Wahai warga Setia Alam dan yang berhampiran dengannya, ini satu berita penting. Lulu Hypermarket telah dibuka di Setia City Mall, Bandar Setia Alam dengan tawaran pembukaan super murah sehingga 4 April 2021. Saya tidak percaya yang mereka sanggup membuat tawaran besar ke atas iPhone, TV 65 ", Milo, barangan segar, makanan panas , roti dan lain-lain. Tawaran pembukaan ini sangatlah mengejutkan dan akan membuatkan kita tidak boleh berhenti membeli-belah. Setelah pembukaan outlet kedua di One Shamelin, kini LuLu Hypermarket yang ke 3 telah dibuka di Setia City Mall, Setia Alam dengan tawaran pembukaan harga yang cukup menarik dari hari ini sehingga 4 April 2021. Tawaran pembukaan ini memang sangat menguntungkan dan akan membuatkan anda shopping macam nak gila!
Untuk pengetahuan anda, LuLu Hypermarket & Store di Setia City Mall ini lebih luas dengan keluasan 150 ribu kaki persegi dan ianya terbahagi kepada 3 tingkat iaitu:
ARAS 1 - Barangan Makanan, Keperluan Diri, Café untuk para pelanggan menikmati makanan.
ARAS 2 - Barangan Pakaian Lelaki, Wanita, Kanak-kanak dan lain-lain.
ARAS 3 - Barangan Elektrik & Elektronik.
Jadi anda kena datang sendiri dan tengok promosi yang disediakan di Lulu Hypermarket Setia City Mall ini. Menariknya, kunjungan saya pada hari pertama pembukaan, harga pengisar jenama Philips hanya RM69 daripada harga asal RM131. Kemudian, harga TV pintar jenama Samsung 55 inci hanya berharga RM1699. Murah bukan? Bukan itu sahaja! Cadar tilam, selimut, beg tarik, kesemuanya ada harga promosi harga runtuh! Memang rugi kalau tak ambil peluang ini!
Jangan risau tentang parkir kerana LuLu Hypermarket Setia City Mall mempunya tempat letak kenderaan yang mencukupi dengan lebih daripada 400 tapak parkir, terbuka serta terdapat tempat letak kenderaan pelbagai tingkat juga.
Jadi bagi anda yang berada berdekatan dengan Setia City Mall bolehlah terjah LuLu Hypermarket dan jangan lupa dapatkan tawaran harga pembukaan dari 31 March 2021 sehingga 4 April 2021. Selain promosi pembukaan ini, Lulu Hypermarket juga ada menyediakan semua keperluan Ramadan yang kita perlukan sempena bulan yang mulia ini. Kurma berkualiti tinggi, minuman dari Arab khas sempena Ramadan serta banyak lagi pada harga yang sukar dipercayai. Sangat mudah dan menyenangkan untuk membeli-belah di Lulu Setia City Mall kerana ruang niaga, susunan, kebersihan dan lain-lain yang besar dan selesa.
Tingkat LG adalah seluas 70 ribu kaki persegi menempatkan bahagian pasar raya, barangan segar, coklat import berkualiti tinggi, kurma, kekacang, makanan panas yang menyelerakan, roti, Kesihatan & Kecantikan, isi rumah dan banyak lagi. Lantai UG seluas 40 ribu kaki persegi pula menempatkan Lulu Fashion Store dan pakaian tradisional Melayu.
Sudah tak tahan untuk membeli belah di Lulu Hypermarket & Department Store Setia City Mall? Kepuasan membeli-belah adalah jaminan Lulu Hypermarket dan sentiasa di sisi anda bagi memenuhi semua keperluan membeli-belah di dalam suasana beli-belah bertaraf antarabangsa. Jadi apa tunggu lagi! Jangan melepaskan peluang ini untuk membeli-belah di Lulu Setia City Mall dan berjimat besar. Pastikan anda tidak terlepas tawaran pembukaan kahs 5 hari ini sehingga 4 April 2021.
Informasi lanjut mengenai promosi di Lulu Hypermarket boleh layari, http://www.luluhypermarket.com/MY/all .
IKUTI LULU HYPERMARKET DI FACEBOOK | INSTAGRAM
LOKASI LULU HYPERMARKET SETIA CITY MALL
PERSIARAN SETIA DAGANG,
SETIA ALAM,
40170 SHAH ALAM,
SELANGOR.
#LULUSETIACITYMALL #LULUSCM #JOMKELULU
0 Comments