REVIEW JUJUR INDIE HOTEL KUALA LUMPUR

REVIEW JUJUR INDIE HOTEL KUALA LUMPUR


Review jujur Indie Hotel Kuala Lumpur | Sudah lama tidak berkongsi edisi #HotelHunting di blog. Sebenarnya banyak juga eksplorasi hotel sudah saya lakukan cuma pengkongsian banyak dibuat di media sosial. Jangan risau kerana kesemua pengalaman penginapan hotel ini akan saya sisipkan di blog ini. Memandangkan pergerakan masih terbatas untuk travel jadi saya ambil kesempatan untuk meneroka hotel yang terdapat di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Kiranya dapat juga mengubat kerinduan untuk berkelana. Kali ini, saya suka untuk berkongsi pengalaman menginap pada hujung minggu di Indie Hotel Kuala Lumpur. 


KENAPA INDIE HOTEL KUALA LUMPUR MENJADI PILIHAN?

REVIEW JUJUR INDIE HOTEL KUALA LUMPUR

REVIEW JUJUR INDIE HOTEL KUALA LUMPUR

Itu adalah soalan pertama yang saya terima ketika saya menginap disini. Semua sedia maklum tujuan edisi #HotelHunting dilakukan adalah untuk berkongsi pengalaman peribadi mengenai hotel yang saya pernah inapi. Kalau nak dihitung, memang banyak hotel berada dalam senarai menunggu. Namun saya memilih Indie Hotel Kuala Lumpur kerana dua sebab utama! Pertamanya adalah hotel ini boleh saya katakan hotel baru walaupun ia sudah dibuka secara rasmi pada Disember 2019. Akibat pandemik Covid-19, operasi hotel terpaksa ditutup dan kini ia dibuka semula pada Januari 2020. Terus-terang, saya lebih suka teroka hotel baru kerana serba serbi masih baru dan menjadi yang terawal menginap disini pada saya satu privilege! 

Keduanya saya memang tahu kewujudan hotel ini sejak ia mula dibuka dan sudah memasang impian untuk menginap di Indie Hotel Kuala Lumpur ini. Kebetulan harga yang ditawarkan pada waktu tempahan bilik dibuat adalah murah, jadi tanpa berfikir panjang, saya terus say YES! Saya kurang pasti samada hotel ini sudah menjalani penilaian bintang dari pihak Motac atau tidak. Barangkali belum lagi kerana masih banyak lagi kerja renovasi yang sedang giat dijalankan oleh Indie Hotel Kuala Lumpur terutamanya di bahagian roof top dan restoran utama mereka.


REVIEW JUJUR INDIE HOTEL KUALA LUMPUR

Sebagai informasi, Indie Hotel Kuala Lumpur terletak di Changkat Bukit Bintang dan mempunyai 48 buah bilik dengan 4 pilihan jenis bilik bergantung kepada kapasiti dan bajet. Dari pengamatan saya, konsep yang cuba diketengahkan adalah hotel butik dengan gabungan elemen colonial, moden dan minimalis. Ini dapat dilihat dari struktur bangunan yang masih dikekalkan bentuk asalnya dan hiasan dalaman bangunan yang cukup simple! Lihat sahaja pada ruang lobi dan kaunter utama yang sangat terhad. 


REVIEW JUJUR INDIE HOTEL KUALA LUMPUR

REVIEW JUJUR INDIE HOTEL KUALA LUMPUR

REVIEW JUJUR INDIE HOTEL KUALA LUMPUR

REVIEW JUJUR INDIE HOTEL KUALA LUMPUR

REVIEW JUJUR INDIE HOTEL KUALA LUMPUR

REVIEW JUJUR INDIE HOTEL KUALA LUMPUR

Jika dilihat dari luar bangunan, persepsi awal saya adalah hotel ini tampak mewah! Permainan warna putih pada cat dan jubin pada lantai dihadapan pintu bilik dan hadapan lif memberi sedikit aura retro disini. 


PILIHAN BILIK DI INDIE HOTEL KUALA LUMPUR

REVIEW JUJUR INDIE HOTEL KUALA LUMPUR

REVIEW JUJUR INDIE HOTEL KUALA LUMPUR

REVIEW JUJUR INDIE HOTEL KUALA LUMPUR

REVIEW JUJUR INDIE HOTEL KUALA LUMPUR

REVIEW JUJUR INDIE HOTEL KUALA LUMPUR

REVIEW JUJUR INDIE HOTEL KUALA LUMPUR

REVIEW JUJUR INDIE HOTEL KUALA LUMPUR

REVIEW JUJUR INDIE HOTEL KUALA LUMPUR

REVIEW JUJUR INDIE HOTEL KUALA LUMPUR

REVIEW JUJUR INDIE HOTEL KUALA LUMPUR

Seperti yang saya jelaskan di awal tadi, terdapat 4 pilhan jenis bilik bergantung kepada kapasiti dan bajet anda. Bermula dengan Small Room (20sqm) dengan katik jenis Queen, Medium Room (25sqm) dengan 2 katil single, Large Room (30 sqm) dengan katil Super King dan Extra Large Room (35sqm) dengan 1 katil Super King & 1 katil Queen). Setiap bilik disediakan kemudahan seperti Wi-Fi, peti ais, seterika, cerek, peti simpanan keselamatan, meja kerja dan tingkap. Saya memilih untuk menginap di bilik jenis Extra Large Room dan kebetulan saya diberikan bilik menghadap taman kecil dan Menara Kuala Lumpur. 

 

FASILITI DI INDIE HOTEL KUALA LUMPUR

Hotel baru dan masih dalam proses melengkapkan fasiliti seperti restoran The Five yang masih dalam status pengubahsuaian dan roof top di tingkat 6 yang masih kosong. Indie Hotel Kuala Lumpur mempunyai ruang parkir terbuka dengan kawalan pengawal keselamatan namun ianya agak terhad.


REVIEW JUJUR INDIE HOTEL KUALA LUMPUR

REVIEW JUJUR INDIE HOTEL KUALA LUMPUR

REVIEW JUJUR INDIE HOTEL KUALA LUMPUR


REVIEW JUJUR TENTANG INDIE HOTEL KUALA LUMPUR


REVIEW JUJUR INDIE HOTEL KUALA LUMPUR

Satu perkara yang saya suka bila menginap di hotel baru adalah saya tidak meletakkan high expectation. Secara jujur, saya juga bukanlah seorang yang demanding bila menginap disesebuah hotel, malah walau ia hotel bermewah sekalipun. Ini kerana saya lebih suka melihat dan merasai pengalaman secara semulajadi. Begitu juga dengan Indie Hotel Kuala Lumpur ini dimana saya mahu lihat dan rasa sendiri proses menginap dari awal hingga akhir samada hotel ini benar-benar ‘ikhlas’ mahu memberi pengalaman penginapan terbaik kepada para tetamu.

Dari proses daftar masuk, first impression saya cukup positif. Layanan sangat mesra oleh staff bertugas harus diberi pujian. Tidak lekang memberi senyuman dan sentiasa menjawab persoalan saya. Begitu juga ketika saya mahu memesan paket teh dan kopi tambahan, staff yang menjaga kaunter di lobi gigih menghantar pesanan saya terus ke bilik. Saya kurang pasti samada staff di bahagian housekeeping tidak bekerja diwaktu malam atau tidak.

Melangkah masuk ke ruang bilik, saya teruja kerana bilik jenis Extra Large Room cukup luas. Katil dan bantal memang tidak dapat dinafikan cukup empuk dan selesa. Hiasan dalaman bilik moden dan minimalis, juga saya suka kerana kemas dan tidak sarat. Bila waktu pagi pula, kedengaran bunyi kicauan burung dari luar seolah-olah saya berada di kawasan luar bandar. Nasib baik tak ada reban ayam, kalau ada pasti teringat kampung halaman, Satu perkara yang menarik suka saya nak kongsi adalah Indie Hotel Kuala Lumpur adalah hotel pertama yang saya inapi menyediakan bukan sahaja teh dan kopi tetapi juga Milo dalam bentuk paket. 

Jika anda mencari hotel untuk sekadar tidur dan mencari ruang privasi, lari seketika dari rumah, mahukan ketenangan, mahukan vibes hotel mewah pada harga mampu milik, Indie Hotel Kuala Lumpur adalah pilihan sesuai. Bilik selesa, privasi, tilam dan bantal empuk. Namun jika anda mencari hotel dengan fasiliti lengkap seperti kolam renang atau restoran, hotel ini bukan untuk anda. Kalau anda lapar, samada anda boleh berjalan kaki sedikit ke kawasan Changkat Bukit Bintang kerana disitu terdapat pelbagai pilihan restoran dan bar. Jika malas berjalan, pesan saya dengan Foodpanda atau GrabFood.

Layari https://indiehotels.com.my untuk informasi lanjut mengenai Indie Hotel Kuala Lumpur. 

Jangan lupa ikuti mereka di FACEBOOK | INSTAGRAM .



INDIE HOTEL KUALA LUMPUR

9, JALAN CEYLON, BUKIT CEYLON, 

50200, KUALA LUMPUR.

TELEFON: 03-2070 9000

EMEL: reservations@indiehotels.com.my


#HOTELHUNTING #INDIEHOTELKL #INDIEHOTELKUALALUMPUR

0 Comments