KONSEP DAN LOKASI T.I.G CAFÉ CYBERJAYA
T.I.G Café (Tenang Is Good Café) adalah sebuah kafe berkonsepkan gabungan kopitiam dan kafe yang terletak di Glomac Cyberjaya. TIG Café menawarkan pelbagai sajian lokal yang menarik dengan harapan your body, mind and soul kenyang!
Bagaimana saya tahu kewujudan T.I.G Café Cyberjaya ini? Inilah kuasa media sosial. Ketika sedang membelek-belek Instagram untuk memesan makanan kerana mood malas masak melanda, terjumpa akaun TIG Café ini. Melihat kepada menu yang dikongsi T.I.G Café menarik minat saja kerana kesemuanya menu kegemaran saya. Jadi tidak salah untuk saya mencuba bukan?
ANTARA MENU SEDAP DI T.I.G CAFÉ CYBERJAYA
Antara menu yang saya pesan di T.I.G Café Cyberjaya adalah Set Nasi dengan Daging Salai Masak Lemak Cili Padi, Laksa Johor, Cheese Baked Rice, Fried Mantao with Butter Chicken Makhani.
LAKSA JOHOR - RM10 |
FRIED MANTAO WITH BUTTER CHICKEN MAKHANI - RM7 |
CHEESE BAKED RICE - RM14 |
SET NASI DAGING SALAI MASAK LEMAK CILI PADI - RM12 |
REVIEW MENU DI T.I.G CAFÉ CYBERJAYA
Secara jujur, saya suka dengan kualiti rasa menu di T.I.G Café Cyberjaya ini. Walaupun saya mendapat tahu T.I.G Café Cyberjaya adalah kafe baru tetapi menu yang di tawarkan cukup sedap dan lazat. Kualiti rasa memang terbaik. Antara kegemaran saya adalah Fried Mantao with Butter Chicken Makhani. Mantao cukup gebu dicicah bersama kuah butter chicken memang kombinasi padu. Daging Salai Masak Lemak Cili Padi memang padu, cukup rasa lemak, pedas dan daging yang empuk. Menu lain yang saya pesan juga sedap dan boleh dipesan! Jika punya kesempatan saya mahu terjah T.I.G Café Cyberjaya untuk merasai pengalaman makan di kafe ini pula.
Anda boleh membuat pesanan penghantaran dengan klik https://tigcafe.beepit.com atau Whatsapp ke 016-8681851. Anda juga boleh melayari https://tigcafe.business.site/ untuk mendapatkan informasi lanjut mengenai T.I.G Café Cyberjaya.
Ikuti T.I.G Café di FACEBOOK | INSTAGRAM
Ikuti T.I.G Café di FACEBOOK | INSTAGRAM
T.I.G CAFÉ CYBERJAYA (TENANG IS GOOD CAFÉ)
NO. 1, BLOCK F, JALAN GC 3,
GLOMAC CYBERJAYA,
63000 CYBERJAYA, SELANGOR
TELEFON: 03-8213 0335
#TENANGISGOODCAFE #TIG_CAFE #FOOD #REVIEW
0 Comments