PENGALAMAN MENGINAP DI SISISENI HOTEL KUALA LUMPUR

PENGALAMAN MENGINAP DI SISISENI HOTEL KUALA LUMPUR

Edisi #HotelHunting kali ini saya akan berkongsi pengalaman menginap di salah sebuah hotel baru di Kuala Lumpur iaitu SisiSeni Hotel Kuala Lumpur. Ya, ia masih baru kerana dibuka secara rasmi pada Ogos 2020. Sedang mencari-cari hotel menarik untuk diterjah dek kerana kebosanan asyik terperuk di rumah, maka terjumpa Sisiseni Hotel Kuala Lumpur ini. Kebetulan harga yang ditawarkan agak murah maka saya dan rakan sepakat untuk menginap disini. Sesekali menjadi pelancong di Kuala Lumpur menarik juga kerana ini adalah peluang untuk saya meneroka hidden gems di Kuala Lumpur ini. 

PENGALAMAN MENGINAP DI SISISENI HOTEL KUALA LUMPUR

Lokasi Sesiseni Hotel Kuala Lumpur ini juga antara perkara yang menarik perhatian saya kerana ia terletak bersebelahan dengan Central Market Kuala Lumpur dan berhampiran dengan LRT Pasar Seni serta stesen bas Pasar Seni. Jadi mudah untuk akses jika anda tidak mempunyai kenderaan sendiri. Sisiseni Hotel Kuala Lumpur tidak mempunyai ruang parkir sendiri jadi jika anda datang dengan kenderaan sendiri, anda perlu parkir di hadapan Central Market atau di tepi jalan berhampiran dengan hotel. 

PENGALAMAN MENGINAP DI SISISENI HOTEL KUALA LUMPUR

PENGALAMAN MENGINAP DI SISISENI HOTEL KUALA LUMPUR

PENGALAMAN MENGINAP DI SISISENI HOTEL KUALA LUMPUR

PENGALAMAN MENGINAP DI SISISENI HOTEL KUALA LUMPUR

PENGALAMAN MENGINAP DI SISISENI HOTEL KUALA LUMPUR

PENGALAMAN MENGINAP DI SISISENI HOTEL KUALA LUMPUR

Kenapa nama Sisiseni diberi? Saya kurang pasti. Barangkali ia merujuk kepada sisi (sebelah) dengan Central Market atau dikenali juga dengan nama Pasar Seni. Kawasan kejiranan ini merupakan tumpuan pelancong ia mempunyai pelbagai tarikan seni, warisan dan budaya berhampiran antaranya, River of Life, Masjid Jamek, Kwai Chai Hong dan Petaling Street. 

PENGALAMAN MENGINAP DI SISISENI HOTEL KUALA LUMPUR

PENGALAMAN MENGINAP DI SISISENI HOTEL KUALA LUMPUR

Melihat dari luar bangunan Sisiseni Hotel cukup mengujakan saya kerana ia seperti bangunan dengan rekabentuk industri. Melihat pada papan tanda hotel ini dengan penggunaan kaligrafi islamik saya mengandaikan hotel ini cuba menerapkan gabungan elemen islamik dan moden. Sisiseni Hotel Kuala Lumpur tidak lah besar mana kerana bangunan butik hotel 6 tingkat ini hanya mempunyai 42 buah bilik sahaja. 

PENGALAMAN MENGINAP DI SISISENI HOTEL KUALA LUMPUR

PENGALAMAN MENGINAP DI SISISENI HOTEL KUALA LUMPUR

BILIK JENIS DELUXE STUDIO

Saya dan rakan sepakat menempah bilik jenis Deluxe Studio kerana bilik jenis ini sahaja yang mempunyai tab mandi. Jadi boleh kami berendam memenangkan jiwa sambil memasang alunan muzik jazz. Bilik berhawa dingin ini yang berkeluasan 25sqm menyediakan katil bersaiz queen, TV, peti ais, pengering rambut, cerek, toiletries dan kemudahan Wi-Fi. Setiap aras turut disediakan water dispenser. Katil yang empuk dan bilik yang selesa sepanjang kami berada disini. Pilihan bilik lain adalah jenis Superior Double Deluxe, Double Deluxe dan Triple Deluxe.

SARAPAN PAGI DI SANTAP CAFÉ 

Tidak sah kunjungan saya ke hotel tanpa merasai sajian kulinari. Sisiseni Hotel Kuala Lumpur mempunyai sebuah kafe yang diberi nama Santap Café. Sarapan pagi disini berkonsepkan separa bufet dimana sewaktu kunjungan kami disini, ia menawarkan 3 pilihan main dish pada harga berbeza iaitu Nasi Lemak Ayam Berempah (RM19.90), Nasi Kerabu Ayam Berempah (RM19.90) dan Roti Canai dengan Kari Ayam (RM8.90). Setiap pilihan menu ini didatangkan dengan menu bijirin, roti, air cordial, teh dan kopi di meja bufet yang anda boleh ambil tanpa had. Oh ya, anda juga boleh memesan telur hancur kerana termasuk dalam pakej ini.

KEMUDAHAN DI SISISENI HOTEL KUALA LUMPUR 

PENGALAMAN MENGINAP DI SISISENI HOTEL KUALA LUMPUR

PENGALAMAN MENGINAP DI SISISENI HOTEL KUALA LUMPUR

Kemudahan atau fasiliti yang terdapat di Sesiseni Hotel Kuala Lumpur agak terhad dimana ia hanya mempunyai bilik mesyuarat yang kecil yang dipanggil Sangkaq Meeting Space dan kolam renang di bahagian roof top hotel ini. Pada saya sebuah hotel butik yang mempunyai kolam renang adalah sesuatu yang menarik. Kolam renang ini juga boleh dijadikan sebagai ruang acara bagi kumpulan kecil. 

REVIEW JUJUR MENGINAP DI SISISENI HOTEL KUALA LUMPUR 

PENGALAMAN MENGINAP DI SISISENI HOTEL KUALA LUMPUR

Secara peribadi, saya cukup berpuas hati sepanjang menginap disini cuma ada beberapa perkara pada saya yang boleh ditambah baik. Pertama adalah ruang lobi dimana saya lihat dekorasi dan susun atur ruang ini agak caca marca. Ruang lobi pada saya penting kerana ia memberi first impression saat melangkah masuk. Cadangan saya, dekorasi minimalis mampu memberi ruang tampak mewah dan kelas tersendiri. Hiasan akuarium kecil di atas kaunter daftar masuk dan hiasan pelekat di dinding adalah a BIG NO! Kedua adalah siaran TV yang seringkali putus-putus. Mungkin ada sesetengah tetamu tidak kisah tentang ini tapi pada saya apa guna TV dipasang jika siaran TV terganggu.

Saya harus memberi pujian kepada warga staff disini yang cukup ramah dan cukup membantu tatkala saya mengajukan soalan. Kredit juga harus diberikan kepada sajian di Santap Café yang cukup enak. Walaupun ruang kafe ini agak kecil tapi pada saya ia Insta-Worthy. Ruang hotel ini juga bersih dan dijaga rapi.

Walaupun lokasi Sisiseni Hotel Kuala Lumpur berada di lokasi tumpuan pelancong, tetapi kehadiran sekumpulan gelandangan di hadapan hotel ini barangkali akan menyundang rasa tidak selesa terutama pada waktu malam. Namun anda tidak perlu risau kerana pintu masuk hotel ini sentiasa dijaga oleh pengawal keselamatan. Pada pengamatan saya, SisiseniHotel sesuai buat pelancong atau pasangan muda yang sukakan penerokaan seni, warisan dan budaya di tengah bandaraya Kuala Lumpur. 

LOKASI HOTEL SISISENI HOTEL KUALA LUMPUR 
LOT 1 – 3 LEBUH PUDU, 
50050 KUALA LUMPUR. 

TELEFON: +603 20222482 

EMEL: hello@sisisenihotel.com 

LAMAN SESAWANG RASMI 

LAMAN FACEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #SISISENIHOTEL #HOTELHUNTING

1 Comments