CENDOLAH MINUMAN CENDOL READY-TO-DRINK PERTAMA DI MALAYSIA!

CENDOLAH MINUMAN CENDOL READY-TO-DRINK PERTAMA DI MALAYSIA!



Cendolah Minuman Cendol Ready-To-Drink Pertama Di Malaysia |
Siapa penggemar pencuci mulut angkat tangan! Tidak lengkap sajian kalau tak akhiri dengan pencuci mulut bukan? Selain buah-buahan, banyak pilihan pencuci mulut enak untuk dicuba baik menu tempatan mahupun antarabangsa. Antara pencuci mulut atau dessert kegemaran ramai adalah aiskrim, kek manakala kalau pencuci mulut tempatan pula pastinya agar-agar, Ais Kacang, Cendol atau Bubur menjadi pilihan. Sebut tentang Cendol, tahukah anda bahawa Cendol telah dipilih antara 50 pencuci mulut terbaik di dunia oleh saluran Cable News Network (CNN).

Sebagai rakyat Malaysia, pengiktirafan ini cukup membanggakan kerana cendol bukan sahaja menjadi kegemaran seluruh rakyat Malaysia, malah pencuci mulut dari Malaysia ini berjaya mencuri perhatian dunia.


Kebiasaanya cendol yang datang dalam pelbagai pilihan seperti cendol durian, cendol jagung, cendol pulut mudah didapati di warung tepi jalan atau di restoran. Kini, anda boleh nikmati cendol di mana-mana sahaja dengan pelancaran Cendolah, produk minuman cendol sedia diminum (Ready-To-Drink) pertama di Malaysia. Ia menggunakan bahan-bahan utama seperti sirap karamel santan, kacang merah dan jeli berasaskan tepung beras hijau untuk mengekalkan rasa asli dan menyamankan ketika diminum.



CENDOLAH MINUMAN CENDOL READY-TO-DRINK PERTAMA DI MALAYSIA!

CENDOLAH MINUMAN CENDOL READY-TO-DRINK PERTAMA DI MALAYSIA!

CENDOLAH MINUMAN CENDOL READY-TO-DRINK PERTAMA DI MALAYSIA!

CENDOLAH MINUMAN CENDOL READY-TO-DRINK PERTAMA DI MALAYSIA!

CENDOLAH MINUMAN CENDOL READY-TO-DRINK PERTAMA DI MALAYSIA!

CENDOLAH MINUMAN CENDOL READY-TO-DRINK PERTAMA DI MALAYSIA!



Majlis pelancaran produk Cendolah telah diadakan di salah sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur baru-baru ini. Majlis dimeriahkan dengan kehadiran pengasas Cendolah, Encik Vathumalaai Sooratanam @ Malai, Pengerusi Koperasi Angkatan Wanita Bersatu Kuala Lumpur Berhad (KOOPNITA), YBhg Dato’ Hjh Zurainah Musa, wakil Tateyama Food Industries, tetamu jemputan khas dan juga rakan media.




CENDOLAH GUNA RETORT TECHNOLOGY

CENDOLAH MINUMAN CENDOL READY-TO-DRINK PERTAMA DI MALAYSIA!



Terima kasih kepada kemajuan teknologi kerana menjadikan sesuatu itu tiada yang mustahil untuk dicipta. Cendolah antara produk hasil inovasi dan kreatif anak tempatan yang patut dibanggakan. Penghasilan Cendolah adalah hasil idea pengasas Asia Innovative F&B Sdn. Bhd. iaitu Encik Vathumalaai Sooratanam @ Malai yang telah mengabdikan diri selama lebih 30 tahun dalam menghasilkan produk inovatif makanan dan minuman tempatan untuk tembusi pasaran global.


Bagi memastikan kualiti rasa cendol terjamin dan pada masa sama memastikan jangka hayat produk Cendolah mampu bertahan lama, Asia Innovative F&B Sdn. Bhd. telah berkerjasama dengan syarikat Tateyama Food Industries dari Jepun yang mempunyai kepakaran dalam bidang pembungkusan makanan. Produk Cendolah menggunakan teknologi pembungkusan yang dipanggil Retort Technology. Pouch kantung retortable adalah sejenis pembungkusan makanan yang dibuat dari lamina plastik dan logam yang fleksibel. Ini membolehkan pembungkusan steril dari pelbagai jenis makanan dan minuman yang dikendalikan oleh pemprosesan aseptic dan digunakan sebagai alternatif kaedah pengetinan industri tradisional.


Jelas Encik Vathumalaai Sooratanam @ Malai, aplikasi teknologi makanan dan inovasi membolehkan pihaknya mencipta rasa cendol asli dengan kandungan gula, karbohidrat dan protein yang seimbang dan pada masa sama memberi jangka hayat selama dua tahun agar ia boleh menembusi setiap pelusuk pasar raya di seluruh dunia.



CENDOLAH JALIN KERJASAMA PEMASARAN DENGAN KOOPNITA

CENDOLAH MINUMAN CENDOL READY-TO-DRINK PERTAMA DI MALAYSIA!



Pada majlis sama, Pihak Asia Innovative F&B Sdn. Bhd. turut memeterai kerjasama dengan Koperasi Angkatan Wanita Bersatu Kuala Lumpur Berhad (KOOPNITA) dimana KOOPNNITA akan membantu dari segi pemasaran produk Cendolah. Kerjasama ini bukan sahaja dapat meluaskan pasaran Cendolah tetapi pada masa sama dapat membantu anggota KOOPNITA untuk menjana pendapatan tambahan. Acara menandatangani memorandum persefahaman (MoU) telah disempurnakan oleh Encik Vathumalaai selaku wakil Asia Innovative F&G Sdn. Bhd. dengan Pengerusi KOOPNITA, YBhg Dato’ Hjh Zurainah Musa.


Produk Cendolah turut mendapat sokongan padu dari pelbagai agensi kerajaan termasuk MARDI, MATRADE, SMECorp, SIRIM, HDC, JAKIM untuk membawa jenama ini ke peringkat antarabangsa. Malah dengan pengiktiran sijil Halal, HACCP dan MeSTI sedikit sebanyak memberi harapan besar kepada Cendolah untuk menjadi antara teraju produk tempatan ke persada dunia.


Cendolah sudah boleh didapati dipasaran secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee dan juga di rangkaian pasar raya Mydin. Cendolah dijual pada harga RM4.90 sepaket dan anda juga boleh membeli dalam bentuk kotak dimana satu kotak mengandungi 5 paket Cendolah. Buat masa ini, Cendolah hanya terdapat dalam perisa asli dan di masa hadapan, Cendolah akan muncul dalam pelbagai perisa seperti Cendol Durian, Cendol Jagung dan Cendol Pulut. Syarikat Asia Innovative F&B Sdn. Bhd. sedang giat mempelbagaikan saluran pengedaran Cendolah menerusi kolaborasi dengan beberapa pasar raya, kedai serbaneka dan peruncit terkemuka di seluruh negara. Layari www.cendolah.com untuk mendapatkan maklumat lanjut.


IKUTI CENDOLAH DI FACEBOOK | INSTAGRAM


CENDOLAH MINUMAN CENDOL READY-TO-DRINK PERTAMA DI MALAYSIA!




#CENDOLAH #ACARA #PRODUK

0 Comments