KLIA DINOBAT ANTARA 10 LAPANGAN TERBANG TERBAIK DI DUNIA!

KLIA DINOBAT ANTARA 10 LAPANGAN TERBANG TERBAIK DI DUNIA!


Sebagai rakyat Malaysia, sudah tentu berita ini sesuatu yang membanggakan! Bukan mudah untuk meletakkan nama negara dalam senarai terbaik dunia, namun Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang telah dibuka secara rasmi pada 27 Jun 1998 ini berjaya menjadikan ia nyata malah ini juga bukti Malaysia juga mampu memberi yang terbaik kepada dunia. Kejayaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dinobatkan sebagai antara 10 lapangan terbang terbaik dunia adalah hasil kaji selidik Kualiti Perkhidmatan Lapangan Terbang (ASQ) dan pengiktirafan ini telah diberikan oleh Majlis Lapangan Terbang Antarabangsa (ACI) bagi kategori melebihi 40 juta penumpang tahunan (mpaa) tahun 2020. 


Berita gembira kejayaan KLIA ini juga merupakan berkat sokongan dan usaha berterusan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dalam melaksanakan pelbagai inisiatif penambahbaikan meskipun banyak perniagaan masih terjejas berdepan akibat pandemik COVID-19.


KLIA DINOBAT ANTARA 10 LAPANGAN TERBANG TERBAIK DI DUNIA!


MAHB menjelaskan walaupun trafik penumpang kekal rendah disebabkan sekatan berterusan perjalanan domestik dan antarabangsa dengan hanya 1.6 juta penumpang direkodkan pada Februari, syarikat pengendali lapangan terbang ini terus melaksanakan pelbagai projek penting seperti pengubahsuaian bilik air, pembentukan pasukan kecemerlangan operasi bagi mengenalpasti dan membentuk inisiatif serta pengenalan kepada Exceptional People Practice Playbook, garis panduan manual dwibahasa khusus untuk petugas barisan hadapan berinteraksi dengan pelanggan.


Sebagai info, program Kualiti Perkhidmatan Lapangan Terbang (ASQ) merupakan peneraju dalam menanda aras lapangan terbang terbaik dunia menerusi aspek kepuasan keseluruhan penumpang tatkala mereka menggunakan sesebuah lapangan terbang tersebut.


Hasil inisiatif oleh MAHB menyaksikan KLIA meningkatkan skornya dengan ketara dan mencapai skor tahunan 4.98 berbanding 5.00 pada 2020. Tahun lalu, KLIA berada pada kedudukan ke-17 dengan skor 4.76.


KLIA DINOBAT ANTARA 10 LAPANGAN TERBANG TERBAIK DI DUNIA!



Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAHB, Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh, berkata sebagai pengendali lapangan terbang global, MAHB didorong oleh keyakinan dan kepuasan penumpang terhadap kemudahan serta perkhidmatannya. Malah pada tahun ini, penumpang boleh menikmati perjalanan lebih baik termasuk tempoh menunggu lebih pendek dan teknologi pengecaman wajah yang menjadi sebahagian daripada transformasi digital Airports 4.0. Beliau turut berkata MAHB optimis terhadap daya tahan permintaan perjalanan udara. Peningkatan kepada permintaan yang lebih kukuh dapat disaksikan apabila beberapa sekatan perjalanan ditarik semula dan pastinya pihak beliau akan terus memperkemas sebarang penawaran. Malah dengan perkembangan positif kepada industri penerbangan serta peka kepada pemintaan penumpang, ia dapat membantu pihaknya untuk terus berdaya maju dalam persaingan dengan sasaran menjadi antara lima lapangan terbang terbaik dunia pada tahun ini.



PENGALAMAN PERIBADI BERADA DI KLIA

KLIA DINOBAT ANTARA 10 LAPANGAN TERBANG TERBAIK DI DUNIA!
MEMORI SEWAKTU MENUNGGU PENERBANGAN KE TOKYO DI KLIA


Secara jujur, saya memang teruja setiap kali melangkah masuk ke ruang KLIA ini. Bayangkan seperti masuk dalam mahligai mewah, itulah perasaan yang saya rasai acap kali berada di sini. Dari senibina, kebersihan, variasi premis perniagaan, membuatkan KLIA seronok untuk dikunjungi. Malah saya selalu menjadikan KLIA sebagai lokasi membeli-belah dan tempat lepak bersama rakan-rakan walaupun tidak menaiki kapal terbang. Senang kata, KLIA ini adalah altenatif jika saya bosan dengan pusat membeli-belah di Lembah Klang. Terima kasih juga kepada jaringan pengangkutan ke KLIA yang cukup efisen dimana jika anda malas memandu, anda boleh pilih samada mahu menaiki KLIA Ekpress atau bas dari KL Sentral. Harapan saya dan kita semua agar pandemik ini segera berakhir dan kita semua dapat kembali meneroka dunia. Amin! Kepada KLIA, sekalung tahniah dan terus kekal memberi perkhidmatan bertaraf dunia. Layari https://airports.malaysiaairports.com.my untuk mendapatkan sebarang info terkini mengenai KLIA.



#TRAVEL #BERITA #INFORMASI #KLIA #CUTICUTIMALAYSIA

0 Comments