Apa-apa pun, sila muat turun aplikasi Bateriku.com di telefon pintar anda kerana ia tersedia untuk kedua-dua pengguna Android dan juga iPhone. Setelah itu, daftar akaun dengan mengisi beberapa butiran diri dan siap! Anda boleh terus guna aplikasi Bateriku.com ini.
Untuk memanggil wakil Bateriku.com datang ke tempat anda, sila pergi ke bahagian Menu dan pilih Book Your Battery. Seterusnya, tetapkan lokasi penghantaran, model kereta dan secara automatik aplikasi Bateriku.com akan membuat cadangan bateri kereta yang sesuai dengan model kereta anda. Menariknya, setiap bateri mempunyai jaminan selama 18 bulan. Anda juga boleh membuat tetapan sama mahu trade in bateri lama atau tidak jika anda memilih ya, diskaun akan diberikan untuk bateri baru anda. Anda boleh tetapkan masa untuk pihak Bateriku.com datang ke tempat anda dan pada masa sama anda boleh jejak lokasi Bateriku.com Mobile Technician (Motec) atau Bateriku Hero ini berada sepanjang ia menuju ke tempat anda untuk car battery delivery. Senang dan mudah bukan!
Berbalik kepada cerita saya pasal car battery ini. Setelah saya memuat turun aplikasi Bateriku.com dan daftar akaun, saya terus pilih lokasi dan jenis kereta Proton Exora dan aplikasi ini terus memberi senarai jenis bateri untuk dipilih. Saya memilih bateri jenis PLATIN kerana bateri ini paling murah dan ada jaminan selama 18 bulan. Menariknya, selepas status tempahan berjaya (booking successful) tak sampai 30 minit kemudian pihak Bateriku.com sampai. Tanpa buang masa Bateriku Hero ini terus memeriksa kondisi bateri kereta saya. Sambil-sambil sempat juga saya berbual dan bertanya soalan, dan ternyata Bateriku Hero bernama Encik Mohd Azmi cukup peramah dan mahir dalam berkongsi ilmu mengenai kereta. Jelas Bateriku Hero, beliau akan periksa dahulu sama ada bateri kereta betul-betul bermasalah atau tidak dan jika tidak, tiada sebarang caj akan dikenakan. Tiada paksaan juga untuk menukar bateri kereta jika bateri sedia ada masih dalam keadaan elok. Saya tergamam seketika! Serius ke ni? Bagus betul servis Bateriku.com kalau begini. Selesai periksa menggunakan alat khas, beliau dapati kondisi bateri masih dalam keadaan baik dan masalah cuma palam (plug) bateri kereta yang longgar sahaja. Akhirnya kereta saya boleh dihidupkan semula! Terima kasih Bateriku Hero!
Selesai semua, sempat lagi saya berbual dengan Bateriku Hero, biasalah orang berbudi kita berbahasa! Katanya kerjaya sebagai Bateriku Hero ini adalah sekadar kerja separuh masa (part time) sahaja dan beliau mempunyai kerjaya utama sebagai pegawai pemasaran di salah sebuah syarikat swasta. Namun disebabkan pandemik ini, gaji beliau terpaksa dipotong dan Alhamdulillah, dengan menjadi Bateriku Hero ini dapatlah beliau menjana pendapatan tambahan. Menarik bukan!
ULASAN PERIBADI MENGENAI BATERIKU.COM
Saya juga baru tahu yang Bateriku.com ada menawarkan program Bateriku Hero dimana saya diberitahu program ini telah membantu lebih 500 orang rider menjana pendapatan tambahan dan menariknya sejak 2016, Bateriku.com telah membayar komisen lebih RM 8 juta kepada Bateriku Hero. Sebagai info, program Bateriku Hero memberikan komisen sebanyak RM 35 untuk setiap pemasangan bateri. Selain itu, pihak Bateriku.com akan merekrut, memberi latihan dan tunjuk ajar yang akan diselia oleh pasukan kelas A kepada Bateriku Hero. Malah peralatan melakukan kerja juga turut disediakan oleh Bateriku.com kepada Bateriku Hero.
Jadi kepada anda yang mahu mencari pendapatan tambahan, saya cukup sarankan anda mendaftar sebagai Bateriku Hero kerana masa kerja yang fleksibel, tidak membebankan dan sudah pasti dapat mencari duit lebih. Bagi anda yang ada masalah bateri kereta, sekarang anda tidak perlu risau kerana Bateriku.com kan ada! Jangan lupa untuk layari dan muat turun aplikasi BATERIKU.COM dan kalau anda nak cuba menjadi Bateriku Hero, boleh terus hubungi mereka! Layari untuk info lanjut.
IKUTI BATERIKU.COM DI FACEBOOK | INSTAGRAM
#BATERIKU #BATERIKONG #TERIMAKASIHBATERIKU
2 Comments
Bateriku.com terbaik!
ReplyDeleteSaya pernah guna servis Bateriku.com memang berbaloi!
ReplyDelete