Edisi #HotelHunting kali ini saya akan berkongsi pengalaman menginap di Le Quadri Hotel yang terletak di Cheras Kuala Lumpur. Pernah dengar nama hotel ini? Barangkali anda yang tinggal di Cheras mengenali Le Quadri Hotel Kuala Lumpur ini. Bagi anda yang lain, mungkin ada yang tahu dan ada yang tidak tahu. Kalau saya sebut UCSI University anda tahu? Hotel ini terletak dalam kawasan UCSI University dan dibawah pentadbiran yang sama dengan universiti ini.
Saya tahu di musim pandemik ini, ramai yang bosan kerana asyik terperuk menjalankan kerja dari rumah termasuklah saya. Jadi bagi mengelakkan diri stress, saya mengambil peluang menyintai mana-mana hotel yang ada membuat promosi berkerja di hotel. Antara hotel yang menawarkan promosi menarik adalah Le Quadri Hotel Kuala Lumpur. Bayangkan promosi Work From Hotel dari jam 9 pagi hingga 7 malam cuma berharga RM30 net seorang dengan minuman teh dan kopi tanpa had, parkir dan Wifi PERCUMA, diskaun 20% untuk F&B dan akses bilik mesyuarat jika anda memerlukan ruang privasi melakukan mesyuarat dalam talian. Menerusi pakej ini juga, jika anda mahu menginap disini, anda hanya perlu menambah RM50 sahaja. Murah dan berbaloi bukan!Sebagai info, selain Le Quadri Hotel, UCSI Hotels juga mempunyai sebuah lagi hotel iaitu UCSI Hotel Kuching.
Tidak sukar mencari Le Quadri Hotel Kuala Lumpur ini. Terima kasih kepada Google Maps! Cuma agak keliru bila tiba di sini kerana ia mempunyai beberapa pintu masuk termasuk pintu masuk UCSI University. Saranan saya, masuk ikut pintu masuk bersebelahan dengan bangunan hotel lebih senang sebab pintu masuk parkir bersebelahan dengan pintu pengawal sahaja. Parkir adalah percuma untuk tetamu hotel.
Letak saja bagasi, saya terus menuju ke Sky Lounge Roof Top yang terletak di bangunan sebelah hotel untuk sarapan pagi. Peluang makan sarapan pagi di atas bangunan memang tak boleh saya lepaskan kerana saya boleh melihat panorama KL sambil menjamu selera. Secara jujur, pemandangan dari Sky Lounge Roof Top KL ini adalah cukup mengujakan kerana anda boleh lihat kesemua bangunan pencakar langit kebanggaan Malaysia iaitu Menara KL, Menara Berkembar Petronas, Merdeka 118 dan TRX Exchange. Sarapan pagi disini lebih kepada western breakfast dan secara jujur, cukup enak!
MAKAN TENGAHARI DI HATTON RESTAURANT
Masa untuk makan tengahari! Saya memang mahu memanfaat masa di dalam hotel saya, jadi saya makan tengahari di salah satu restoran dalam Le Quadri Hotel Kuala Lumpur iaitu Hatton Restaurant yang berada di aras 12. Menu yang saya pesan adalah Shell Out. Sengaja memesan Shell Out kerana jemu asyik makan nasi dengan lauk pauk Melayu jadi kita tukar selera. Nampaknya pilihan saya tepat kerana Shell Out yang dipesan ternyata sedap, kuahnya cukup rasa. Makan pula dengan nasi panas memang padu!
MAKAN MALAM DI SKY LOUNGE ROOF TOP KL
SARAPAN PAGI DI THE QUAD RESTAURANT
MAKAN TENGAHARI CITARARA CINA DI HUA YI YIN RESTAURANT
Terus-terang, sajian disini adalah antara masakan Cina terbaik pernah saya cuba. Ia diakui juga oleh rakan-rakan yang menjamu selera bersama. Jarang sekali saya menambah nasi dan lauk kalau hidangan masakan Cina tapi menu disini kena dengan selera saya. Harga yang ditawarkan juga cukup murah. Jika anda datang dalam kumpulan 3 atau 4 orang, anda boleh memilih set Hua Yi Yin Seafood.
Secara peribadi, saya berpuas hati dan cukup selesa menginap di Le Quadri Hotel Kuala Lumpur ini. Walaupun nama hotel ini agak asing jika dibandingkan dengan jenama hotel terkenal di Lembah Klang, tapi berada di hotel bertaraf 4 bintang ini cukup mengujakan. Pada hemat saya, Le Quadri Hotel Kuala Lumpur yang menggelar kan mereka hotel butik lebih menjurus kepada hotel transit atau hotel bisnes dimana tetamu yang menginap disini atas urusan perniagaan atau kerja. Malah, lokasi hotel ini bukannya berada dalam kawasan pelancongan. Ia cukup sesuai buat anda yang benar-benar mahu lari dari kesibukan kota dan memerlukan ruang privasi.
Pengalaman bekerja dari hotel ini cukup menarik kerana saya dapat privasi dan ketenangan. Berbaloi bagi anda yang mahukan sedikit kelainan menjalankan tugasan kerja. Tidaklah anda mati kutu asyik terperap dalam rumah saja. Pada saya, penawaran harga RM30/seorang untuk promosi Work From Hotel ini cukup murah jika dibandingkan dengan hotel-hotel sama taraf dengannya.
Kalau anda bosan kerja di rumah, buat saja tugasan dan menginap di Le Quadri Hotel Kuala Lumpur. Layari laman sesawang dan media sosial rasmi Le Quadri Hotel Kuala Lumpur untuk informasi lanjut.
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #LEQUADRI #HOTELHUNTING
0 Comments