AYAM PANGGANG SEDAP DI KEDAI AYAMAS MENGIMBAS MEMORI

AYAM PANGGANG SEDAP DI KEDAI AYAMAS MENGIMBAS MEMORI


Bila teringin nak makan ayam panggang, terus terfikir Kedai Ayamas. Tidak dapat dinafikan Kedai Ayamas sememangnya menawarkan menu ayam panggang yang sedap. Ayam dipanggang sempurna, isi ayam yang juicy dan lembut, perapan ayamnya yang cukup rasa menjadikan Kedai Ayamas sentiasa menjadi pilihan saya. Saya akui saya antara pelanggan setia Kedai Ayamas dan pasti akan memesan ayam panggang atau singgah ke Kedai Ayamas setiap bulan. Malah boleh saya katakan jika ada majlis istimewa, saya akan cuba adakan majlis di Kedai Ayamas.

Teringat beberapa tahun lepas, saya pernah mengadakan majlis hari lahir di salah sebuah cawangan Kedai Ayamas di Lembah Klang. Ramai juga yang hadir dan semua memuji ayam panggang dan menu di Kedai Ayamas sedap-sedap belaka. Kedai Ayamas ada 3 jenis ayam panggang iaitu Golden, Pepper dan Percik dan mereka bukan sahaja menjual ayam panggang tetapi beberapa menu lain seperti spaghetti, hot dog dan sebagainya. Baru-baru ini, saya sempat singgah di Kedai Ayamas di Bandar Permaisuri Cheras untuk menjamu selera. Seperti biasa, ayam panggang adalah menu wajib pesan. Kualiti rasa tetap sama! 


AYAM PANGGANG SEDAP DI KEDAI AYAMAS MENGIMBAS MEMORI


Bagi anda yang tidak tahu, Kedai Ayamas adalah kedai berkonsep moden yang menjual produk-produk berasaskan ayam dan dikendalikan oleh Ayamas Shoppe Sdn Bhd, anak syarikat KARA Holding Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat milik penuh Johor Corporation. Kedai Ayamas adalah kedai pertama yang memperkenalkan konsep penjualan ayam segar HALAL & TOYIBBA serta produk-produk sejuk beku yang lain seperti sosej, burger dan nugget dalam suasana yang moden, bersih dan selesa. Dengan tagline "More Than Just Chicken", Kedai Ayamas juga menawarkan pelanggan produk makanan “Ready-To-Eat” seperti Nasi Briyani Bukhara Ayam, Nasi Ayam Bulgogi, Nasi Kari Hijau Ayam Thai serta pelbagai jenis produk-produk berkaitan seperti rempah ratus, sos dan pelbagai jenis minuman. 


AYAM PANGGANG SEDAP DI KEDAI AYAMAS MENGIMBAS MEMORI

AYAM PANGGANG SEDAP DI KEDAI AYAMAS MENGIMBAS MEMORI

AYAM PANGGANG SEDAP DI KEDAI AYAMAS MENGIMBAS MEMORI

AYAM PANGGANG SEDAP DI KEDAI AYAMAS MENGIMBAS MEMORI

AYAM PANGGANG SEDAP DI KEDAI AYAMAS MENGIMBAS MEMORI

AYAM PANGGANG SEDAP DI KEDAI AYAMAS MENGIMBAS MEMORI

AYAM PANGGANG SEDAP DI KEDAI AYAMAS MENGIMBAS MEMORI


KONSEP KEDAI AYAMAS

  1. KEDAI - menjual makanan yang dimasak, ayam mentah, pelbagai makanan sejuk beku dan menyediakan ruang untuk makan yang terhad dan lebih fokus untuk bawa pulang.
  2. KIOS - menjual makanan yang dimasak dan menu adalah terhad dan lebih fokus pada bawa pulang. 
  3. RESTORAN - menjual makanan yang dimasak dan pilihan menu yang lebih banyak tetapi tidak menjual ayam mentah dan makanan sejuk beku. Ia menyediakan ruang yang luas untuk makan direstoren. 

Kedai Ayamas menekankan 3 aspek utama iaitu 3H iaitu “Healthy, Hygenic and Halal”. Kini Kedai Ayamas mempunyai 61 cawangan di seluruh negara yang terdiri daripada 33 kedai yang dikendalikan oleh Ayamas Shoppe Sdn Bhd dan 28 kedai yang dikendalikan oleh Pemegang Lesen melalui Program Perlesenan KEDAI AYAMAS. Antara perkara yang saya suka dengan Kedai Ayamas ini adalah produk mereka dibekalkan dari kilang yang telah mendapat akreditasi jabatan veterinary dan Kedai Ayamas sentiasa memastikan pematuhan terhadap syarat-syarat pensijilan Halal JAKIM. Jadi jangan risau kerana produk Kedai Ayamas dijamin halal sejak 1988 lagi. 


AYAM PANGGANG SEDAP DI KEDAI AYAMAS MENGIMBAS MEMORI


Seperti yang saya jelaskan tadi, Ayam Panggang Kedai Ayamas merupakan tarikan utama yang didatangkan dalam tiga rasa yang unik iaitu Golden, Pepper dan Percik. Setiap pilihan ayam panggang memberi rasa dan nikmati berbeza. Ayam Panggang Golden mempunyai rasa asli ayam panggang dengan rasa manis madu. Bagi Ayam Panggang Pepper pula ia diperap dengan lada hitam terbaik dan segar untuk memberikan rasa pedas-pedas yang menyengat. Bagi Ayam Panggang Percik pula dipanggang dengan sos percik tradisional yang kaya dengan perapan santan, serai, halia dan keharuman cukup memikat. Setiap Ayam Panggang Kedai Ayamas dimasak sempurna dengan perapan rempah ratus dan ayam mentah berkualiti tinggi, dimasak menggunakan combi-oven yang berkualiti untuk menghasilkan rasa tradisional yang tak jemu untuk dinikmati bersama keluarga. 


AYAM PANGGANG SEDAP DI KEDAI AYAMAS MENGIMBAS MEMORI

AYAM PANGGANG SEDAP DI KEDAI AYAMAS MENGIMBAS MEMORI

AYAM PANGGANG SEDAP DI KEDAI AYAMAS MENGIMBAS MEMORI


Kedai Ayamas juga menyediakan ayam panggang secara berkala (LIMITED TIME OFFER) untuk jangka masa tertentu. Ini memberi peluang kepada pelanggan kami untuk merasai pelbagai jenis rasa istimewa ayam panggang. Selain itu kami juga menyediakan pelbagai aneka pasta seperti Spaghetti Bolognaise, Carbonara da Aglio Olio, menu untuk kanak-kanak (kids’ meal), snek, ayam mentah, produk sejuk beku seperti sosej, nugget, daging burger dan sebagainya. 


AYAM PANGGANG SEDAP DI KEDAI AYAMAS MENGIMBAS MEMORI

AYAM PANGGANG SEDAP DI KEDAI AYAMAS MENGIMBAS MEMORI

AYAM PANGGANG SEDAP DI KEDAI AYAMAS MENGIMBAS MEMORI

AYAM PANGGANG SEDAP DI KEDAI AYAMAS MENGIMBAS MEMORI


Bagi anda yang mahu menikmati sajian Kedai Ayamas sambil berjimat, Kedai Ayamas turut menawarkan promosi “15th and 30th offer” dengan menawarkan harga diskaun untuk Ayam Panggang, promosi “Thursday Special” dan promosi sepanjang hari seperti “Set Jimat” yang menawarkan harga set nasi ayam dan air mineral dengan harga RM10.90 sahaja. Murah bukan!


KEDAI AYAMAS BRINGBACKMEMORIES & MAKANSAMASAMA CAMPAIGN 





Sudah lebih 30 tahun Kedai Ayamas berada di pasaran, pasti banyak kenangan anda bersama Kedai Ayamas bukan! Jadi Kedai Ayamas mengajak anda semua untuk terus mencipta kenangan bersama dengan cara kongsikan gambar anda menikmati hidangan di Kedai Ayamas di media sosial beserta tanda pagar #bringbackmemories #makansamasama dan 2 pemenang bertuah akan dipilih setiap minggu untuk menerima baucar tunai bernilai RM50. Kempen ini akan berlangsung selama 10 minggu bermula dari 19 Oktober 2020 sehingga 30 Disember 2020.

Jadi, apa tunggu lagi! Segeralah ke Kedai Ayamas dan nikmati pelbagai sajian lazat terutamanya Ayam Panggang mereka yang diyakini sedap dan lazat. Anda boleh terus ke mana-mana cawangan Kedai Ayamas berhampiran atau boleh saya pesan menerusi GrabFood atau FoodPanda. Layari laman sesawang rasmi atau media sosial Kedai Ayamas untuk informasi lanjut. 


AYAM PANGGANG SEDAP DI KEDAI AYAMAS MENGIMBAS MEMORI

LAMAN SESAWANG 

LAMAN FACEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 


#KEDAIAYAMAS #AYAMASROASTERS #BRINGBACKMEMORIES #MAKANSAMASAMA

0 Comments