BUFET RAMADAN 2021 NEW WORLD PETALING JAYA HOTEL

BUFET RAMADAN 2021 NEW WORLD PETALING JAYA HOTEL



Bufet Ramadan 2021 New World Petaling Jaya Hotel | 
Bulan Ramadan bakal kembali lagi menjengah kalendar 2021. Pastinya seluruh umat Islam cukup teruja untuk menyambut bulan mulia ini kerana selain amalan berpuasa dari terbit fajar sehingga terbenam mentari sepanjang bulan Ramadan, ganjaran pahala berganda menanti untuk setiap amalan kebaikan. Antara momen pada saya cukup istimewa adalah saat berbuka puasa. Nikmat menikmati juadah berbuka puasa setelah seharian menahan lapar dan dahaga sukar dinyatakan dengan kata-kata. Bicara tentang juadah berbuka puasa, sudah pasti ramai yang menantikan bufet Ramadan menarik untuk diterjah bukan? Disana-sini dapat dilihat kemeriahan promosi bufet Ramadan ditawarkan kepada orang ramai. Antara promosi bufet Ramadan 2021 yang menarik perhatian adalah New World Petaling Jaya Hotel.



BUFET RAMADAN 2021 NEW WORLD PETALING JAYA HOTEL

BUFET RAMADAN 2021 NEW WORLD PETALING JAYA HOTEL

BUFET RAMADAN 2021 NEW WORLD PETALING JAYA HOTEL

BUFET RAMADAN 2021 NEW WORLD PETALING JAYA HOTEL


Sebagai info, New World Petaling Jaya Hotel adalah milik WCT Holdings Berhad dan merupakan hotel pertama di Malaysia dibawah rangkaian New World Hotels & Resort. Ia terletak bersebelahan dengan Paradigm Mall Petaling Jaya.
 


Jika ada datang menaiki kenderaan sendiri, anda tidak perlu risau tentang parkir kerana hotel ini berkongsi ruang parkir dengan Paradigm Mall Petaling jadi terdapat banyak ruang parkir disini.
 



BUFET RAMADAN BERTEMAKAN SANTAPAN WARISAN


BUFET RAMADAN 2021 NEW WORLD PETALING JAYA HOTEL



Tahun ini, New World Petaling Jaya Hotel menerusi restoran Pasar Baru menawarkan bufet Ramadan bertemakan Santapan Warisan. Barisan chef yang diketuai oleh Chef Eksekutif Khalil Zakhem bakal memukau selera anda dengan variasi lebih 100 juadah berbuka puasa sepanjang Ramadan 2021 ini. Buka selera dengan juadah Kerabu Ayam, Kerabu Mangga atau Kerabu Timun dan seterusnya menu wajib cuba antaranya Sup Gear Box, Bamboo Biryani, Ayam Penyet, Nasi Kandar, Kambing Masak Merah, Kari Kepala Ikan, Tandoori Chicken, Murtabak, Bubur Lambuk, Kambing Panggang stail Timur Tengah, Nasi Kabsa dan banyak lagi.


BUFET RAMADAN 2021 NEW WORLD PETALING JAYA HOTEL

BUFET RAMADAN 2021 NEW WORLD PETALING JAYA HOTEL

BUFET RAMADAN 2021 NEW WORLD PETALING JAYA HOTEL

BUFET RAMADAN 2021 NEW WORLD PETALING JAYA HOTEL

BUFET RAMADAN 2021 NEW WORLD PETALING JAYA HOTEL

BUFET RAMADAN 2021 NEW WORLD PETALING JAYA HOTEL

BUFET RAMADAN 2021 NEW WORLD PETALING JAYA HOTEL


Tidak lengkap sajian tanpa pencuci mulut bukan? Nikmati pelbagai menu pencuci mulut seperti kuih-muih Melayu, Bubur Durian atau Air Batu Campur. Jangan lupa basahi tekak dengan minuman seperti Teh Tarik, Sirap Bandung Air Tebu atau Air Soya.



BUFET RAMADAN 2021 NEW WORLD PETALING JAYA HOTEL

BUFET RAMADAN 2021 NEW WORLD PETALING JAYA HOTEL

BUFET RAMADAN 2021 NEW WORLD PETALING JAYA HOTEL

BUFET RAMADAN 2021 NEW WORLD PETALING JAYA HOTEL



HARGA BUFET RAMADAN 2021 NEW WORLD HOTEL PETALING JAYA



Sudah pasti anda ternanti-nanti info harga bufet Ramadan yang ditawarkan oleh New World Petaling Jaya tahun ini bukan? Bufet Ramadan 2021 New World Petaling Jaya Hotel yang bertemakan Santapan Warisan akan berlangsung daripada 13 April 2021 sehingga 12 Mei 2021 bermula jam 6.30 petang – 10.30 malam dan harga adalah seperti dibawah:


  • RM148 NET UNTUK DEWASA
  • RM74 NET UNTUK KANAK-KANAK (4-11 TAHUN)
  • RM118 NET UNTUK DEWASA (TAWARAN HARGA PEMBELIAN AWAL SEHINGGA 16 APRIL 2021)


Jika anda merancang untuk mengadakan majlis berbuka puasa dalam skala besar, terdapat pakej istimewa ‘Festive Package’ pada harga RM88 net seorang.



BUFET RAMADAN 2021 NEW WORLD PETALING JAYA HOTEL

BUFET RAMADAN 2021 NEW WORLD PETALING JAYA HOTEL



Selain itu, buat anda yang lebih selesa berbuka puasa dirumah namun teringin untuk menikmati juadah daripada New World Petaling Jaya Hotel, jangan risau! Anda boleh memesan set bawa-pulang Jom Makan yang mengandungi pilihan menu menarik antaranya Sate Ayam atau Sate Daging, Kambing Dalca, Udang Sambal Berpetai, Nasi Hujan Panas, Sagu Gula Melaka. Set Bawa-Pulang Jom Makan tersedia untuk ambil-sendiri atau penghantaran ke rumah dari jam 5 petang hingga 9 malam bermula 13 April 2021 – 14 Mei 2021. Harga Set Bawa-Pulang Jom Makan berharga RM120 net untuk 2 orang.



REVIEW PERIBADI BUFET RAMADAN 2021 NEW WORLD PETALING JAYA HOTEL


BUFET RAMADAN 2021 NEW WORLD PETALING JAYA HOTEL



Komentar saya mengenai bufet Ramadan 2021 disini cukup positif. Antara menu kegemaran saya di sini adalah Sup Gear Box dan Kari Kepala Ikan yang pada saya mempunyai kualiti rasa asli terbaik. Jarang hotel menawarkan menu Sup Gear Box lazat tetapi disini, supnya seimbang dari segi rasa rempah. Selain itu anda wajib cuba Mee Kari kerana pada saya, dari tekstur kuah dan rasa cukup seimbang. Secara keseluruhan, menu Ramadan 2021 di New World Petaling Jaya Hotel cukup enak dan berbaloi untuk anda cuba.



BUFET RAMADAN 2021 NEW WORLD PETALING JAYA HOTEL

BUFET RAMADAN 2021 NEW WORLD PETALING JAYA HOTEL



Jadi, apa tunggu lagi! Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, sila hubungi 010- 2163810 / 012-3909949 atau emel ke marketing.petalingjaya@newworldhotels.com atau layari https://petalingjaya.newworldhotels.com .


IKUTI NEW WORLD PETALING JAYA HOTEL DI FACEBOOK | INSTAGRAM



LOKASI NEW WORLD PETALING JAYA HOTEL
PARADIGM, 1 JALAN SS7/26A,
KELANA JAYA,
47301 PETALING JAYA,
SELANGOR.

TELEFON: +603-7682 0000




#BUFETRAMADAN2021 #BUFETRAMADAN #HOTEL #NWPJACARES

0 Comments