Kebetulan pula saya terjumpa filem romantik komedi menarik di Netflix iaitu The Kissing Booth dan sekuelnya, terus capai laptop dan menaip bingkisan ini. Menarik filem ini kerana ia memberi saya ruang untuk memahami definisi perhubungan. Bagaimana seorang gadis bernama Elle Evans mengharungi kehidupan bersama ayah dan adik lelaki (ibunya sudah meninggal dunia) dan keakraban sejak kecil bersama sahabat baik berlainan jantina dan kemudiannya gadis ini jatuh cinta dengan abang sahabat baiknya sendiri. Variasi perasaan dirangkum dalam satu filem menjadikan filem ini penuh warna pada hemat saya.
Antara babak dalam sekuel filem ini (The Kissing Booth 2) yang menarik perhatian saya adalah momen apabila Elle Evans menghadiri temuduga untuk kemasukan ke universiti dimana beliau perlu menyiapkan esei sebagai tiket melamngkah masuk menjadi mahasiswi. Tajuk esei beliau adalah What Do You Want To Be In 5 Years? Kenapa pula menarik pada saya? Perkara inilah yang saya sering fikirkan sejak kebelakangan ini.
Bakal menganjak ke umur 40 tahun hadapan, sudah pasti saya mahukan pencapaian dalam hidup pada usia ini. Kadangkala timbul perasaan cemburu melihat rakan-rakan sebaya yang berjaya mengecapi kejayaan baik dari segi karier dan juga kehidupan peribadi. Saya? Masih lagi berusaha mencapai impian dan harapan dalam hidup. Sejujurnya saya bersyukur dengan apa yang saya miliki sekarang. Walaupun saya mula sedar dari lalai agak lewat (lewat 20-an) tetapi saya gembira kerana kerana sepanjang 10 tahun saya berusaha keras membina kehidupan selesa menampakkan hasil. Namakan saja apa yang tak pernah saya cuba dalam hidup! Menyanyi, berlakon didalam muzik video Anuar Zain, kerja sebagai waiter, pengurus kedai aiskrim, menjual kek buatan sendiri, jadi model iklan adalah antara kerjaya yang pernah saya buat menjadikan saya lebih menghargai kehidupan saya.
Walaupun kini punya kerjaya yang stabil, sudah membeli rumah pertama yang bakal siap InsyaAllah hujung tahun depan, dapat travel ke banyak negara namun ia belum menjadikan saya puas! Ya benar, manusia memang tidak pernah puas bukan? Satu malam saya terfikir dimana saya dalam tempoh 5 tahun lagi? Adakah apa yang saya ada sekarang sudah cukup untuk membawa saya sehingga ke usia tua?
Baru-baru ini saya terlihat video penyanyi Indonesia, Maudy Ayunda di Youtube dan saya cukup kagum dengan pencapaian beliau yang bukan saja menjadi selebriti terkenal Indonesia, malah beliau juga merupakan seorang graduan dari university Oxford dan kini menyambung pengajian di universiti Harvard. Pandai, cantik, popular, pada saya beliau mempunyai pakej lengkap dan kejayaan yang dikecapi beliau pada usia muda betul-betul buat saya cemburu!

Terus terfikir yang dahulu saya pernah bercadang untuk mengambil kursus Bahasa Inggeris di British Council dengan harapan saya dapat memahirkan diri dengan bahasa antarabangsa ini. Manalah tahu, dengan kemahiran dalam bahasa Inggeris dapat membawa saya ke aras yang lebih tinggi. Kemudian terfikir jika dapat peluang menyambung pelajaran di United Kingdom pasti menarik bukan? Mungkin anda akan kata pada usia saya sekarang dikira sudah lewat namun pada saya menjadi ilmu itu tiada batasan usia bukan? Sedangkan ada sahaja yang berjaya menggenggam ijazah pada usia lewat. Semoga cita-cita termakbul, Amin!
Apa yang pasti, saya perlu serius merencana kehidupan untuk masa depan yang cerah untuk saya dan keluarga. Saya mahu menggembirakan ibu saya dan memastikan beliau sentiasa hidup selesa dan saya mampu untuk memberi apa sahaja untuk beliau. Semoga Yang Maha Esa mempermudahkan urusan saya. Amin.
Kepada anda diluar sana, tidak salah untuk berangan dan jangan takut untuk memasang impian kerana ianya percuma dan percayalah angan-angan ini boleh menjadi realiti jika kita tanam azam dan berusaha untuk mencapainya serta sering berdoa kepada Tuhan.
LOVE, REEF OMAR
#CURAHANHATI
0 Comments