PARTY FOOD DELIVERY BY PULLMAN KUALA LUMPUR CITY CENTRE HOTEL & RESIDENCES (PULLMAN KLCC)

PARTY FOOD DELIVERY BY PULLMAN KUALA LUMPUR CITY CENTRE HOTEL & RESIDENCES (PULLMAN KLCC)


Antara hotel kegemaran saya, Pullman Kuala Lumpur City Centre Hotel & Residences (Pullman KLCC) kerana bukan sahaja memberi servis penginapan kelas pertama, tetapi sentiasa menyajikan menu lazat. Malah kualiti rasa tidak pernah mengecewakan baik sajian di Sedap Restaurant, Enju Restaurant mahu pun Red Chinese Cuisine. Malah mereka juga turut menawarkan servis penghantaran makanan bagi memenuhi selera penggemar yang sukar untuk berkunjung ke hotel ini. Pullman KLCC sentiasa kreatif dalam menyediakan variasi pilihan makanan baik untuk sajian individu mahupun kumpulan yang besar.

Terbaru, Pullman KLCC menawarkan servis Party Food Delivery dengan pelbagai pilihan menu. Party Box by Pullman KLCC ini cukup sesuai untuk mereka yang mahu menganjurkan acara seperti di pejabat, sambutan hari lahir atau acara bersama keluarga. Menariknya, Party Box Delivery Pullman KLCC ini cepat dan mudah untuk disediakan dalam sesuatu acara yang dihadiri sehingga 80 orang kerana anda hanya perlu memesan dan Pullman KLCC akan membuat penghantaran kepada anda. Malah, jika anda sejenis yang suka membuat parti kejutan, Party Box Delivery adalah pilihan terbaik anda!

Walaupun saya seorang yang suka masak, ada ketika mood malas masak muncul juga! Jadi saya sempat memesan dua jenis menu sebagai santapan petang iaitu Flavourful Croissants Box dan Chicken Snack Box. Saat sampai pesanan pada tangan saya, saya cukup teruja kerana pembungkusan menggunakan kotak merah ini cukup menarik perhatian. Malah portion setiap menu juga agak banyak. Jadi kalau anda buntu nak berikan hadiah kepada rakan, Party Box Delivery Pullman KLCC pilihan yang ideal. Saya suka dengan croissant ini kerana ianya cukup lembut dan intinya tidak terlalu manis. Bagi seleksi chicken snack pula, BBQ Chicken sedap sangat dengan perapan yang cukup rasa. Berbaloi beli!


PARTY FOOD DELIVERY BY PULLMAN KUALA LUMPUR CITY CENTRE HOTEL & RESIDENCES (PULLMAN KLCC)

PARTY FOOD DELIVERY BY PULLMAN KUALA LUMPUR CITY CENTRE HOTEL & RESIDENCES (PULLMAN KLCC)

PARTY FOOD DELIVERY BY PULLMAN KUALA LUMPUR CITY CENTRE HOTEL & RESIDENCES (PULLMAN KLCC)


Terdapat 6 pilihan menu yang boleh anda pesan iaitu:

  1. Japanese Sushi Box yang mengandungi hanna sushi, ebi pumpkin avocado, salmon mayo, sambal torch dan glazed tuna nigiri. Harga cuma RM128 untuk satu kotak yang mengandungi 40 biji.
  2. Chicken Snack Box yang mengandungi sesame barbeque chicken wing, handmade chicken nugget and chicken sausage. Harga RM55 untuk satu kotak (ada 30 biji). 
  3. Pullman Club Box yang mengandungi variasi sandwich dan harga cuma RM45 (10 keping).
  4. Sedap Fruits Tart Box mengandungi 16 biji tart pada harga RM45. 
  5. Takoyaki Box yang mengandungi 20 biji pada harga RM45. 
  6. Flavourful Croissants Box yang mengandungi croissant dibakar segar pada harga RM45 (10 biji). 

Jadi, kalau anda tiba-tiba ingin merancang majlis pada saat akhir, jangan risau atau pening kepala untuk hidang makanan apa kepada tetamu kerana anda boleh saja pesan Party Food Delivery Pullman KLCC ini. Anggaran masa penyediaan dan penghantaran sekitar 40 minit ke 1 jam. Pesanan boleh dibuat setiap hari dan tersedia untuk pilihan ambil sendiri di hotel atau penghantaran ke pintu anda bermula 11 pagi hingga 9 malam. Penghantaran PERCUMA bagi pesanan melebihi RM100 dalam radius 10KM dan bayaran tambahan RM5 akan dikenakan untuk setiap 5KM selepas radius 10KM. Manakala jika pesanan anda kurang daripada RM100, bayaran penghantaran dikenakan sebanyak RM5 (1km – 5km) dan RM10 (6km – 10km).

Pesanan Party Food Delivery Pullman KLCC boleh dibuat menerusi WhatsApp +6012 303 5958 atau emel ke enquiry@pullman-klcc.com . Layari www.pullman-kualalumpur-citycentre.com atau ikuti laman media sosial Pullman KLCC untuk informasi lanjut. 


PARTY FOOD DELIVERY BY PULLMAN KUALA LUMPUR CITY CENTRE HOTEL & RESIDENCES (PULLMAN KLCC)



#REEFISM #REEFISMTERRITORY #PULLMANKLCC #HOTEL #FOOD

0 Comments