Buah-buahan segar mahal? Siapa kata mahal? Kalau anda mencari buah-buahan murah dan segar, singgah sahaja di MBG Selayang Fruits Hub. Syarikat peneraju peruncitan buah-buahan ini cukup terkenal khususnya di pusat membeli-belah sekitar Lembah Klang. Saya sendiri sering membeli buah-buahan disini kerana yakin dengan kesegaran dan pada masa sama harganya cukup berpatutan.
SEJARAH MBG FRUIT SHOP
Bagi anda yang tertanya-tanya, apakah maksud MBG? MBG membawa maksud “Money Back Guarantee” dan ini menjadi kunci kejayaan utama kerana janji pulangan wang jika pelanggan tidak berpuas hati menjadi tunjang kepada kepercayaan pelanggan terhadap MBG Fruit Shop.
KELEBIHAN MEMBELI BUAH-BUAHAN DI MBG SELAYANG FRUITS HUB
Kenapa anda wajib beli buah-buahan di MBG Selayang Fruits Hub ini?
- Pusat sehenti (One-Stop Centre) untuk buah-buahan segar dimana terdapat pelbagai jenis buah-buahan import dan tempatan. Kesegaran buah-buahan disini adalah dijamin kerana stok diambil terus dari peladang dan buah-buahan import menggunakan storan dingin.
- Harga lebih murah dengan diskaun antara 20% - 50% berbanding pembelian di kedai biasa.
- Ada buah-buahan yang tidak didapati di kedai buah-buahan terdapat di MBH Selayang Fruits Hub seperti buah fiq segar, Strawberi dari Korea, Buah Naga Kuning dari Ecuador.
- Sesuai buat anda yang mahu beli buah-buahan secara pukal untuk tujuan perniagaan.
- Konsep MBG Selayang Fruits Hub seperti IKEA untuk buah-buahan! Anda juga boleh menjadi personal shopper kepada pelanggan yang mahu mendapatkan buah-buahan segar pada harga murah.
INFORMASI MENGENAI MBG SELAYANG FRUITS HUB
Tidak sukar untuk mencari lokasi MBG Selayang Fruit Hub ini. Bangunan yang luas dan besar di tepi jalan raya utama memudahkan pencarian tempat ini. MBG Selayang Fruits Hub berkeluasan 32 ribu kaki persegi dan terbahagi kepada 4 zon iaitu:- Bahagian peruncitan (Retail Section)
- Bahagian Buah-buahan dingin (Chilled Fruits Section)
- Bahagian Gudang (Warehouse Area)
- Bahagian Jualan Secara Pukal (Wholesale/Bulk Buy)
JANA PENDAPATAN DENGAN MBG SELAYANG FRUITS HUB
Ramai yang terkesan akibat pandemik Covid-19 dimana ada yang kehilangan punca pendapatan. Atas sebab itu, pihak MBG Selayang Fruits Hub mengalu-alukan orang ramai untuk menjana pendapatan dengan berniaga buah-buahan. Anda boleh membeli secara pukal disini dan jana keuntungan sekitar 35% dari harga jualan. Kalau anda tiada modal perniagaan, jangan risau! Pihak MBG Fruits Sdn. Bhd akan bantu anda dengan memberi buah-buahan dahulu dan kemudian anda boleh membayar kembali nilai buah-buahan yang anda ambil setelah selesai jualan.Secara peribadi, saya sarankan kepada anda yang sukakan buah-buahan untuk beli terus di MBG Selayang Fruits Hub kerana anda bukan sahaja mendapat buah-buahan segar tetapi harga yang ditawarkan disini jauh lebih murah berbanding kedai lain. Malah jika anda yang berniaga berasaskan buah-buahan, ini adalah lokasi terbaik mendapatkan stok buah-buahan segar pada harga murah. Jadi apa tunggu lagi! Dapatkan buah-buahan segar dan murah di MBG Selayang Fruits Hub sekarang. Bagi anda yang ingin menjana pendapatan, rebut peluang dengan menjadi penjual buah-buahan dengan MBG Selayang Fruits Hub.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi 016- 2798 603 (Azmer) / 016- 6824 603 (Azizeh) atau layari https://www.mbg.com.my untuk maklumat lanjut.
IKUTI MBG FRUITS SHOP DI FACEBOOK | INSTAGRAM
LOKASI MBG SELAYANG FRUITS HUB
LOT 639, JALAN BATU HAMPAR,
OFF JALAN IPOH, BATU 7,
68100 SELAYANG, KUALA LUMPUR.
WAKTU OPERASI:
ISNIN - SABTU: 6 PAGI HINGGA 6 PETANG
AHAD: 7 PAGI – 1 TENGAHARI
#MBGSELAYANG #MBGSELAYANGFRUITSHUB
0 Comments