Tapi biasanya minyak wangi datang dalam bentuk semburan dan botol yang agak besar. Jadi kalau kita yang jenis on the go sentiasa memang susah dan leceh nak bawa minyak wangi ke sana ke sini. Sebab itu munculnya Skins Fragrance Stick, haruman dalam bentuk pepejal yang mudah dicalit pada badan. Mungkin ada yang akan bertanya sejauh mana keberkesanan Skins Fragrance Stick ini untuk memberi bau wangi pada badan?
KELEBIHAN SKINS FRAGRANCE STICK
Pastinya setiap produk punya kelebihan tersendiri. Begitu juga Skins Fragrance Stick ini. Ia diperbuat dari bahan semula jadi iaitu Beeswax, Jojoba Oil dan Essential Oil yang menjadi kandungan utama dalam Skins Fragrance Oil ini. Sebagai info, Beeswax adalah (cera alba) adalah lilin semula jadi yang dihasilkan oleh lebah madu dari genus Apis. Kebiasaanya Beeswax digunakan dalam penghasilan produk kosmetik dan losyen perawatan kulit kerana kepelbagaian khasiat yang wujud padanya. Bagi Minyak jojoba (disebut ho-ho-ba) adalah cairan daripada tumbuhan jojoba. Walaupun namanya adalah minyak, ia sebenarnya adalah cairan lilin tumbuhan jojoba dan telah lama digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubati lebam dan luka-luka. Kini, ia diguna meluas dalam industri kosmetik kerana kandungan khasiat padanya antaranya adalah melembabkan kulit. Essential Oil pula adalah minyak pati yang diekstrak dari tumbuhan yang sering digunakan sebagai aromaterapi. Jadi Ia memberi bau wangi dan boleh menenangkan minda kepada sesiapa yang menghidu. Itulah kelebihan yang ada pada Skins Fragrance Stick yang berfungsi bukan sahaja sebagai pewangi badan, ia juga boleh dijadikan haruman aromaterapi dan pelembab kulit.
Menariknya lagi, Skins Fragrance Stick dibentuk menjadi seperti lip balm agar pengguna senang untuk membawa kemana-mana. Anda boleh letak di dalam poket atau beg tangan dan anda ready to go! Kerana saiz Skins Fragrance Stick yang kecil dan mudah untuk storan, jadi sudah pasti ia mesra kembara (Travel-Friendly). Ia tidak melekit, dan mudah dicuci dan less waste compared to typical spray perfume.
5 VARIASI HARUMAN SKINS FRAGRANCE STICK
KREDIT FOTO: FACEBOOK SKINS |
ULASAN PERIBADI
Saya sudah menggunakan Skins Fragrance Stick ini dalam beberapa hari dan secara jujur saya sukakanya. Ia tidak melekit, mudah untuk apply pada kulit, mudah dibawa kemana-mana dan baunya harum. Walaupun haruman tidaklah kuat dan tahan lebih lama berbanding minyak wangi semburan tetapi cukup untuk saya kekal bau harum dan tenang. Anda boleh sahaja calitkan semula untuk kekal harum dan segar sepanjang hari. Anda calit sedikit sahaja dan ia akan menghasilkan bau yang cukup ideal untuk badan. Pada saya pengasas Skins Fragrance Stick bijak dan cukup inovasi dalam membawa minyak wangi ke different level. Good job!
Harga yang ditawarkan adalah RM30/stick dan untuk masa terhad, promosi BUY 4 FREE 1 ditawarkan kepada anda yang berminat. Caranya, anda hanya perlu ke Instagram SKINS OFFICIAL MY dan klik pautan di bio. Nyatakan kod promo SKINS12 sewaktu membuat pesanan. Itu sahaja! Nak tahu lebih lanjut berkenaan haruman SKINS, layari media sosial rasmi mereka.
Ikuti Skins di FACEBOOK | INSTAGRAM
#PRODUK #REVIEW #SKINSOFFICIALMY
1 Comments
Wow mcm best je skins fragrance stick tu.
ReplyDelete