KL HOP ON HOP OFF BAWA KL CITY OF LIGHTS NIKMATI MALAM DI KUALA LUMPUR

KL HOP ON HOP OFF BAWA KL CITY OF LIGHTS NIKMATI MALAM DI KUALA LUMPUR


Sejak pandemik Covid-19 ‘menyerang’ dunia, antara industri yang terkesan adalah pelancongan baik global mahupun domestik. Bagi memulihkan semula sektor ini, pelbagai langkah telah diambil terutamanya amalan Prosedur Operasi Standard (SOP) pada setiap produk pelancongan. Di Kuala Lumpur, perkhidmatan KL Hop On Hop Off juga tidak terkecuali menerima tempias pandemik ini. Namun dengan kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan, mereka kembali merancakkan aktiviti pelancongan di Kuala Lumpur dengan menawarkan perkhidmatan KL City of Lights.


APA YANG MENARIK DENGAN KL CITY OF LIGHTS KL HOP ON HOP OFF

KL HOP ON HOP OFF BAWA KL CITY OF LIGHTS NIKMATI MALAM DI KUALA LUMPUR


Kebiasaannya perkhidmatan KL Hop On Hop Off membawa pelancong di siang hari, tetapi kini boleh meneroka bandaraya Kuala Lumpur pada waktu malam menerusi KL City of Lights ini. Perkhidmatan KL City of Lights ini berkonsepkan Sightseeing Kuala Lumpur at Night pastinya satu pengalaman menarik dimana anda dapat meneroka Bandaraya Kuala Lumpur, kota metropolitan yang mempunyai variasi tarikan yang cukup mempersona.


Sebagai info, KL City of Lights menawarkan perjalanan sehala dimana ia memberi perspektif berbeza melihat Kuala Lumpur pada waktu malam. Semua tahu bahawa Kuala Lumpur cukup indah dengan cahaya neon di beberapa lokasi pelancongan antaranya Pintasan Saloma (Saloma Link), Dataran Merdeka (Merdeka Square) dan River of Life berhampiran Masjid Jamek.


KL HOP ON HOP OFF BAWA KL CITY OF LIGHTS NIKMATI MALAM DI KUALA LUMPUR


Operasi KL City of Lights bermula pada jam 8 malam di kios Bukit Bintang Kiosk Hop On Hop Off akan membawa anda menelusuri bandar kebanggaan rakyat Malaysia selama 2 jam. Anda akan melalui KLCC, MaTiC, Pintasan Saloma, Menara Kuala Lumpur (Menara KL), Chinatown dan Pasar Seni, Little India, KL Sentral, Istana Negara, Dataran Merdeka, River of Live dan Istana Budaya.



KL HOP ON HOP OFF BAWA KL CITY OF LIGHTS NIKMATI MALAM DI KUALA LUMPUR
PINTASAN SALOMA

KL HOP ON HOP OFF BAWA KL CITY OF LIGHTS NIKMATI MALAM DI KUALA LUMPUR
MENARA KUALA LUMPUR

KL HOP ON HOP OFF BAWA KL CITY OF LIGHTS NIKMATI MALAM DI KUALA LUMPUR
MELALUI MUZIUM NEGARA

BERHENTI DI ISTANA NEGARA

RIVER OF LIFE

KL HOP ON HOP OFF BAWA KL CITY OF LIGHTS NIKMATI MALAM DI KUALA LUMPUR
DATARAN MERDEKA

KL HOP ON HOP OFF BAWA KL CITY OF LIGHTS NIKMATI MALAM DI KUALA LUMPUR
MENARA BERKEMBAR PETRONAS (KLCC)


Sudah pasti penawarkan promosi KL City of Lights oleh KL Hop On Hop Off ini cukup menarik kerana masih ramai warga tempatan yang tidak berpeluang bersiar-siar dan meneroka keindahan panorama Kuala Lumpur pada waktu siang kerana kesibukan kerja dan cuaca panas. Jadi ini adalah pilihan terbaik untuk anda melihat Kuala Lumpur pada waktu malam yang cukup dingin dan berangin. Pada masa sama, anda tidak perlu bersusah payah untuk memandu kenderaan sendiri untuk menjelajah bandar Kuala Lumpur kerana dengan KL City of Lights, anda hanya duduk sambil jamu mata dan mengambil seberapa banyak foto menarik sepanjang perjalanan.


HARGA DAN CARA MEMBELI TIKET KL CITY OF LIGHTS KL HOP ON HOP OFF


Bagi anda yang teruja untuk mencuba perkhidmatan KL City of Lights KL Hop On Hop Off ini, harga tiket yang ditawarkan adalah seperti dibawah:


  • RM50 BAGI DEWASA (WARGA ASING)
  • RM25 BAGI KANAK-KANAK 5-12 TAHUN (WARGA ASING)
  • RM30 BAGI DEWASA (RAKYAT MALAYSIA)
  • RM15 BAGI KANAK-KANAK 5- 12 TAHUN (RAKYAT MALAYSIA)


Harga istimewa untuk pelajar dan orang kelainan upaya juga ditawarkan kepada anda. Cara untuk membeli tiket KL City Of Lights adalah dengan melayari terus di https://www.ticket.myhoponhopoff.com/kl-city-of-lights .


KL HOP ON HOP OFF BAWA KL CITY OF LIGHTS NIKMATI MALAM DI KUALA LUMPUR


Pada masa sama, KL Hop On Hop Off City Tour masih beroperasi dengan konsep sedikit berbeza dimana kali ini, KL Hop On Hop Off menawarkan perkhidmatan bersiar-siar selama 2 jam dengan menaiki bas menjelajah bandaraya Kuala Lumpur. Pada hari Isnin hingga Jumaat, ia berkonsepkan Sightseeing bermula di Kios Bukit Bintang dan perjalanan selama 2 jam akan membawa anda pusing-pusing bandar dan taman sekitar Kuala Lumpur. Manakala pada hujung minggu pula, KL Hop Hop Off mengekalkan konsep asal dimana anda boleh berhenti di perhentian yang telah ditetapkan dan menaiki bas seterusnya. Makluman waktu menunggu bas sekitar 30 – 45 minit.


Anda boleh ikuti pengalaman pertama saya menaiki KL Hop On Hop Off menerusi pautan ini: https://www.thisisreef.com/2018/03/teroka-kuala-lumpur-dengan-perkhidmatan.html 


Sudah teruja untuk meneroka Kuala Lumpur di waktu malam? Pastinya KL City of Lights KL Hop On Hop Off adalah satu pengalaman menarik yang anda patut cuba. Hubungi 011-1230 5350 atau layari laman sesawang rasmi KL Hop On Hop Off untuk mendapatkan informasi lanjut.


Ikuti KL Hop On Hop Off di FACEBOOK | INSTAGRAM 



#RONDARONDAKL #KLCITYOFLIGHTS #KLCITYTOUR #KLHOPONHOPOFF #CUTICUTIMALAYSIA #TRAVEL

0 Comments