World Trade Centre Kuala Lumpur (dahulunya dikenali sebagai Putra World Trade Centre atau Pusat Dagangan Dunia Putra) merupakan sebuah pusat konvensyen dan ruang acara yang cukup terkemuka di Malaysia. Ia seringkali menjadi pilihan lokasi mengadakan acara bagi orang perseorangan mahupun syarikat dan agensi kerajaan dan swasta.
Untuk datang ke World Trade Centre Kuala Lumpur ini, anda boleh memilih sama ada untuk menaiki kereta sendiri, menggunakan perkhidmatan LRT dan turun di stesen PWTC atau menggunakan perkhidmata pandu-seru (e-hailing) dan pastikan anda pilih Pintu Utama (Main Entrance) sebagai lokasi drop-off anda.
BUFET RAMADAN 2021 BERTEMAKAN SEMARAK RASA RAMADAN
Sebanyak 200 jenis juadah berbuka puasa akan disajikan sepanjang bufet Ramadan di World Trade Centre Kuala Lumpur bagi tahun 2021 ini. Ini pastinya sesuatu yang menarik kerana ia memberi banyak pilihan kepada pengunjung untuk menikmati menu kegemaran mereka. Pasukan chef WTCKL yang diketuai oleh Chef Eksekutif, Suzaini Mohamed Salih akan membawakan variasi menu masakan kampung antaranya Ikan Kerisi Goreng Sambal Hijau, Kambing Rendang Minang, Daging Gulai Kawah, Ikan Patin Masak Tempoyak Daun Kesom, Sotong Masak Kari dengan Nenas dan banyak lagi. Setiap minggu, menu akan ditukar agar pengunjung tidak merasa bosan dengan menu sama.
Pelbagai gerai akan dibuka kepada pengunjung antaranya gerai variasi Asam Pedas, aneka sup, pelbagai jenis Masak Lemak Cili Padi termasuk siput sedut! Jangan risau kerana bahagian Kambing Panggang/Golek akan dibuka dan kali ini anda boleh merasai Kambing Goreng Berempah juga!
Tahun ini cukup istimewa kerana World Trade Centre Kuala Lumpur menjalinkan kerjasama dengan chef terkenal Malaysia, Chef Anis Nabilah dimana beliau akan berkongsi resipi air tangannya menerusi demonstrasi live-cooking antaranya Murtabak Lasagna, Laksa Goreng dan Rendang Rusuk Lembu yang bakal menjadi tarikan utama bufet Ramadan tahun ini.
HARGA BUFET RAMADAN 2021 WORLD TRADE CENTRE KUALA LUMPUR (WTCKL)
Semua sudah tahu mengenai seleksi juadah dan hidangan yang bakal ditawarkan oleh World Trade Centre Kuala Lumpur jadi sampai masa untuk kita ketahui harga bufet Ramadan disini. Dibawah ini disertakan senarai harga bufet Ramadan 2021 di World Trade Centre Kuala Lumpur yang akan berlangsung di Aras 2, Ruang Legar Putra bermula 15 April 2021 sehingga 10 Mei 2021 dari jam 6.00 petang – 10 malam.
- RM 80 NET UNTUK DEWASA
- RM 45 NET UNTUK KANAK-KANAK (7 – 12 TAHUN) & WARGA EMAS (60 TAHUN KE ATAS)
- RM 70 NET UNTUK DEWASA BAGI PEMBELIAN AWAL SEBELUM 15 APRIL 2021
REVIEW PERIBADI BUFET RAMADAN 2021 WORLD TRADE CENTRE KUALA LUMPUR (WTCKL)
Secara jujur, bufet Ramadan 2021 World Trade Centre Kuala Lumpur adalah antara bufet Ramadan yang wajib anda kunjungi pada tahun ini. Pertamanya adalah ia bukan sahaja menawarkan 200 hidangan masakan citarasa kampung, tetapi boleh saya katakan semua menu disini mempunyai kualiti rasa asli terbaik. Saya sudah mencuba hampir kesemua menu disini dan tiada apa yang boleh katakan selain sedap, sedap dan sedap. Terus teringat masakan ibu tercinta di kampung. Saya suka Nasi Briyani Kambing dan Kari Kepala Ikan Tenggiri yang cukup rasa. Tidak lupa juga pilihan kuih-muih Melayu yang cukup rasa manis, lemak. Minuman kegemaran saya Teh Tarik dan Nescafe Tarik adalah minuman wajib sedap di waktu Ramadan dan disini, ia berjaya memenuhi selera saya. Menu lain yang saya sarankan anda cuba adalah Asam Pedas dan Masak Lemak Cili Padi. Terangkat dan padu!
Para pengunjung boleh menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih secara berjemaah bersama Imam di Surau Ar-Rahman yang terletak di Aras 3 WTCKL. Segala kelengkapan solat seperti telekung dan sejadah disediakan buat anda.
Untuk sebarang tempahan atau pembelian baucar bufet Ramadan Semarak Rasa Ramadan World Trade Centre Kuala Lumpur, anda boleh datang terus ke kaunter tempahan di Aras 2 Restoran Riverside yang akan dibuka dari jam 9 pagi hingga 5 petang atau boleh hubungi talian 03-2614 6701/6702 atau mesej ke 019-267 8960. Selain itu, anda juga boleh membeli baucar bufet Ramadan di platform dalam talian seperti Fave, PrestoMall, Shopee, Lazada dan kedai atas talian Riverside Café & Restaurant.
Bagi anda yang mahu mengadakan majlis berbuka dalam skala besar, pihak World Trade Centre Kuala Lumpur turut menawarkan pakej berbuka puasa persendirian dan korporat pada harga bermula dari RM 120 seorang untuk minimum 100 orang ke atas. Pakej ini merangkumi hidangan bufet, dewan khas, sistem audio, penyediaan ruang solat khas dan kadar tetap parkir bernilai RM 5 bermula dari jam 6 petang. Layari https://worldtradecentrekl.com.my untuk informasi lanjut.
IKUTI MEREKA DI FACEBOOK | INSTAGRAM
#BUFETRAMADAN2021 #BUFETRAMADAN #FOOD #HOTEL

LOKASI WORLD TRADE CENTRE KUALA LUMPUR
41, JALAN TUN ISMAIL, CHOW KIT,
50480 KUALA LUMPUR.
#BUFETRAMADAN2021 #BUFETRAMADAN #FOOD #HOTEL
0 Comments