MAKANAN VIETNAM HALAL DI RASA VIET THE SPHERE BANGSAR SOUTH

MAKANAN VIETNAM HALAL DI RASA VIET THE SPHERE BANGSAR SOUTH


Malaysia memang banyak sajian makanan dari seluruh dunia. Kedai makan, warung tepi jalan, restoran tumbuh bak cendawan di setiap sudut dalam peta Malaysia. Namun, dalam banyak-banyak kedai makan, saya agak sukar mencari kedai makanan Vietnam yang halal dan sedap di Kuala Lumpur dan Selangor. Kalau ada pun, samada ia tidak halal atau tidak menepati selera tekak. Makanan Vietnam seperti Pho Noodle adalah antara makanan kegemaran saya. Sejak mencuba menu ini di Ho Chi Minh sewaktu kunjungan saya ke sana beberapa tahun lepas, saya terus jatuh cinta!


RASA VIET THE SPHERE BANGSAR SOUTH YANG MUSLIM-FRIENDLY

Mana nak cari kedai makanan Vietnam halal dan sedap? Puas saya google dan bertanya rakan-rakan yang kaki foodie. Akhirnya salah seorang rakan saya memperkenalkan saya kepada Rasa Viet yang terletak di The Sphere Bangsar South. Sebagai info, The Sphere Bangsar South menawarkan pelbagai restoran dan kedai makan menarik bagi memenuhi gaya hidup masakini.


MAKANAN VIETNAM HALAL DI RASA VIET THE SPHERE BANGSAR SOUTH


Sewaktu kedatangan ke Rasa Viet The Sphere ini, saya tidak meletakkan harapan yang tinggi terhadap kualiti rasa kerana takut kecewa kalau tidak sedap. Setibanya di perkarangan restoran ini, saya terpukau dengan dekorasinya. Persis berada di Vietnam. Warna kuning mendominasi ruang dinding restoran ini memberi tarikan mata. Ruang hadapan pula sarat dengan bebunga dengan sebuah basikal tua membangkit nostalgia.


MAKANAN VIETNAM HALAL DI RASA VIET THE SPHERE BANGSAR SOUTH

MAKANAN VIETNAM HALAL DI RASA VIET THE SPHERE BANGSAR SOUTH

MAKANAN VIETNAM HALAL DI RASA VIET THE SPHERE BANGSAR SOUTH


Melangkah masuk ke ruang kedai Rasa Viet The Sphere memukau mata. Hiasan lampu di siling bermotipkan Vietnam ini betul-betul membuatkan saya seolah-olah berada di Vietnam. Markah kepada hiasan dalam dan dekorasi sudah diberi jadi masa untuk mencuba masakan disini samada ia boleh mendapat markah penuh! Rasa Viet The Sphere menawarkan seleksi menu Vietnam menggunakan bahan-bahan yang diperakui mempunyai sijil halal dan diambil dari pengedar yang juga mempunyai sijil halal. Malah penyediaan masakan disini menggunakan bahan halal. Jadi jangan risau ya!



MENU HALAL DI RASA VIET THE SPHERE

MAKANAN VIETNAM HALAL DI RASA VIET THE SPHERE BANGSAR SOUTH



Mango Salad Prawn

Pembuka selera adalah Mango Salad Prawn yang dihidang bersama keropok Udang. Memang rasanya padu. Anda juga boleh memesan Mango Salad Chicken & Duck jika mahukan sedikit kelainan. 


MAKANAN VIETNAM HALAL DI RASA VIET THE SPHERE BANGSAR SOUTH




Assorted Spring Roll Platter 

Antara makanan Vietnam popular adalah spring roll atau popiah. Memandangkan ada pelbagai jenis popiah jadi adalah lebih baik pesan platter yang mengandungi Summer Roll Tofu, Fried Roll, Fried Netted Roll Sweet Potato & Yam dan Fried Netted Roll Mayonnaise Prawn. Ia didatangkan dengan 3 jenis sos pencicah iaitu sos kacang buatan sendiri, sos cili dan dan sos ikan.

MAKANAN VIETNAM HALAL DI RASA VIET THE SPHERE BANGSAR SOUTH




Sizzling Pancake (DIY Wrap)

Menu ini adalah antara menu istimewa di Rasa Viet The Sphere dimana anda wajib pesan! Pelbagai sayuran dimakan bersama sizzling pancake stail Vietnam dan menariknya anda boleh balut sendiri pancake ini. Barulah seronok sesi makan-makan!

MAKANAN VIETNAM HALAL DI RASA VIET THE SPHERE BANGSAR SOUTH




Grilled Lemongrass Chicken

Ini antara kegemaran saya kerana isi ayam dipanggang bersama serai memang sedap dan harum baunya.

MAKANAN VIETNAM HALAL DI RASA VIET THE SPHERE BANGSAR SOUTH




Grilled Beef in Betel Leaf

Daging panggang dibalut dengan daun sirih memang lain daripada yang lain. Sedap dan dimakan pula dengan bihun Vietnam dan sos ikan memang membangkit rasa!

MAKANAN VIETNAM HALAL DI RASA VIET THE SPHERE BANGSAR SOUTH



Braised Fish in Fish Sauce

Kalau tekak nak makan nasi, menu ini cukup sesuai untuk anda. Ikan yang digunakan adalah jenis butterfish dimana ianya manis dan kenyal. 

MAKANAN VIETNAM HALAL DI RASA VIET THE SPHERE BANGSAR SOUTH




Beef Pho dan Grilled Chicken Vermicelli

Tak sah kalau pesan menu wajin iaitu Pho Noodle di Rasa Viet. Saya cuba Beef Pho dan juga Grilled Chicken Vermicelli kerana satu berkuah dan satu lagi tidak berkuah. Memang sedap dan rasa hirup kuah panas-panas. Sup menu ini direneh lebih daripada 10 jam tau. Nak lagi sedap dimakan pula bersama cuka cili dan dipping sauce memang padu rasa!

MAKANAN VIETNAM HALAL DI RASA VIET THE SPHERE BANGSAR SOUTH

MAKANAN VIETNAM HALAL DI RASA VIET THE SPHERE BANGSAR SOUTH




Drip Coffee With Milk

Tak lengkap sajian masakan Vietnam tanpa hidangan kopi istimewa Vietnam bukan! Memang padu rasa kopi nya diminum pula dengan cara tradisional memang mengggamit kenangan sewaktu di Vietnam dulu.

MAKANAN VIETNAM HALAL DI RASA VIET THE SPHERE BANGSAR SOUTH




Traditional Caramel Pudding

Pencuci mulut yang wajib anda cuba dimana rasanya cukup manis dan lemak. 

MAKANAN VIETNAM HALAL DI RASA VIET THE SPHERE BANGSAR SOUTH




Fried Jackfruit Cempedak, Coconut Ice Cream

Pencuci mulut kegemaran saya dan sesuautu yang lain daripada yang lain. Cempedak goreng dimakan bersama aiskrim kelapa memang kombinasi yang menarik. 

MAKANAN VIETNAM HALAL DI RASA VIET THE SPHERE BANGSAR SOUTH



REVIEW JUJUR TENTANG RASA VIET THE SPHERE

Secara peribadi, saya jatuh cinta dengan Rasa Viet The Sphere ini. Dari hiasan dalaman, seleksi menu, kualiti rasa, ambiance dan pekerja yang cukup ramah menyentuh hati ini.Harga pula tidak mahal! Cukup berpatutan dan berbaloi dengan apa yang Rasa Viet tawarkan kepada pelanggan. Paling penting menu yang dimasak disini hanya menggunakan bahan asli (tanpa perasa tiruan) dan dari bahan-bahan yang dijamin halal. Kualiti rasa memang cukup asli! Jadi kepada anda yang mencari restoran makanan Vietnam yang halal dan dijamin sedap di Kuala Lumpur, anda boleh mencuba Rasa Viet The Sphere Bangsar South.



MAKANAN VIETNAM HALAL DI RASA VIET THE SPHERE BANGSAR SOUTH

RASA VIET THE SPHERE BANGSAR SOUTH
UNIT NO. G-3A, LEVEL GROUND, 
THE SPHERE, 
59200 KUALA LUMPUR


TEL: 03-2242 1880


LAMAN SESAWANG RASMI

LAMAN FACEBOOK RASMI

LAMAN INSTAGRAM RASMI



#REEFISM #REEFISMTERRITORY #FOOD #RASAVIET

0 Comments