Restoran Curee (disebut Ka-Ray) ini terletak betul-betul sebelah Berjaya Times Square Hotel. Kalau anda menaiki monorel, turun saja di stesen Imbi kerana ia berjarak 5 minit berjalan kaki untuk ke Curee ini. Ruang parkir juga ada di berdekatan restoran Curee ini cuma pada hemat saya ia bergantung kepada nasib. Anda juga boleh saja parkir di dalam bangunan Berjaya Times Square kalau mahu.
Melihat kepada ruang luar restoran Curee Imbil KL ini saya cukup teruja. Dekorasi persis berada di Jepun. Cukup minimalis dengan permainan warna putih dan warna kayu mendominasi ruang. Saat melangkah masuk ke dalam ruang restoran, saya cukup teruja! Bersih, kemas dan simple design dan yang paling menarik perhatian saya adalah lampu neon di dinding. Cukup comel! Insta-Worthy? Definitely!
APA YANG MENARIK DI CUREE IMBI KL
Melihat kepada ruang luar restoran Curee Imbil KL ini saya cukup teruja. Dekorasi persis berada di Jepun. Cukup minimalis dengan permainan warna putih dan warna kayu mendominasi ruang. Saat melangkah masuk ke dalam ruang restoran, saya cukup teruja! Bersih, kemas dan simple design dan yang paling menarik perhatian saya adalah lampu neon di dinding. Cukup comel! Insta-Worthy? Definitely!
Memandangkan saya datang ke Curee Imbi KL ini dengan beberapa orang rakan, jadi kami berpeluang untuk memesan pelbagai hidangan yang dijual disini. Anda mencari sushi? Maaf, tiada disini. Curee lebih memfokuskan Japanese Curry Rice dan Hokkaido Soup Curry dengan sedikit sentuhan rasa tempatan. Walaupun restoran Curee tidak mempunyai sijil Halal tapi jangan risau kerana bahan-bahan mentah yang digunakan dalam masakan adalah dari sumber Halal dan ada yang dimport terus dari Jepun.
JENIS MAKANAN DI CUREE IMBI KL
OMU KARE RAISU |
JAPENESE CURRY WITH CHICKEN KATSU |
HOKKAIDO SOUP CURRY WITH FRIED CHICKEN DRUMSTICK |
LUPA NAMA INI TAPI ADA TEMPE DALAM ROTI |
MATCHA BURNT CHEESECAKE |
ULASAN PERIBADI
I love the ambiance and the food here! Walaupun menu disini bukanlah menu Malaysia tetapi saya masih boleh enjoy setiap kunyahan menu disini. Cuma jika anda baru dengan makanan luar, janganlah expect rasa seperti masakan menu Malaysia. Tapi kalau anda pernah makan di Jepun, then anda pasti akan suka dengan rasa menu disini. Mengimbau kenangan kembara di negara matahari terbit! Dalam banyak-banyak menu, what’s is my personal favourite? Semua menu yang dipesan sedap belaka tapi kalau kena pilih satu, saya harus katakan Fried Dark Chocolate Snickers with Vanilla Ice Cream! Kreatif sunguh kerana saya tak pernah terfikir snek Snickers boleh disalut tepung dan digoreng menjadi pencuci mulut yang sedap!
Jadi, kalau anda ada kelapangan, boleh singgah dan cuba sendiri menu di Curee yang dibuka setiap hari kecuali hari rabu. Waktu operasi anda kena semak dengan pihak Curee menerusi laman media sosial mereka kerana semua sedia maklum akan situasi dunia sekarang. Layari https://www.curee.my untuk info lanjut.
Ikuti Curee di FACEBOOK | INSTAGRAM
CUREE JALAN IMBI KL
NO.40, JALAN 1/77A, OFF JALAN IMBI,
CHANGKAT THAMBI DOLLAH,
55100 KUALA LUMPUR.
TELEFON: 0111-8887987
NO.40, JALAN 1/77A, OFF JALAN IMBI,
CHANGKAT THAMBI DOLLAH,
55100 KUALA LUMPUR.
TELEFON: 0111-8887987
#FOOD #MAKANAN #REVIEW
2 Comments
Memang wajib cuba kalau teringin nak makan menu asli Jepun lagi kan!
ReplyDeleteYes! Saya setuju! Kalau rindu Jepun, datang makan kat Curee Imbi KL.
Delete