Diam tak diam kita sudah menghampiri pengakhiran tahun 2020. Walaupun tahun 2020 memberi impak besar kepada seluruh dunia, kita tidak seharusnya menjadikan ia sebagai halangan untuk kita terus nikmati kegembiraan. Bulan Disember telah tiba! Maknanya perayaan Krismas semakin hampir dan sudah pasti penganut Kristian sudah tidak sabar untuk meraikannya bersama yang tersayang. Masih merancang aktiviti sempena Krismas 2020? Apa kata anda tinjau dan sambut Krismas 2020 bersama Eastin Hotel Kuala Lumpur kerana hotel ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik sepanjang bulan istimewa ini.
POACHED SALMON WITH ASPARAGUS & LEMON DILL BEUREE SAUCE |
CRISPY SEARED DUCK BREAST WITH BLUEBERRY BALSAMIC SAUCE |
BUTTERED CHESTNUT BRUSSEL SPROUTS |
BUTTERNUT SQUASH RISOTO WITH CHILLI FLAKE |
OYSTER FRITTER WITH LIME SALTED EGG DIP |
Penggemar salad? Pilihan menu menarik seperti Blinis with Shrimps, Chicken Liver Parfait with Spiced Pomegranate, Beef Carpaccio with Japanese Salad and Tobiko atau anda boleh saja cipta sajian salad citarasa anda sendiri!
CHEESE PLATTER & MARINATED CHEESE WITH DRIED FRUIT, GRAPES & CRACKER |
Tidak lengkap bufet tanpa hidupan laut segar bukan? Jangan risau! Anda boleh nikmati Seafood On Ice dengan pilihan udang, tiram, kupang yang pastinya segar. Tak cukup dengan itu, pilihan sushi seperti Fresh Sliced of Sashimi dan California Hand Rolls tersedia buat santapan anda.
Perayaan dan manisan berpisah tiada, jadi Eastin Hotel Kuala Lumpur bawakan anda pelbagai jenis pencuci mulut menarik antaranya Traditional Pudding and Cookies, Stolen Bread, Chocolate Mousse Yule Log with Amarena Cherries, Mixed Berry Compote Granola with Mascarpone Cream, Christmas Cake Pops dan tidak dilupa Chocolate Fountain. Pasti kanak-kanak tersenyum riang!
24 DISEMBER 2020
RM128 NET/DEWASA (PEMBELIAN SEBELUM 15 DISEMBER 2020: RM108 NET)
RM69 NET/KANAK-KANAK
25 DISEMBER 2020
CHRISTMAS DAY BRUNCH (12 TENGAHARI – 4 PETANG)
RM98 NET/DEWASA (PEMBELIAN SEBELUM 15 DISEMBER 2020: RM83 NET)
RM49 NET/KANAK-KANAK
Selain itu, jika anda mencari festive treats panjangkan langkah anda ke Christmas Goodies House yang terletak di lobi utama dimana terdapat banyak pilihan antaranya Mocca Chocolate Walnut Yule Log Cake, Gingerbread Cookies, Nut-filled chewy spices Biberli Cookies, Leckerli Cookies atau Christmas Pudding with Vanilla Sauce. Musim perayaan juga sering dijadikan momen pemberian hadiah kepada yang tersayang. Pilih samada Pakej Santa (RM468 net) atau Pakej Angel (RM498 net) untuk dijadikan hadiah istimewa dari anda. Whatsapp ke 016-2622070 untuk tempahan dan pertanyaan.
Mahu kelainan sambutan Hari Krismas 2020? Apa kata anda menginap sahaja di Eastin Hotel Kuala Lumpur kerana mereka menawarkan harga menarik sempena bulan perayaan ini iaitu Christmas Room Deal pada harga RM280 net untuk dua malam bagi bilik Deluxe dan ia sah sehingga 27 Disember 2020 atau anda boleh mengambil Family Vacay Deal pada harga RM 28o net per malam bagi 2 dewasa dan 2 kanak-kanak, sah sehingga 19 Januari 2020.
Pastinya Krismas tahun 2020 meriah dengan penawaran menarik dari Eastin Hotel Kuala Lumpur. Untuk informasi lanjut, layari laman sesawang dan media sosial rasmi Eastin Hotel Kuala Lumpur.
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #EASTINHOTELKUALALUMPUR #HOTEL #KRISMAS2020
0 Comments