Wyndham Acmar Klang Buat Servis Bawa Pulang Dan Penghantaran Ke Tempat Anda! Industri perhotelan adalah antara yang terkesan teruk impak Covid-19. Mahu atau tidak, industri ini harus kreatif untuk terus bernafas dalam perniagaan. Antara fokus utama hotel kini adalah menawarkan seleksi menu menarik dengan servis penghantaran dan bawa pulang kepada anda. Jika anda berada berhampiran Klang, anda patut meninjau promosi menarik yang di tawarkan oleh hotel Wyndham Acmar Klang.
Tahukah anda bahawa Wyndham Acmar Klang adalah hotel bertaraf 5 bintang dan ini menjadikan hotel ini paling mewah di Klang Selangor. Jadi sudah pasti ia menawarkan sajian dengan kualiti terbaik kepada anda. Saya tahu ada ketika berada di rumah kerana pembatasan pergerakan menjadikan kita bosan dengan masakan di rumah. Jadi tidak salah sesekali memesan makanan dari luar untuk tukar selera. Tak tahu nak pesan apa di Wyndham Acmar Klang? Saya bantu anda memilih hidangan menarik yang sempat saya cuba tempoh hari.
MENU A LA CARTE UNTUK BAWA PULANG DAN PENGHANTARAN KE RUMAH
Menerusi restoran T Café, Wyndham Acmar Klang menawarkan variasi menu ala carte untuk memenuhi selera anda. Memandangkan ketika pesanan dibuat untuk makan tengahari, jadi antara menu yang saya pesan di Wyndham Acmar Klang adalah Healthy Salad sebagai pembuka selera, Chicken Chop dan T Café Burger (ayam) sebagai menu utama, Spaghetti Bolognese untuk seleksi pasta dan Assorted Fresh Fruit Platter untuk pencuci mulut.
HEALTHY SALAD RM22 NET |
CHICKEN CHOP RM32 NET |
T CAFE BURGER RM26 NET |
SPAGHETTI BOLOGNESE RM28 NET |
ASSORTED FRUIT PLATTER RM15 NET |
REVIEW JUJUR SAJIAN DARI WYNDHAM ACMAR KLANG
Pertama kali mencuba sajian dari hotel mewah di Klang ini, saya cukup teruja. Perancangan untuk menginap di hotel ini sudah lama dibuat namun masih belum punya kesempatan jadi sebagai ganti, saya memesan dan mencuba sendiri sajian yang ditawarkan oleh hotel ini. Secara keseluruhannya, semua menu yang saya pesan sedap dan menepati selera saya. T Café Burger mempunyai daging patty yang cukup lembut. Begitu juga Spaghetti Bolognese yang mempunyai kualiti rasa makanan barat sebenar. Puas hati? Sudah semestinya! Akan datang saya mahu mencuba menu lokal seperti Mee Goreng dan Char Kway Teow atau Nasi Lemak pula.
Sebagai info tambahan, penghantaran PERCUMA bagi anda yang berada lingkungan 20km dari hotel manakala RM2 untuk setiap kilometer dikenakan jika penghantaran berada lebih daripada 20km dari hotel. Potongan harga sebanyak 10% diberikan jika anda memilih untuk self-pick. Waktu pesanan adalah dari jam 9pagi hingga 7 malam dan anda disarankan untuk membuat pesanan 1 jam sebelum waktu penghantaran yang anda pilih. Bagaimana untuk membuat pesanan? Whatsapp ke 012-5909851 atau hubungi +603 3311 8850 atau boleh e-mel ke tcafe@wyndhamacmarklang.com . Saya sudah mencuba menu Wyndham Acmar Klang, jadi anda bila lagi? Selamat mencuba! Layari https://www.wyndhamacmarklang.com untuk info lanjut.
0 Comments