Mungkin nama kafe Thyme Out by Equatorial agak asing bagi anda. Walaupun ia masih baru, tetapi anda pasti teruja kerana kafe ini dibawah syarikat sama yang menguruskan hotel EQ Kuala Lumpur. Jadi sudah tentu kualiti rasa seperti hotel lima bintang menjadi keutamaan kafe ini. Untuk datang ke Thyme Out by Equatorial yang terletak di aras lobi Bangunan AICB Centre of Excellence ini, anda boleh memilih sama ada untuk menaiki kereta sendiri, menaiki perkhidmatan pandu-seru (e-hailing) atau menggunakan komuter dan turun di stesen Komuter Bank Negara yang berjarak beberapa langkah sahaja.
BUFET RAMADAN 2021 ANGKAT TEMA SELERA IBUNDA
Ini merupakan penganjuran bufet Ramadan kali pertama Thyme Out by Equatorial. Walaupun masih baru, namun anda yang terkejut jika saya katakan seleksi menu yang ditawarkan mampu menandingi hotel-hotel hebat di luar sana. Seperti yang saya katakan di awal tadi, kafe ini diuruskan oleh syarikat yang sama yang mengendalikan EQ Kuala Lumpur. Malah Ketua Chef, Chef Juzaili mempunyai pengalaman lebih 22 tahun dalam bidang kulinari dan perhotelan.
Bufet Ramadan 2021 Thyme Out by Equatorial yang bertemakan Selera Ibunda menawarkan lebih daripada 100 juadah berbuka puasa akan disajikan kepada para pengunjung. Antara yang menarik perhatian adalah Sup Gear Box, Daging Tetel Gulai Kawah, Kambing Masak Hitam, Kambing Golek, Nasi Briyani, Daging Salai Masak Lemak, Udang Galah Asam Lemak, Kari Kepala Ikan dan banyak lagi menu tradisi yang pasti mengingatkan kita kepada masakan ibunda tercinta di kampung.
Bukan itu sahaja! Anda juga tidak harus lepaskan peluang menikmati menu lain yang tidak kurang hebatnya seperti Sate Ayam & Daging, Roti John, Roti Canai, Murtabak Ayam & Daging, aneka sup, aneka bubur, kuih muih dan pencuci mulut menarik, ulam-ulaman dan variasi kerabu. Tidak lengkap buka puasa jika tidak basahkan tekak dengan minuman seperti Teh Tarik dan Nescafe Tarik.
HARGA BUFET RAMADAN 2021 THYME OUT BY EQUATORIAL
Sudah pasti harga menjadi carian penting bagi anda yang sukakan bufet Ramadan bukan? Dibawah ini disertakan senarai harga bufet Ramadan 2021 di Thyme Out by Equatorial yang akan berlangsung bermula 14 April 2021 sehingga 9 Mei 2021 dari jam 6.30 petang – 10 malam .
- RM 115 NET UNTUK DEWASA
- RM 57 NET UNTUK KANAK-KANAK (6 – 12 TAHUN)
- RM 98 NET UNTUK DEWASA BAGI PEMBELIAN AWAL DARI 31 MAC-12 APRIL 2021
REVIEW PERIBADI BUFET RAMADAN 2021 THYME OUT BY EQUATORIAL
Secara peribadi, saya tidak pernah mendengar nama kafe ini sehingga mendapat undangan ke majlis prebiu anjuran Thyme Out by Equatorial ini. Namun saya cukup teruja dengan seleksi sajian yang ditawarkan bukan biasa-biasa. Hampir kesemua menu bufet Ramadan di sini bercirikan sajian asli Melayu.
Setelah merasai hampir kesemua menu, saya tertanya-tanya siapakah chef disebalik penyediaan sajian-sajian ini. Rupanya beliau adalah Chef Juzaili yang pernah saya ketemu sebelum ini di sebuah hotel ketika acara prebiu Ramadan di salah sebuah hotel terkemuka dan ketika itu beliau berkhidmat di sana. Patutlah sajian enak dan kena dengan tema kerana jujur saya katakan Chef Juzaili memang pakar dalam menyediakan menu masakan tradisi Melayu. Barangkali pengalaman selama 22 tahun dalam bidang kulinari ini menjadikan air tangan beliau cukup magis! Saya sendiri apabila mengetahui Chef Juzaili yang menjadi ketua chef di Thyme Out by Equatorial, saya yakin dengan kemahiran beliau dalam sajian masakan tradisi Melayu. Sambil menjamu selera, anda juga aka dihiburkan dengan seleksi lagu secara langsung.

Jika anda berminat, anda boleh hubungi 03-26024200 atau Whatapp ke 010-4292776 atau emel ke thymeout@stfresourcers.com untuk tempahan. Mereka juga menawarkan menu bawa-pulang dan perkhidmatan penghantaran sepanjang Ramadan menerusi aplikasi https://www.degoapp.com . Jangan risau tentang solat kerana disini tersedia surau untuk anda solat Maghrib, Isyak dan Tarawih. Jika anda mahu menganjurkan majlis berbuka puasa dalam skala besar, anda boleh berhubung dengan pihak Thyme Out by Equatorial untuk maklumat lanjut.
IKUTI MEREKA DI FACEBOOK | INSTAGRAM
LOKASI THYME OUT BY EQUATORIAL
GROUND FLOOR, BANGUNAN AICB,
NO. 10, JALAN DATO ONN,
50480 KUALA LUMPUR.
#BUFETRAMADAN2021 #BUFETRAMADAN #FOOD #HOTEL
0 Comments