep terbuka ini membuat saya cukup teruja. Bangunan, dekorasi dan susun atur ruang dalaman restoran ini terasa seperti berada di negara Arab. Bangunan dua tingkat ini mempunyai ruang makan terbuka dan tertutup (berhawa dingin) di bahagian bawah manakala bahagian atas biasanya digunakan untuk acara berskala besar. Tidak lengkap restoran Arab tanpa shisha bukan! Anda juga boleh menikmati shisha disini dengan pelbagai perasa untuk dipilih. Juga tersedia ruang khas untuk anda menghisap shisha dalam suasana privasi.


MAKAN MALAM DI SYRIAN HOUSE RESTAURANT MALAYSIA KAMPUNG BARU مطعم البيت السوري ماليزيا

MAKAN MALAM DI SYRIAN HOUSE RESTAURANT MALAYSIA KAMPUNG BARU مطعم البيت السوري ماليزيا

MAKAN MALAM DI SYRIAN HOUSE RESTAURANT MALAYSIA KAMPUNG BARU مطعم البيت السوري ماليزيا

MAKAN MALAM DI SYRIAN HOUSE RESTAURANT MALAYSIA KAMPUNG BARU مطعم البيت السوري ماليزيا

MAKAN MALAM DI SYRIAN HOUSE RESTAURANT MALAYSIA KAMPUNG BARU مطعم البيت السوري ماليزيا

MAKAN MALAM DI SYRIAN HOUSE RESTAURANT MALAYSIA KAMPUNG BARU مطعم البيت السوري ماليزيا

MAKAN MALAM DI SYRIAN HOUSE RESTAURANT MALAYSIA KAMPUNG BARU مطعم البيت السوري ماليزيا

MAKAN MALAM DI SYRIAN HOUSE RESTAURANT MALAYSIA KAMPUNG BARU مطعم البيت السوري ماليزيا

MAKAN MALAM DI SYRIAN HOUSE RESTAURANT MALAYSIA KAMPUNG BARU مطعم البيت السوري ماليزيا


Terus kepada menu menarik yang terdapat di Syrian House Restaurant Kampung Baru ini. Memandangkan saya dalam kumpulan kecil, jadi mudah untuk kami memesan beberapa menu untuk dicuba. Semua sedia maklum bahawa kuantiti makanan Arab di atas pinggan cukup banyak bagi warga Asia seperti kita. Jadi untungnya jika kita datang dalam kumpulan, bolehlah pesan dan makan serba sedikit sajian disini. Antara yang saya cuba adalah:



PEMBUKA SELERA

MAKAN MALAM DI SYRIAN HOUSE RESTAURANT MALAYSIA KAMPUNG BARU مطعم البيت السوري ماليزيا


Untuk pembuka selera, saya menikmati roti pita bersama Hummus, Hummus Beiruti, Muhammara, Baba Ghanoush dan Tabbouleh Salad. Ini adalah menu pembuka selera kalau anda menjamu selera sajian Arab. 



KOMBINASI NASI MANDY, KABSA DAN BERIANI

MAKAN MALAM DI SYRIAN HOUSE RESTAURANT MALAYSIA KAMPUNG BARU مطعم البيت السوري ماليزيا


Semua tahu tentang nasi Arab mempunyai pelbagai jenis dan antara yang popular adalah Nasi Mandy, Kabsa dan Beriani. Anda sukakan kesemuanya? Jangan risau kerana di Syrian House Restaurant tersedia menu kombinasi ketiga-tiga jenis nasi ini dengan pilihan daging ayam panggang atau kambing panggang . Menu FAMILY CHICKEN SET (RM75) dan FAMILY LAMB SET (RM99) didatangkan sekali dengan sup kambing, sahawa dan air teh ais limau (untuk Family Lamb Set terdapat tambahan menu berupa semangkuk kecil buah-buahan).



SYRIAN HOUSE MIX GRILL

MAKAN MALAM DI SYRIAN HOUSE RESTAURANT MALAYSIA KAMPUNG BARU مطعم البيت السوري ماليزيا


Makanan Arab dan daging panggang berpisah tiada! Ada banyak pilihan daging panggang disini namun saya tertarik dengan Syrian House Mix Grill yang didatangkan dengan kentang goreng, daging ayam, kambing, lembu bersama bawang, cili dan tomato yang kesemuanya dipanggang. Apa yang buat saya lebih tertarik adalah cara hidangan ini dipesembahkan di meja dengan menggunakan dulang kayu panjang dan dicucuhkan api di pinggir dulang tersebut.



KIBBEH LABANIEH

MAKAN MALAM DI SYRIAN HOUSE RESTAURANT MALAYSIA KAMPUNG BARU مطعم البيت السوري ماليزيا


Kibbeh labanieh adalah hidangan istimewa dan cukup unik sebab tak terfikir Sesiapa yang berfikir untuk memasak kibbeh (kombinasi daging kisar, bijirin bulgur dan nasi) dimasak masam bersama sos tairu dan  bawang putih yang dipanggil 'Labanieh'. Sesuatu yang unik pada saya kerana ini pertama kali saya merasai menu ini. 



HALAWET EL JIBN (SWEET OF CHEESE)

MAKAN MALAM DI SYRIAN HOUSE RESTAURANT MALAYSIA KAMPUNG BARU مطعم البيت السوري ماليزيا


Halawet el-jibn adalah pencuci mulut Syria yang diperbuat daripada semolina dan adunan keju, diisi dengan krim dan ada taburan kacang pistachio. Ia dimakan bersama sirap gula bagi menyempurnakan rasa. Not bad! 



KANAFEH (KNAVA)

MAKAN MALAM DI SYRIAN HOUSE RESTAURANT MALAYSIA KAMPUNG BARU مطعم البيت السوري ماليزيا

Kanafeh adalah pencuci mulut tradisional Timur Tengah yang dibuat dengan pastri filo yang diparut, atau sebagai alternatif adunan semolina halus, direndam dalam sirap berasaskan gula manis, dan biasanya dilapisi dengan keju, atau dengan bahan-bahan lain seperti krim atau kekacang. Ini adalah my personal favourite sebab walaupun ia berkeju tapi tak terasa lemak dan ia rangup di luar. 



TURKISH COFFEE

MAKAN MALAM DI SYRIAN HOUSE RESTAURANT MALAYSIA KAMPUNG BARU مطعم البيت السوري ماليزيا

Negara Arab juga mempunyai kopi signatur dan pastinya rasanya berbeza dengan kopi Malaysia. Wajib cuba jika anda penggemar kopi sejati!



ARABIC TEAPOT

MAKAN MALAM DI SYRIAN HOUSE RESTAURANT MALAYSIA KAMPUNG BARU مطعم البيت السوري ماليزيا


Menu Arab juga terkenal dengan minuman teh mereka. Diminum panas-panas bersama daun pudina memang menyegarkan tekak dan perut setelah kenyang makan. 





ULASAN PERIBADI TENTANG SYRIAN HOUSE RESTAURANT MALAYSIA KAMPUNG BARU مطعم البيت السوري ماليزيا

Tidak dinafikan bahawa makanan Arab di Syrian House Restaurant ini sedap-sedap belaka. Malah menikmati Nasi Mandy, Kabsa, Beriani disini membuatkan saya makan menambah-nambah. Tekstur nasi yang peroi dengan rasa rempah yang sekata serta si daging ayam dan kambing yang cukup lembut menjadikan kunyahan lebih mudah. Tarikan utama sudah pasti Syrian House Mix Grill kerana ini pertama kali saya mencuba menu unik ini. Perapan daging yang sekata dan cukup rasa membuat saya berulang makan! Pencuci mulut Kanafeh is one of my favourite! Manis, lemak keju diadun sempurna, tekstur luar yang rangup membuat menu ini cukup istimewa. Anda wajib cuba ya! Secara keseluruhannya, masakan di Syrian House Restaurant Kampung Baru ini sedap dan enak dan memang saya sarankan anda untuk mencuba sendiri jika punya kesempatan. Saya beri 5 bintang!

Jadi kepada anda sedang mencari-cari restoran Arab yang sedap dan berbaloi, anda boleh singgah di Syrian House Restaurant Malaysia di Kampung Baru ini. Layari https://syrian-house.business.site untuk mendapatkan informasi lanjut.


IKUTI SYRIAN HOUSE RESTAURANT DI FACEBOOK | INSTAGRAM


MAKAN MALAM DI SYRIAN HOUSE RESTAURANT MALAYSIA KAMPUNG BARU مطعم البيت السوري ماليزيا


LOKASI SYRIAN HOUSE RESTAURANT
02, LORONG RAJA UDA 1, KAMPUNG BARU,
50300 KUALA LUMPUR.

TELEFON: 03-2602 0016 / 011-1895 7220




#FOOD #MAKANAN #REVIEW #SYRIANHOUSERESTAURANT

0 Comments